Simple-Dimple Cooler Bag Review Part 2

Friday, April 3, 2009

Day 1:
Sejuk di dalam bag itu tidak sampai ke petang. Bagaimanapun ianya tidak menggangu kualiti hasil perahan EBM at all kerana Sufia minum dengan jayanya...Yes, I think it was not because of the cooler bag, but kesilapan2 tuan punya cooler bag...ahaks!
Kesilapan2nya
1) Dengan menggunakan 2 Cole Man Chillers yang disejukbekukan tak sampai 12 jam, aku telah meletakkan satu chiller di hujung bag dan satu chiller lagi di hujung sebelah sini...
2) Selepas perahan pertama aku telah meninggalkan cooler bag itu di dalam bilik mesyuarat yang telah dimatikan air-con...cepatlah cair chiller tu eh!
3) Yer kerana kej*kunan aku sendiri, dan juga kawan2 aku yang berapa ramai sibuk nak tengok 'peti ais bergerak' tuh...yer mereka pelik wujud jugak benda alah sebegini ye....aku pun sibuk bukak tutup jugak..asyik nak check sejuk ke tak dalamnya..ah ah ah..dasar jaa...***

Countermeasure on the 2nd day
1) Aku telah meletakkan hasil perahan EBM yang pertama diperah pukul 11pg, di celah 2 chillers cole man itu...yeah barulah sejuk yang disalurkan kepada EBM sekata.
2) Aku sentiasa melatakkan cooler bag nih dalam ofis aku...so sentiasalah sejuk ber air-con kan...melambatkan proses pencairan..Chillers pun telah disejukbekukan selama lebih 12jam!
3) Aku sudah tidak bukak tutup lagi, kawan aku pun sudah tidak hairan lagi..so hanya 3 kali bukak tutupla sebab 3 kali sesi perahan..
Hasilnya, not bad....sejuk sampai ke petang:)

On the 4th day when purchased MLO ice pack arrived..
Perlukah aku nyatakan di sini..yer sejuk sampai ke petang...tidak syak lagi! ahaks! But still aku kepitkan perahan EBM petama di antara 2 chillers..

Ya ibu2 rasanya anda buleh menggunakan Simple-Dimple Cooler Bag ini tanpa ragu2 adanya...mungkin ianya takdelah sehebat cooler bag jenama lain yang mahal2 tuh, tapi the performance is not bad at all..tapi 4 ketul chillers/ice pack (2pcs each) ler yang aku pakai....sangat sesuai buat yang memakai Avent ISIS dari segi space...

Nantilah aku review pulak ketahananya dalam jangka masa panjang lak kalu dah lama sikit aku pakai cooler bag ni yeah!:)

17 comments:

achee_b165 said...

so far ok la dgn harga brpatutan + kualiti mengagumkan + color yg cun! ;)

~p-na mama oja~

~ As ~ said...

wehhh kalau nak minta tlg belikan blh?? :D

mama-qaisara said...

ha.. pasni buleyla saya beli.sya plan nk beli and letak kt nusery anak sya.hehehe..tengok tu,siap kasik kje mudah lagi kt pengasuh2 taska anak sya..takdela dorg kene belari ke pantry amik susu qaisara.

Mummy HnH said...

mi, bebaik handle MLO chillers tue... sejuk mmg sejuk, tp 'physical state' nya tue sensitif sket (byk!), especially bila tgh sejuk/keras...

* Aku yg ader 5 chillers from this brand, dan kelima2 nya sudah tdk sempurna lg, bertampal salotape sana sini... haha :p

Ealyie said...

ah ah ah
aku sukak bab ko mengaku tahap ke ja**nan ko di hari pertama percobaan!

Takpe, aku paham...ekekeke..

Mama Adib said...

wah menariknya, ku dah tergediks nak beli jgk.

mamaDhea said...

mimi,
ko ada try beli coleman 6pack tu tak? yg lekuk2.. tp tak sure muat tak eh dlm cooler bag tu.. klu muat, ko pakai tu je lagi senang.. ada 3lekuk, ngam2 laa klu ko bwk 3biji botol.. then MLO icepack tu ko letak kat atas.. atas MLO tu baru letak pump..

hehe.. saje je bg suggestion.. ;)

lia said...

menarik... hrga murah tp performance bagus.....

sayangibu said...

wahhh..kalo aku pon harus ku jakun gak mimi wehhh..hahahhahaa

mirah said...

bila terbaca mimi ckp psl ice packs tu, ku teringat techni ice ku dah byk pecah. Byk juga dah buang. Harus kena cepat beli baru ni..keh keh..

PadNani~~{@ said...

so far, no regret beli 'peti ais bergerak' tu kan kak=)

::Umi Sufira:: said...

P-na--> Tang kaler yang cun tuh setuju! Tapi tang kualiti tak brani nak ckp lg jangka waktu panjang:P

As--> Ko serius kah? Kalu serius meh email aku..rozamimi at yahoo dot com

::Umi Sufira:: said...

Mama Qaisara--> Owh buleh sangat..aah bagi mudah sikit kat depa ek..untung diaorang dapat parents yang prihatin:)

Aru, eh ye ke aru? Harus aku lebih berhati2 lps nih...thanks for the tips..tapi tampal cellotape masih buleh berfungsi ek?!ekekeke..

Ealyie--> Ko memang tau...suka no tang gelakkan mak punya jak*n nih...!!

::Umi Sufira:: said...

Mama Adib--> Buleh2...untuk next baby tu....:)

Sha--> Haritu pi carik kat Jusco tak jumpa pulak yang ghupe itu...ko ada suggestion ke nak beli kat mana?

Lia--> Aah menarik! tapi taktau la performance dia kalu compare ngan Lia punya yang dulu beli tuh..:)

::Umi Sufira:: said...

Intan--> Hahaha..intan pun jenis tak pernah pakai cooler kan? lebih kurang le tahap j*kun kita gamaknya:P

Nani--> Alhamdulillah..no regret!:)

Mirah--> Techni ais tu rupa camne lak ek? Banyak lagi nak kena belajar gamaknya mimi nih:P

My_Aqeelah said...

Sufira;
my BS pun panggil beg tu peti ais. Sy tinggalkan beg tu kat umah BS setiap pagi. Sy guna chillers coleman 2 biji dan ruang kosong semua sy penuhkan dgn techni ice. Mmg tahan sampai petang. Ada jual kat MLO. Dia dtg dlm bentuk flat sheet pas tu kena ramas dlm air bagi kembung. Dlm flat sheet tu ada 16 small squares yg akan kembung & berisi gel mcm MLO ice packs. Bekukan lah dlm freezer.

::Umi Sufira:: said...

My_Aqeelah--> Owh, cenggitu ke techni ice....nanti saya pi survey tengok rupa dia camne:)

Mmmm ramai rupanya mommies yang prihatin n tinggalkan peti ais bergerak tuh kat BS, n nursery ek?Kita dah bagi kemudahan macam tuh harapannya janganlah penjaga merungut cakap leceh nak handle EBM lagi kan...!:)