Testing Tak Menjadi

Sunday, May 31, 2009

=))

=D>

/wahaha
Ini adalah n3 testing tak menjadi...sejak membaca n3 KNV tentang emoticon yang cute mute itu, aku pon tergedik2 jugak nak cuba...malangnya tak menjadi...owh dimanakah silapnya...

Pastuh mintak lah tolong kat Cik Intan yang manis, tapi bila aku open masih tak nampak jugak itu emoticon...huwaaa apakah? mungkin 'dia' boicott aku kah? kekekeke..

Eh, btw readers lain nampakkah emoticon itu menjadi? bahawsanya aku tidak nampak dan tidak tahu mengapa jadi begini...huhu..

S.A.K.A

Friday, May 29, 2009

Tidak seperti Cik Yan yang tidak menonton keliwon malam tadi, dalam kengantukan sempat juga aku tonton slot 'Saka' dalam Keliwon walaupun pelakon utamanya ialah pelakon yang tidak aku gemari /hihi

Honestly, aku rasa seram jugak kisahnya...memang buruk macam tu skalikah rupa saka nih...Actually nearly setahun lepas kami sekeluarga betul2 tersentap dengan Saka ni...Arwah pakcik aku dah 3 tahun terlantar sakit, setelah kena stoke dan kencing manis....sehinggakan bila keadaan sakitnya dah tenat dan dadanya dah tersembul sambil perutnya dah kempis tapi ajalnya masih belum tiba...

Dan bila keadaan makin teruk isterinya bawa ke hospital....di hospital isterinya dan menghadapi 3 kali keadaan suaminya yang doktor katakan sudah nazak tapi ajalnya masih belum sampai..kesian sangat kitaorang tengok...tak sampai hati tengok jasad arwah pada waktu tuh... :(

So seseorang mengusulkan supaya cuba bawa pakcik aku tuh berubat...Dan ayah aku diamanahkan untuk berjumpa pengamal perubatan yang sesuai...hasilnya..kata pengamal perubatan itu ada 3 ekor saka yang tidak diketahui oleh pakcik aku sendiri dalam badannya yang tidak membenarkan pakcik aku pergi dijemput Ilahi..berderau darah kami semua bila tahu.... sehinggalah beberapa kali berubat, ayah aku berulang alik kerumah pengamal perubatan itu, bila saka itu telah dikeluarkan dari badannya, di pagi Jumaat yang hening arwah menghembuskan nafas yang terakhir..Innalillah...waktu itu Sufia baru seminggu dilahirkan...

Yang seramnya kan....setelah semuanya selesai, pengamal perubatan itu crita balik kat ayah aku.." Ko tau tak, masa ko datang jumpa aku tuh, 2 ekor sakanya ikut kau...ikut naik kereta ....masa ko duduk menghadap aku, dia 2 ekor duduk sebelah ko.."...kalau korang jadik aku apa yang korang rasa? Takut beb!!!!kahkahkah..Ayah aku kata patutlah rasa meremang sepanjang2 jalan tu....and kereta rasa lain macam...adoi....biarlah saka itu betul2 telah dibuang jauh dan jangan ganggu keluarga arwah lagi...amin...

Paling Berat Untuk Dilafazkan

Sesuatu yang paling berat untuk dilafazkan buat kami kepada kedua ibu bapa kami ialah...untuk menyatakan hasrat kami untuk berpindah rumah...

Keputusan telah dibuat since last 2 weeks tapi nak cakap tak cakap..serba salah dibuatnya..yalah buat sesiapa yang ada mengikuti kisah pembelian rumah aku di blog yang ini, anda mungkin perasan betapa susahnya kedua parents kami nak melepaskan kami pindah ke rumah sendiri(sampai adegan mengalirkan air mata pon ada sob sob)....tambahan lagi adik aku yang baru berkahwin harituh akan keluar juga dari rumah parents kami ini dan berpindah ke KL awal 6 ini.... Owh aku rasa mereka takut merasa sunyi especially kalau abah ke masjid malam2 tu kan..tinggal my mom sorang2 kat rumah...

Namun malam tadi setelah beberapa kali membatalkan hasrat menyuarakannya, aku gagahkan diri juga setelah baca Bismillah berulang2 kali...sewaktu aku berdua2an dengan mak aku...

"Mak, along nak pindah akhir bulan 6 ni..."
Mak aku diam buat beberapa ketika...
"Sukahati alongla...." katanya.....
Tapi dari air mukanya aku tak dapat nak tafsir apa perasaan sebenarnya sebab, my mom buat muka cool aje...dalam hati taktaula kan...

Walau apapun aku bersyukur juga sebab telah berjaya memanculkan keluar hasrat kami itu..hehehe...so InsyaAllah hujung minggu terakhir bulan June nanti, kami sekeluarga akan memulakan hidup baru di rumah baru...Doakan segala2 berjalan lancar ye! Amin:)

Siapa lebih penting?

Thursday, May 28, 2009

Menjadi kebiasaan aku kalau balik dari kerja on the way dalam kereta tuh, aku membelek2 paper hari ini yang hubby aku beli pagi tadi sambil borak2 dengan hubby...Membeli paper tuh dah jadi kewajipan bagi hubby untuk mengisi masa kosong sementara masuk kerja pukul 9..kan aku masuk kerja pukul 8...hihi..

So, aku terpana dengan satu sesi soal jawab antara reporter ngan Ms. W dalam paper harian M semalam (sape ada baca?)...ala yang kisahnya sedang hangat diperkatakan bila isteri seseorang tuh pecah lubang yang suaminya dah lama tak balik rumah bla bla...bagi aku isu tuh terpulangla pada depa suami istri dan orang ketiga itu sendiri..siapa yang benar siapa yang salah sebab depa yang melaluinya depa sendiri tahu siapa di pihak benar siapa di pihak salah..kita yang kat luar nih selain boleh menjadi umpatan atau fitnah baik kita jangan cakap lebih2 hihi..sebab kita pun ada rumahtangga..(Nauzubillah)

cuma yang kurang aku puas hati bila soklan ini dan jawapan ini (lebih kurang la eh dlm memory aku)
Reporter: Ada tak si XXX menghubungi u selepas peristiwa(isteri bongkar rahsia) tu
Ms. W: ada, untuk memastikan saya tenang..(lebih kurang gitulah..)

Aduhai....sedihnya hati aku sebagai perempuan....at the same time, si isteri yang halal yang lebih berhak tu stil tidak dihubungi oleh sang suami....kalau yang orang luar tuh buleh si suami hubungi bertanya tenang ataupun tidak..mengapa tidak tanya isteri sendiri....yang sekurang2nya telah melahirkan beberapa orang anak bersabung nyawanya untuk dia....mengorbankan sepenuh jiwa dan raganya untuk dia..susah senang bersama dari awal kahwin sampai tahap sekarang....bukan itu saja..malah HALAL di sisi agama...Siapa lebih penting sekarang ni....ya mungkin dia ada reason sendiri untuk tidak menghubungi isterinya itu......tapi sekurang2nya bertanggungjawablah atas benda yang dipertanggungjawabkan kan...Siapa yang penting sebenarnya ni??? Aku mengatakan benda secara general sebenarnya..this is not the first time i heard about things like this..even kat dunia keliling kita ni pun ramai orang2 sebegini..*sigh*...

Nota: N3 ini n3 berat....aku hanya sekadar berkongsi apa yang aku rasa...ada sebarang bantahan? buleh saje kalau anda nak share kan..

Masuk Kerja Lewat?

Wednesday, May 27, 2009

1) Berapa kalikah anda masuk kerja lewat dalam sebulan?

a) NEVER
b) Beberapa kali
c) Banyak Kali

2) Apakah kesan daripada kelewatan anda itu

a) Boss anda marah
b) Kena potong gaji
c) Tiada apa2 kesan...

Hihi..aku? Jawapannya 1(b) and 2 (b)...SADIS kan? Yer aku baru dapat pay slip ....dan kerana kelewatan aku yang beberapa kali itu, aku telah dipotong gaji sebanyak RM15.70...bagi aku jumlah itu agak BANYAK TAU!!!huwaaa..yelah kalau ada RM985 campur gaji yang kena potong tuh kompem dah jadi RM1000 kan kan...

Furthermore, nampak gaya boss aku dah mula memantau kelewatan kedatangan anak2 buahnya itu...sebab attendance waktu slot in and slot out memang perlu mendapat tandatangannya supaya itu gaji bisa keluar....bila boss prasan mulalah evaluation for performance akan menurun!Apasallah aku nih..tahun lepas akulah attendance paling cantik mellatops OK...tahun ni...??

Yer aku rasa time menagement aku sejak Syaura mula sekolah pagi tahun ni memang OUT la!
Tapi aku tau juga apa countermeasures nya iaitu
1) Bangun lebih awal
2) Prepare semua2 benda waktu malam
3) Mempercepatkan pergerakan di awal2 pagi (almaklumla pagi2 mata pisat2 so pergerakan pun slow aje)

Haiyak!! Mana satu yang aku nak buat nih..ketiga2kah? aiseh! Tapi yang pasti aku masih belum terlewat ke tempat kerja lagi untuk portion gaji next month ni..Gambatte Mimi!=D

Naa~nang Saya!!

Harini setelah sekian lama tidak menjengah ke akaun nanang aku, aku telah gatal2 untuk menerjahnya buat kesekian kalinya....wah wah seronok tau! Sudah ada peningkatan dari segi wang ganjaran itu...Ini yang semakin bersemangat nak buat new entry nih!

Oh tak lupa aku juga ada RAKAN Na*nang...ala rakan kelik mengelik tuh..kalau aku pergi ke blog nya ada iklan aku klik, kalau dia pergi ke blog aku ada iklan dia klik...(BTW, membantu kot sikit2 kan)..kawan2 mehla menjadi rakan nanang aku...jom lah jomla..(nampak desperate sgt kah?kakakaka)...akupun sudah dan akan rajin2 juga mengelik untuk kesekian kalinya iklan2 di blog anda...thanks in advance na...:)

18 Months Breastfeeding Journey

Tuesday, May 26, 2009

I forgot something important today..huhu...sadis betul umi yer...Hari nih genaplah Sufia berumur 18 months maka genaplah 18 bulan our breastfeeding journey...Alhamdulillah..rasa perjalanan ke usia 2 tahun itu semakin hampir... another 6 months yer:)
Syukur atas segala macam dugaan dan rintangan tapi aku (kami) berjaya mengatasinya kan...

So TAHNIAH Umi Sufira di atas penganugerahan

MASTER OF BREASTFEEDING!!!!

clap clap clap:) Semoga perjalanan kami dipermudahkan dan dapat mencapai Phd of breasfeeding pula yer 6 bulan lagi*wink*

VESPA Blogger Friendship Award

Siti bagi aku AWARDS INI.....
a) Copy badge "Vespa 3logger Award Friendship" di atas untuk diletakkan di blog anda.


b) Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
Siti aka Nuriezam
Seorang ibu manis kepada Damia yang pada mulanyanya kawan kepada adik aku, tetapi telah menjadi kawan blogger juga kawan alam nyata kepada aku..senyuman yang manis lagi menawan dan suaminya sangat gemar memancing kan?! Siti juga rajin memasak..kalau tak percaya pergilah terjah blog nye...;P

c) Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri.

Buleh tak refer kat SINI aje....:)
d) Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
1) Padnani
2) Hajarus
3) Zuhaini-My Alia
4) CT
5) Fiza
6) Nieza

Summer Camp Lagi!!!

Yeay!!! Summer Camp datang lagi!!! Tapi of course la bukan umminya...tapi anaknya yang bakal join the summer camp...

Macam Last Year seronok betul Syaura naik bas ramai pegi summer camp seharian sampai ke petang..macam2 aktiviti teacher dia arrange utk budak2 TADIKA ni kan..ada sukaneka lah, solat beramai2, mandi swimming pool, jalan2 tengok burung...eh macam2 la....bukan Syaura yang cerita tapi ummi dia dok beria2 beli CD rakaman aktiviti diaorang ber Summer Camp..yelah kan bila budak2 yang Summer Camp macam2 ragam la...

Paling kelakar yang aku prasan, bila time solat jemaah beramai2 kat area terbuka..jangan terkejut tau ada sorang imam di kalangan pelajar TADIKA itu juga..wow mesti parents nya bangga anak dah buleh jadi imam...(walaupun solat tuh tak tentu sahnya atau tidak kan)...waktu solat tuh ada yang tergaru lah, toleh sana toleh sini..kahkah..lawaknya...

Surat jemputan untuk menghadiri Summer Camp.

Tapi inilah yang ummi Syaura nih dok pening...nak sumbangkan apa yer untuk Summer Camp nanti? Last year we all sumbangkan jeli ngan air kotak kot...alamak tahun ni sama lagi ke nak bagi? hmm kalau nak bagi duit rasanya ramai parents yang dah bagi duit juga.....any idea?hihi...

Hopefully Summer Camp kali ni pun Syaura dok enjoy macam tahun lepas...Guess what? Hitam legam Syaura after balik dari summer camp tu...memang betul ber summer camp la gamaknya...;P

Dah 6 tahun kahwin macam ni ke?

Friday, May 22, 2009

Lawak di petang hari.....Especially untuk orang2 yang dah 6 tahun kahwin macam aku kah???hahahha.... Just C&P from email...baca n sendiri mau ingatla..kekekeke..;P
Usia Pernikahan Mempengaruhi Kemesraan....... betul ker...?!!!!

Sebelum Tido:

6 minggu: selamat tido sayaaang, mimpi indah2 ya, mmmuach.

6 bulan: tolong matikan lampu tu, silau aah.

6 tahun : Sana sikit lah... tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:

6 minggu: tak apa, u masuk ler dulu, i tak kisaaahhhh

6 bulan: masih lama lagi ke nih?

6 tahun: brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana !!

Balas SMS:

6 minggu: iye sayang, jap lagi i sampai ruma,sayang, i belikan murtabak favourite u ye sayang..

6 bulan: trafik jam aah

6 tahun: k..

Dating process:

6 minggu: I love U, I love U, I love U.

6 bulan: Of course I love U.

6 tahun : Iyalah!! kalau i tak cintakan u, buat apa i nikah ngan u??

Pulang Keje:

6 minggu: Sayaaang, i dah balik nih...

6 bulan : I'm BACK!!

6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):

6 minggu : Sayang, i harap u suka cincin yang i beli untuk u ni

6 bulan : I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah

6 tahun : Nih duit, u beli sendiri lah apa yg u nak..

Telefon:

6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan u di telefon nih

6 bulan : Eh...your call...

6 tahun : WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH....ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:

6 minggu: Wah, tak sangka i, pandai u masak.rasa pun sedapppppp...!!!

6 bulan: Kita makan apa malam ini??

6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:

6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain ye..

6 bulan: Hati-hati! Nanti jatuh tuh.

6 tahun: Orang dah bilang berkali2 pon tak paham!!

Baju baru:

6 minggu: Aduh sayang, u seperti bidadari dengan pakaian itu

6 bulan: Lah.. beli baju baru lagi?

6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:

6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg u nak honey?

6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler ....senang sikit tak perlu naik flight...

6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:

6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini ?

6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.

6 tahun: JANGAN TUKAR2 BOLE,TAK..

Kejamkah aku sebagai kakak?

Thursday, May 21, 2009

Sila judge sama ada aku kejam ataupun tidak....i'm open minded so, terbuka kepada sebarang jawapan:P

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Inilah yang telah aku lakukan semasa upacara menepung tawar pengantin di malam berinai....selain membaling beras pulut ke muka pengantin (nasib baik tak sangkut kat bulu mata..) aku juga telah nenonyoh telur di hidung kedua2 mempelai...

Sila klik di gambar untuk melihat wajah terkebil2 pengantin yang control ayu (kalau tak kompem dia baling balik beras pulut tu kat muka haku kah kah kah)... owh tak lupa juga wajah kakaknya yang sedang ketawa besar itu....

Owh ye, aku sudah pasang niat untuk buat benda yang sama kat adik aku yang ketiga nanti mungkin dengan kuantiti lebih banyak lagi..kahkahkah...

Note: sekadar mengabadikan sweet memory ini di sini:)

Kenteng; N3 Buat Kekanda Ely~

Ke hadapan (bukan ke belakang ye) Kekandaku Ealyie yang jauh di mata dekat di hati,

Sejak dikau memperkenalkan daku kepada Mr. Kenteng Iris yang rupawan lagi bijaksana itu, daku tidak bisa melupakan 'kenteng' ngannya.....

Dulu aku agak2 konpius juga adakah anakanda ku Sufia Firzana itu bakal mengikuti jejak langkah ke 'kenteng' ngan seperti Iris yang gagah perkasa, atau hanya sekadar ikal mayang bak rambut ayahandanya...kerana kulihat rambut hadapannya lurus saje....

Namun kini sudah jelas lagi nyata, bukan kekanda sorang ada Mr. Kenteng di rumah ye? Di rumah ku juga ada Ms. Kenteng yang jelita lagi bijak berkata2 walaupun tidak ku faham bijik butirnya....Sila lihat ke 'kenteng' ngan yang tiada tandingan ini...

Jadi Kekanda, haruslah aku merenung saje ke rambut kenteng anakanda ku ini di kala teringat kepada Mr. Kenteng anakandamu itu...Ah ah ah...;P

*Kenteng=Kerinting

Seluar Ku Ketat!

Wednesday, May 20, 2009

This was what happened this morning....Sblom tuh nak bagitau nih..aku hari2 pegi kerja pakai seluar jeans..hihihi...jangan terkejut eh..!pakai baju kurung jarang sekali...rasa susahnya nak melangkah di kala lalu lalang di tepi mesin2 yang complicated itu...pakai sluar slack huh time auditor/visitor datang ajela jawabnya..takpun masa interview tempat lain;P

Pagi tadi...setelah sekian lama tak sarung seluar saiz '28' (ada 2 helai je pun saiz ni)...sarung punya sarung..awat sendat semacam aje nih...tarik2 lagi oh masih buleh masuk tapi tatkala duduk fuhh awat semput aje nih....Sah! memang sah! kompem berat badan aku dah naik nih.... lagipun lamanya tak pi timbang.... bila lama takpi timbang 'kesedaran' pon kurang la kan!*sigh*

Tapi....aku pakai juga sluar ni gi kerja..sebab buleh jadikan motivasi buat diri aku sendiri.....Mana taknya kalau sehari sampai 5kali makan..aku tak tipu beb aku makan sehari 5kali...But I just cannot help it..reason why...

Makan pagi sblom gi keja: Mak aku dah buat sarapan sedap2..takkan tak makan...ruginya!
Makan pagi pukul 10: Kawan2 aku suma jenis tak makan lunch. Kalu aku tak join diaorang makan tertinggal pulak gossip2 hangat;P
Makan lunch: Aku slalu makan sesorng je...sebab aku pikir sarapan pagi and makan pkl 10 tuh tak cukup nutrient2 untuk Sufia..kan ke aku fully BF..tu yang lunch gi makan juga..
Supper petang pukul 4: Kawan2 aku yang tak makan lunch tadi makan petang sebagai ganti...reason yang sama...tak syok kalu tak dapat join gossip2...
Malam makan lagi: Sebab mak aku dah masak banyak..dia masak sedap2 and slalu paksa (kalu tak paksa pun aku makan gak;P) aku makn...tapi..rugi kan tak makan masakan mak yang tiada tandingan tuh!;P

(psstt..hari2 bekerja memang mak aku yang masak, weekend baru aku masak..tapi ini semua akan berakhir tak lama lagi kalau aku pindah umah..hmmmm...)

Walla...nak kena cut yang mana2 satu sesi makan nih...mana satulah yang aku nak skip eh?kalau dibiarkan alamat terus tak muat la seluar yang aku pakai harini ah ah ah..;P

BTW, aku slalu membayangkan kawan2 blogger yang bertaraf executiv2e belaka nih pakai baju2 vouge gi kerja..especially KNV la kan...;Pbilalah aku nak merasa aih...

I'm a bad Mom:(

Tuesday, May 19, 2009

Lately, aku n hubby memang agak sibuk uruskan hal hal rumah...dah dua weekend kami mengecat rumah...and semalam hubby ambil cuti untuk uruskan hal rumah juga..ada a bit problem nak settle ngan pemaju, and then tunggu orang pasang rail langsir juga hubby sambung cat sikit lagi.... So dalam kesibukan di situ..ada sesuatu yang kami abaikan!...Syaura!

Bilamana smalam malam both aku n hubby rasa penat sangat...aku bekerja macam biasa tapi hari sblom tu memang dah rasa penat....so malam tadi duss dua dua tidur awal...Tapi..ada form reading yang kami lupa nak sign......Malam tadi aku dah dengar dah dia baca buku tuh....OK lah lancar..so kalau dia dah baca lancar kami kena sign...I thougth hubby yang akan sign..hubby lak cari pen takde ingat malam sikit nak sign..tapi bila dua dua dah tido awal..semua hilang ntah kemana...Pagi2 dah kelam kabut sgt juga terlupa...

Kesian Syaura..Nenek nya telefon cakap Syaura nangis sebab umi tak sign form tu...That's my girl..macam tu lah dia..kalau ada homework yang tak siap walhal esok tu weekend buleh buat hari weekend, dia tetap akan suruh umi teman buat homework malam tu juga...I feel so bad..Teruknya aku sebagai ibu, benda macam tu pun lalai..lagi sedih membayangkan Syaura nangis masa naik van...:(

Plus dah dua weekend juga tak buat activity homeschool dengan Syaura.....Tulah sibukkan sangat ngan rumah baru sampai anak terabai..uwaa...Furthermore, nenek cakap pencil box and color pencil dia pon takde...Malam tadi dia takde homework so aku pun tak check..sadis betull!! Rasa nak balik rumah je tengok Syaura!*sigh*

Awards n TAG dari Nani~

Monday, May 18, 2009

Thanks a lot Nani!

Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award nie :
Padnani
1) Isteri kepada Pegawai Kedutaan Malaysia yang kini menetap di Oman (Nani betul ke ni?akak agak aje..hee..)
2) Ibu kepada Hafiy yg cute
3) Awet muda lagi jelita
4) Rajin masak
5) Lembut hati (yes, akk teka melalui penulisan Nani:)

Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yg seterusnya :
1. Aku sgt sibuk dengan suatu urusan yang memeningkan kepala dan memerlukan banyak uwang..huhu...
2. Aku ada dua orang anak perempuan, seorang nak masuk 6thn seorang nak masuk 2thn
3. Aku suka buat kek
4. Aku jugak sangat obses terhadap BF and CD
5. Aku istri kepada seorang designer yang sangat pandai melukis
6. Aku juga suka blogging and bloghopping dan sekarang sedang memahamkan FB
7. Aku allergic makan ketam..kalau makan gak habislah gatal seluruh mulut and anak tekak
8. Aku tidak suka menunggu lagi2 kalau sampai lewat 1/2 jam arghh nak marah je rasa
9. Aku suka berkawan dan menambah kawan
10. Aku rasa aku agak keras hati jugala..hehehe..

Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnye dan describe ttg mereka :
1) Back to Nani: Description seperti di atas
2) Intan: Yang baru menyambut harijadinya semalam. Happy B'day dear:)
3) Ealyie: Yang banyak hutang TAG dan tak buat2 ;P
4) Ar.nie: Yang telah jatuh cinta dengan berkebun di FB skarang ini..Kalu ko tak buat kompem sbb ko rajin berkebun tuh!;P
5) Hajarus: Yang baru saje mengeTAG akak harini..Nanti akak buat eh
6) Cik Yan: Yang sedang mabuk2 kerana sedang mengandungkan anak keempatnya...Juga ada sakit bahu baru2 ini..Semoga cepat baik eh..
7) Mamadhea: Yang juga baru nak baik dari sakit mata dan akan menyambut anniversary perkahwinannya tak lama lagi..;)
8) Zufa: Yang sangat hebat dalam semua penulisannya. Membuatkan aku slalu cepat klik ke blog nya setiap kali ada new hapdet:)
9) As: Yang baru saje lepas menghadapi dugaan dalam hidupnya..ke sedang lagi As? Akupon tak sure..hopefully ko cepat2 recover and happy sokmo eh!
10) Zety Zin: Yang baru aje pulang dari Terengganu. Ibu kepada Imran dan Irma juga kawan satu batch aku di menengah atas dulu:)
P/S: Saper dah buat kira burn la yer..:)

Tayang Hadiah Part 2~

Saturday, May 16, 2009

Usah cemburu buat kesekian kalinya......

Selepas kemenangan dan n3 tayang hadiah yang ini, hari ni aku nak menayang hadiah buat kali keduanya...jeng jeng jeng...
Hadiah ini adalah hasil kemenangan menjadi visitor ke 55555 di blog Cik Yan.....Terima kasih Cik Yan..mak dah dapat hadiah dari Cik Yan..mak sukak hadiah nih!

To be frank, buku ini memang terkesan di hati aku setelah membaca entry KNV di blog lamanya YANG INI. Alhamdulillah...bagaikan pucuk di cita ulam mendatang....dengan mendapat hadiah ini...

BTW, orang yang paling happy ketika aku membuka sampul hadiah tadi ialah...ibu aku..yang sedang beria2 membacanya sekarang..okeh.........kekeke...(patut amik gambar dia tempek sini kan..):P

New Milk Booster*Update*

Friday, May 15, 2009

Total output hari ni..14.5oz? 15 oz? huhu mak sukak!!Alhamdulillah:)


Kan ke baru-baru nih aku mengalami kemerunduman susu tahap gaban...tapi tiba2 harini output yang tak dijangka2..umpama rezeki jatuh dari langit tau...Alhamdulillah..

Perahan sesi pagi lepas buat dressing tadi ialah 7oz
Perahan sesi kedua dapat 5oz

Wah! Baru dua kali perahan dah kumpul 12oz..biar betul nih!

Betul tarak tipu punya..dua dua botol MLO dah penuh...nanti sat petang nak tengok dapat berapa lak..

Pikir punya pikir..apa yek yang aku makan...then tiba2 teringat entry Intan satu waktu dulu..

Year semalam aku ada makan BENDI..tengahari tadi makan BENDI lagi..

Dua2 Ikan masak Asam Pedas campur bendi...


Alhamdulillah...saper2 nak cuba! Harap2 berkesan la yeh...;)

Update; Sesi petang dapat 3oz..tupun kelam kabut sebab pump dalam kereta...hihi...

Cuci Mari Mencuci

Alhamdulillah sakit di tangan aku semakin lega...takde denyut2 dah..maybe kesan painkiller dan antibiotic yang doctor bagi..and rawatan kopek mngopek semalam beserta ubat sapu yang sepatutnya...Thanks a lot to kawan2 yang sangat prihatin dan sama2 menggigil lutut macam aku juga ketika membaca entry yang ini... Memang sakit beb ketika acara kopek mengopek itu...Sebenarnya seperti tekaan Kak Nur, memang betul luka kat tangan aku nih dah kena infections..sebab tuh jadik menyanyar sebelah dalam..nampak je luar dah kering...

So dikesempatan ini aku nak share tips untuk orang yang terkena luka yang besar dan dalam lagi2 kalau sudah menanah seperti aku...

1) Dapatkan rawatan doktor..jangan jadi macam aku ni....konon2 lepas habis makan antibiotic luka cepat baik..and takde buat rawatan susulan lagi...

2) Sewaktu luka itu masih basah (belum ada kulit lagi), jangan biarkan ianya terbuka pada open air, kuman2 senang je nak hinggap kat luka tu....kalau kuping dah mula cover kawasan luka, bulehla nak bukak balutan kan...

3) Jaga pemakanan semasa dalam tempoh luka baru nak baik especially telur..walaupon kat hospital pun diaorang kadang hidang selamba je kan..sebab pada pengalaman aku nih, kalau makan benda yang gatal2 memang luka tuh lagi gatal...huwaa..macam nak garu je...

4) Kalau nak cuba rawatan tradisional, pikir agak2 logik juga adakah ianya memudaratkan..sebab orang suruh aku pakai biji kani yang diparut pada bontot pasu..aku nih follow ajelah..memang kuping cepat je cover bahagian yang luka tuh..tapi startla berdenyut2 sakit tau...aku fikir2 balik, bersih ke pasu yang digunakan tu..ntah2 sebab pakai parutan biji kani tu yang makin teruk sakit tgn aku..(takut pasu tu tak bersih kan walaupon dah basuh sebelum guna)

BTW, itu ada tips yang tak seberapa..kalau tak digunakan sekarang mana tau akan digunakan bila2 nanti....So mulai hari ini bermulalah episod HARI HARI PEGI CUCI aku ke klinik..hmm..sebab doktor kata "kalau awak tak datang cuci nanti jadi macam harituh lagi...."..
I follow je lah...walaupon saat di cuci tu MENYAKITKANNN!!!! huhu...frankly speaking kulit masih TIADA di kawasan itu..hihihi...

Kawan2 doakan tangan aku cepat sembuh eh!:)

Dressing and MC

Thursday, May 14, 2009


Kesinambungan daripada entry tanganku melecur yang ini dan yang ini, walaupun sudah 2minggu berlalu, ternyata sakit berdenyut2 tu masih belum hilang...pada zahir nya luka tuh nampak dah tertutup ngan kuping2 tebal tapi antara celah jari tuh selalu keluar lagi air kekuningan2 yang mana sangat perit dan pedih yer...terutama kalau lepas ambil wudhu'...

Antibiotic and painkiller pon dah lama habis...so apa lagi tengahari tadi..dengan sakit perit dan pedih kat tgn nih aku mintak tolong hubby hantarkan ke klinik lagi... Sekilas pandang doktor tengok kopeng2 kat tangan aku and air kekuningan yang keluar ikut celah jari tuh doktor terus jerit.."Nurse! Dressing!"....dan dengan itu keluarlah peralatan gunting, pencungkil, cecair ntah apa...and aku dah tak sanggup tengok lagi...


" Mimi, saya akan kopek semua kopeng kat tangan awak ni, pastuh cuci balik luka awak nih..awak tengok pada zahir dia macam dah kering tapi dalam masih basah berair..sakit sikit...sementara saya kopek nih awak tahan nafas OK!"


Buleh bayang tak? Hidup2 dalam keadaan kopeng masih basah melekat kat tangan, kopeng tuh dikopek tanpa belas kasihan..hidup2 tanpa bius okeh! Doktor pakai alat ala2 pencungkil yang bengkok di hujungnya....Aku terjerit2 masa doktor buat kerja tuh...aku pedulik hape...sakit sgt masalahnya...then bila kerja kopek mengopek siap aku tengok hasilnya...yeah....daging2 aku yang putih campur kuning2 (nanah kot) sudah rata...perasaannya menggigil sampai ke kepala lutut kesakitan wokeh!kekeke...


La ni aku kat umah..MC...mana tahan beb! Sakit nya tuhan aje yang tahu...aduh!
Kesimpulannya, sampai hati betullah doktor2 suma nih kan.(kalau tak sampai hati camne nak operate orang ye tak?) ....kekekeke...


Psstt..Nak tau tak...

Wednesday, May 13, 2009

...aku tengah mengalami krisis memerunduman susu tahap gaban alaf ini....Walaupun aku masih mengekalkan 3 kali sesi perahan di tempat kerja tapi hasilnya adalah amat tidak memberangsangkan..di mana petang semalam adalah hasil perahan paling sikit yang aku pernah dapati sejak berkecimpung di arena ini....

Nak tau berapa? Cuma 2.5oz saje EBM pada sesi ketiga...walaupun aku seakan2 tak percaya...sambil tunggu lagi and perah lagi..dan tunggu lagi..nampak gaya itulah saje seadanya 2.5oz full stop. Total 11.5oz only untuk one day.... Hohho...aku sangat2 merindukan zaman2 setahun yang lalu di mana sehari aku buleh dapat 15-16oz sehari....tak payah tunggu lama2..tak payah pump beria2 pon....isk isk..sadis kan? Adakah aku harus telan hakikat yang mana ini adalah senario biasa bagi ibu2 bekerja yang fully breastfeeding ni? ke aku sorang aje..? huwaaa!!!

Tiba2 aku rasa oh kenapalah masih terlalu panjang nak capai target 2 tahun itu....walaupon cuma lagi 2 minggu nak capai target tahap ketiga iaitu 18months...tapi 6 bulan selepas itu sepertinya sayup2 jauh nun di sana.......Aku sepertinya mula berangan2 pagi tadi, nanti bila sufia dah 2tahun, siang nak bagi FM je tak payah perah2 dah...malam ngempeng lagi......tapi tempoh 194hari lagi nak capai 2thn itu oh di mana kau.....Come on mimi! Ke mana semangat mu menghilang? isk isk isk..;(

Sayalah Penyumbang Tenaga

Tuesday, May 12, 2009

Sabtu ngan ahad lepas saya tolong abi saya cat rumah...kan ke tangan umi saya sakit...jadiknya umi saya cuma baring ngan tido...saya ngan abi aje yang cat...adik cuma panjat tangga, masuk bilik air main paip.. keluar lagi...sampai penat umi saya jaga adik takut adik jatuh kat tangga...Bahaya betul adik saya nih...

Nasib baik saya tolong abi..kalau tak kesian abi saya penat sorang2...dahla abi saya kurus kering ...Not bad jugak saya catkan..tapi abi saya kata pakai cat ni susah nak rata...abi saya nak carik cat lain pulak lepas ni...Cat apa ye yang buleh senang nak rata? Saya pun taktau...uncle auntie tau tak?


Camera nih kabur pulak...Ni mesti sebab adik saya pegang lense camera nih lepas makan mangga...Aah umi saya siap bawak tikar, kipas angin, tilam kecil untuk umi saya tido adik saya baring....buah mangga, goreng pisang...Abi saya sibuk cat umi saya sibuk makan...macamla umi saya yang penat...takpelah layan ajelah gambar kabur ni eh....

Mmmm masih banyak lagi dinding yang kena cat..Nantilah minggu depan saya tolong abi saya cat lagi....Harap2 abi belikan saya Aiskrim kat IOI tu...bila saya tolong cat....sedap aiskrim tu..jadilah kan...saya kan penyumbang tenaga;)

Love,

Syaura

Mom At 22

Monday, May 11, 2009


Masih ambil mood Hari Ibu semalam, aku tringin nak share pengalaman sebagai ibu seawal umur 22 tahun...buat sape2 yang xtahu, aku bernikah pada umur 22 tahun awal tahun and murahnya rezeki buat kami selepas kahwin terus sahaja 'melekat' dan dikurniakan puteri Syaura Syauqina yang dilahirkan pada hujung tahun..but still aku berumur 22thn pada waktu itu...aku rasa kalau zaman dolu2 22thn dapat baby kira standard or lambat?..tapi zaman2 sekarang nih maybe agak awal juga....Average orang kahwin pun umur 25thn kan...sedangkan kami nak kahwin awal tu pun dapat tentangan ahli keluarga apalagi bila dapat anak. Terus terang ada aje suara2 yang berbunyi tak kiralah dari kawan2 or family.."Tulah nak kawin sgt awal kan dah dpt anak bla bla..study tak habis lagi bla bla.."


But then, di saat pada waktu itu kawan2 dok enjoy hidup bujang, sakan beraktiviti tapi pergerakan aku of course la dah terhad kan...ada baby dalam perut, juga komitmen dengan suami..tapi bukan masalah pon...still buleh enjoy usia muda dengan suami...Cthnya: pegi layan night movie dengan perut boyot..kahkahkah....Tapi nikmatnya dapat baby pada waktu itu....Hanya Allah yang tahu...keseronokan sebagai ibu pada usia muda...mengatasi semua suara sumbang mambang kat tepi telinga...best apa muda2 dah ada baby kan...Rezeki pun lebih murah, kerja dah sedia menanti waktu kami pulang ke Malaysia....Orang lain pulang bawa ijazah, bawa kereta..kami pulang bawa ijazah dan baby sedia menanti...Satu pengalaman yang tak dapat dijual beli....Menyesal? Tidak sama sekali..malahan seronok sgt dengan nikmat Yang Esa..:)


Sampai sekarang takde sekelumit pun rasa menyesal berkahwin awal dan dapat baby awal....Buat suara2 yang pernah menymbang mambangkan hidup aku..OK apa beb! sekurang2nya aku umur 40thn nanti InsyaAllah Syaura dah umur 18thn..ye tak? Kalau kemana2 pun orang selalu ingat Sufia anak sulung kami...kahkahkah....Buat sape2 yang takut nak kawin awal tu..atau takut tak buleh nak bawa kalau ada anak pada usia muda..tak yah risau...ada je jalan yang Allah sediakan dan permudahkan...Anak tu kan rezeki!kan kan....

Mother's Day Special~

Sunday, May 10, 2009

Ini entry mabuk; Sila jangan muntah..sekiranya tak sanggup baca sila klik pangkah..ngee...;P

Harini hari Ibu! Selamat Hari Ibu semua!! Tahniah kerana berjaya menjadi ibu2 terbaik untuk anak2 kalian....

Seperti biasa kalau ada hari2 special camni aku mesti tertunggu2 suprise dari hubby..yelah nak tunggu suprise dari anak2, anak2 masih belum 100% ngerti lagi...Alhamdulillah dapat juga hand made hadiah dari Syaura....Epal special...balik dari sekolah dia bagi uminya nih bersama ciuman..kompem projek teacher si sekolah yang mana semua parents dapat...tapi sebab dapat kiss juga sejuk perut umi nih... Thanks sayang!:)


Cute kan love hasil tulisan Syaura tuh?

Hubby lak buat dek aje...aku expect dia lupa lah kot...tapi Jumaat petang dia cuti half day...aku pun tak terpikir apa2....dia nak rehat la kot....balik kerja petang tuh hubby and my two girls datang jemput...but still dia buat tak reti aje...sampailah Syaura pecah lubang..cakap nak makan kek....hihi...rupanya salah satu agenda cuti ialah pegi beli kek mother's day untuk aku...terharu juga.....tak lupa rupanya dia menghargai penat lelah aku sebagai ibu, walaupun hadiah tidak sehebat mana tapi sebab he tried to make it as suprise as possible..tu yang aku terharu....Well.. aku jarang blog about my hubby, but this time I just wanna say, walaupun dia tidaklah sehensem mana mahupun sekaya mana..tapi usahanya untuk membuat suprise kat aku setiap kali hari istimewa, memang sangat2 aku hargai....sebab dari bercinta sampai dah 6 thn kawin ni u're still the same....Harapannya biarlah saat2 bahagia macam nih akan kekal sampai bila2...Amin


So like previous years, Mother's Day tahun ini pun special sungguh pada aku..Thanks ling!


(To readers; Kan dah pesan tadi....tu dah muntah dah...kah kah kah..sorry eh!)

Minta Maaf Banyak2 Di Atas...

Friday, May 8, 2009

....1) Kegilaan aku membuat entry pada hari ini...Ini n3 keempat pada hari ini;P
....2) Penutupan blog ini. Bukan apa aku ingin memasukkan urusan2 membeli barang2 rumah beserta dengan budget nya sekali...Kepada 16 orang follower blog itu...bolehla anda stop following the blog yer...terima kasih sebab sudi menjengah masuk blog itu.....Pasal perkembangan rumah baru kami nantikan saje berita dalam blog ini..kerana yang pasti lama lagi kami nak pindah sebab kami akan naikkan tembok batu antara ruang tamu dan dapur~bilalah nak siap ni.....haiii...

Sekuntum Bunga Di Celah Kumbang2

Hari ini aku tringin nak share sesuatu pasal kerja aku....Kan ke kilang aku nih 90% adalah pekerja lelaki...dan akulah satu2nya engineer perempuan di sini....Kalau cakap pasal meeting ke, audit ke, makan ke sokmolah jadi sekuntum bunga di celah kumbang2...mula2 haru juga...sebab company lama ramai gak pekerja perempuan...laaa ni dah biasa....sebab aku pun dah naik kematu...so kenalah biasa2kan diri dengan...

1) Lawak blue diaorang...kadang2 amatlah blue nya...
2) Jadi bahan gelak..lagi2 kalu aku pakai baju bergaya sikit hah mulalah...
3) Jadi pendengar dengan lawak gatal diaorang..
4) Jadi pendengar setia masalah pun ye juga....haiii..

Hati mau keras sikit eh kalau berada di posisi aku...kalu tak senang2 je diaorang buleh kotak katikkan tau...ngee...

BTW, ni tempek satu gambar masa audit itu hari....perasan tak menyerlahan aku di situ..kahkahkah...ada satu minah pompuan tu pon, bukan follow audit..dtg jalan2..time amik gambar aje dia menempel...hm...
BTW, ada sesape ke nak share pengalaman serupa aku nih? ngee....

Entry Untuk Cik Yan!


Cik Yan Yang Dikasihi,

Nampak gayanya saya telah layak mendapat hadiah daripada Cik Yan.
Sila refer kepada gambar yang tertera ini.
Bulehlah menghubungi saya untuk urusan seterusnya..
Kawan2 lain silalah cemburu dengan kemenangan aku ini..ah ah ah..;P

Thanks,

Mom's Award!


Dapat AWARD dari K.Yatie . Sangat seronok kerana Award ini katanya bersempena dengan Hari Ibu....
First skali award ini pastinya ditujukan untuk ibu aku yang tersayang, Hawati Binti Wasir..thanks for being the great mom ever in the world for me...
Dan aku panjangkan award ini kepada semua ibu2 di dunia ini...and back to Yattjay aka K.Yatie.
Sebagai penghargaan kepada mommies yang telah datang ke rumah aku itu hari, award ini special aku tujukan pada;
Juga mommy yang telah menyampaikan salam maafnya iaitu..
Silalah ambil award ini and sebar2kan pada kawan2 lain supaya semua orang dapat eh!;)

Selamat Pengantin Baru Cik Ngah!

Thursday, May 7, 2009

Let's Pics speak.....

Hantaran dari pihak perempuan


Hantaran Dari Pihak Lelaki


Peralatan Sokongan Kepada Majlis


Hari Pernikahan (1/5/2009)



Malam Berinai (1/5/2009)



Hari Persandingan (2/5/2009)



Miscellaneous Photo

Dengan bangganya aku umumkan, selain daripada gambar nikah dan gambar yg ada muka aku, kesemua gambar2 ini AKULAH JURUGAMBARnya...hihi...sangat GIGIH dengan tangan yang sakit berdenyut2 dan Sufia yang asyik meragam mintak dukung itu..TAHNIAH kakak pengantin:)

BTW, Mak Andam ini not bad huh!??

Selamat Pengantin Baru Cik Ngah, Semoga Kekal hingga ke syurga~Amin=D...Sufira dah mintak sepupu baru nih...;)