Again n Again!

Monday, January 12, 2009

Bukanlah satu kejutan lagi kerana AGAIN aku akan menjalani cuti panjang (company shut down) dan SAHM activity, di mana pada minggu ini dan minggu depan aku akan hanya bekerja selama 4 hari sahaja dimana aku direla paksa cuti pada hari jumaat dan rela paksa cuti lagi sepanjang cuti hari raya cina selama seminggu dan akan naik kerja pada 2hb February...Bolehkah anda bayangkan betapa teruk kemerunduman ekonomi sekarang ini..walhal company aku ini supply barang ke seluruh dunia...Maknanya seluruh dunia pon mengurangkan pembuatan barangan elektronik...isk isk isk..

Walaupon anda tidak terlibat secara langsung seperti aku..haruslah kita berhati2 dengan perbelanjaan seharian di mana kita tidak tahu apalah nasib kita nanti..hehehe..kurangkanlah pembaziran(nasihat untuk diri sendiri juga..)

Nak update sikit pasal Syaura
Syaura dah mula memahami cerita2 yang kami tonton..Malam harituh kami tengok movie Memoirs of Geisha di HBO..and then part Dr. membuka baju Sayuri kerana nak lihat badannya... Laju je meluncur dari mulut Syaura..
"Umi, kenapa abang tu bukak baju kakak tuh?"
"Umi, kenapa kakak tuh nangis?"
Terkesima sungguh kami...takde apa yang dapat aku jawab melainkan terpaksalah menipu..
"Owh, kakak tuh sakit perut, sebab tuh dia tunduk, nangis"

Dari sini kami tahu bahawa, selepas ini kami kena lebih berhati2 kalu nak tonton cerita dengan anak2...Bezakan cerita yang boleh ditonton dan cerita yang tidak boleh ditonton and segera alihkan channel tatkala mula nak nampak adegan panas dalam movie tuh.....Owh Syaura semakin besar nampaknya...dan kadangkala aku peluk dia dengan rasa sayu yang mana aku akan semakin menjauh dari dirinya..

P/S: rasa2nya nak buat kek coklat lagi or kek batik pulakla cuti panjang nih...hehehe..

6 comments:

siti noriza saleh said...

cntik tu mimi,..jgn lupa tapaukan kek tu kat siti tau...hehe he...kilang hubby pun shutdown dr 24hb hingga 7hb...hu hu hu....

~Umi.Sufira~ said...

Isk kilang hubby siti lagi lama ek! keke..tengoklah kalu jadi buat..inagt nak try kek lain yang menarik jugak nih..kek apa lagi yek yang best..

mirah said...

wah tu lah bahayakan tgk cerita skrg ni..
mujur (buat setakat ni) aisyah mmg tak minat tgk tv, bagi lah cerita kartun apapun, atau apa saja mmg dia tak layan. Pasang tv, tv tgk dia je lah jawabnya..
Tambah pula umah kami takde astro, saja tak psg biar hubby ada juga sebut nak pasangkan. Cukuplah apa yg ada di tv skrg, tu pun tak tgk, kan ada astro membazir je bayar, sebab nya pukul 9 mlm msing2 dh siap nak tidur. ummi bwk lari khadijah ke atas, abah pula layan aisyah smpi tidur... huhu sorry membebel pula... :)

~Umi.Sufira~ said...

Mirah--> Itulah tu mirah..nak kena hati2..bagusnya macam aisyah tuh tak minat tengok tv..syaura minat betul tengok kartun..memula tuh marah jugak lama2 tengok english dia banyak improve...kalu tengok kartun tuh mungkin OK lagi asalkan tidak melampau dan perlu dipantau..tapi kalu movie 18sx,sg nih memang kena jaga..so umi abi nya pun kenalah jaga skali..kekeke..

salzahari said...

Aliah lum pandai sgt tgk drama tp iklan dan cartoon, yes..dia paling lancar sebut 'abang', kakak dan t*t*k! pegi malls, kalau lalu bhg bra dia akan sebut byk2 kali..malu saya!

~Umi.Sufira~ said...

Sal--> Kekekeke...lawaknya aliah...baca sambil tersengih nih! memang malu dibuatnya tuh..kekeke..