It's definitely not about Sufia yang kuat ngempeng itu tapi pasal Syaura kakaknya yang dah berumur 5thn setengah itu....Syaura masih kuat minum susu yer tuan tuan dan puan puan sekurang2nya 4 peket besar Dutch Lady 4,5,6 yang besar tu sebulan..
Tapi aku mula prasan early of this month masa belanja bulan2 tuh nenek kata tak payah beli susu Syaura ada 2 peket besar lagi...so aku cuma beli satu peket kecik untuk standby di rumah kami...tapi hari2 pun taknak mintak susu dah.."Kita nak MILO tau ummi.."....so sudahnya sepeket MILO kat umah tuh cuma tahan seminggu...
Sebenarnya plan aku memang nak bagi susu selama yang mungkin..yelah dalam tuh ada macam2 khasiat kan..calcium, DHA, TT Ratio etc. tak sangka pulak secepat ini dia menolak untuk minum susu tu...dah buhsan agaknya dari kecik minum benda yang sama...
dalam masa yang sama, Syaura yang dahulunya paling susah nak makan jadi bertambah selera sikit nak makan sekarang...semalam pagi masak mee goreng habis sepinggan (pinggan kecik ye..), nasi ayam pun habis jugak sepinggan..so maybe dia dah kurang susu and nak makan pulak kot...
Oh aku jadi blurr pulak sekarang sama ada nak carik susu lain untuk dia, ataupun kekalkan ajer dengan cara dia sekarang....or sekali sekala bagi susu lain ke agaknya? Anyone any advice?
Owh adakah ini permulaan untuk umi n abi jimat another RM100++ monthly...hehehe...
Ku Tak mahu Susu Lagi!
Monday, July 13, 2009
Posted by ~Umi.Sufira~ at 1:44 PM
Labels: Parenting n Education, Syaura
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
17 comments:
amir, 5 tahun pun dah kurang minum susu.. tp dia suka makan yogurt.. + susu kotak dutch lady yg kaler biru tu.. full cream la kaedahnya..
hahahaha.. aku pon nak suggest mcm CY tu..
Variety kan dia punya calsium supplement nyah.. Janji dia nak, jgn paksa..
p/s: Cehh.. haku mcm la teror nor.. anak baru 2 tahun lebey..ah ah ah
azam sejak kurang minum susu, aku ganti bagi dutch lady full cream uht..
tp yelah, kita nak bagi dia khasiat2 dlm susu tu, tp dah dia taknak..janji ada jugak kalsium kan
dah kuat mkn..tu pasai tak kuat susu
dah tammo susu tepung, bg susu UHT laa nyah. takpun, kalo ko still rasa nak bg susu.. bg yg berperisa cekelat ke mcm sustagen.. tp since dia dah kuat makan, no worry lah
wpun mak adalah baru beranak 1 yg berumur 1.7 - tp mak nak nyibuk gak bg idea ni. silalah baca :P
pertamanya kita mestilah memikirkan apakah motif utk memberi minum susu?
ahaaa....pastu, kalo dia dh takmo susu maka kita hendaklah memikirkan alternatif lain yg membekalkan khasiat yg sama spt susu. eceh, macam profesional tak nasihat mak ni nyah? :P
antara produk yg mak bleh pikirkan ialah cheese. fresh milk, of course. calciyum, yogurt dan yg seumpama dengannya. aha, mak rasa biskut tiger pun okey. dan aiskrim yg ada gambar lembu tu, diperkaya dengan kalsium! :P
anak mak yang nak masuk 4 tahun pun dah agak kurang susu
sila baca betul2 agak kurang jer sbb asalnya 5 paket sebulan ker 3 paket kah kah
yaa ku pun nak ajar n galak anak aku minum itu kalsium sampai besar, jgn serupa mak dia, preggy je baru gaduh cari susu
sila lah pelbagaikan makanan dia mcm cadangan kekawan kita d atas tuh.
mimi,
selagi buleh jgn stopkan bagi susu.. even kita yg dah tua bangka pon patutnya still minum susu (yg sesuai okeh :P).. mcm MIO tulis, klu dia tanak jugak susu, kena laa bg makanan lain utk gantikan khasiat susu tu.. klu susu kotak tu bg yg full cream laa kan, lebih sesuai..
try laa DL perisa coklat tu ke.. coklat jugak.. sedap jugak tu.. Dhea klu buleh nak yg tu aje, tp aku tak bagi sbb ada problem lain plak klu dia consume susu berperisa coklat ni.. so, sesekali je laa bancuhkan milo minum dlm cawan.. :D
CY--> Maknanya memang situasi normal la yek budak2 ni makin tak minat minum susu bila makin besar...haih..nak kena bijak pelbagaikan la ni..
Ealyie--> Anak baru 2 thn tak bermakna takleh bagi suggestion nyah oi..kadang2 ilmu kome lagi hebat tau!:)
Azure--> Nak cuba jugaklah bagi kat Syaura UHT milk tuh!thanks for sharing:)
K.Fid--> Yerlah kot...kan kan...
Intan--> Itulah kan..tak terpikir lak aku...akan kubuat stok manyak2..:)
MIO--> Yeah sesungguhnya ko memang macam pro nyah!!:P Thanks for the suggestion...sungguh bernas sekali...yang mana mak tak terpikir pun sama sekali....thanks for the advice yer..akan kubuat stok banyak2 kat umah tu:)
MA--> Betullah...mak rasa memang penting kekalkan calcium sampai besar...dahla anak dara aku tuh kurus melidi...nasib baik terus meninggi..sikit hari lagi silap2 adib pun dah takmo susu lagi nyah...:P
Sha--> Hahaha...thanks for the advice...tulah tuh baru terbukak idea kat kepala ni...pelbagaikan jelah pengambilan calcium dia tu kan...maybe RM100++ budget untuk susu Syaura tuh leh salurkan ke makanan/minumam berunsur calcium utk dia...:)
ahdik mimi
pd pandangan ahkak
kalau anakandamu tak mau sgt susu tak yah paksa kang dia fobia
maka dikau boleh pelbagaian menu susu dia
carrot susu tembikai merah taruk susu
guna susu fullcream
milo susu
oren susu
segalanya
dan
kalau susu diua nyampah bagi je dia brokkoli..dan sayuran kaya kalsium..kalau tak minat juga main taktik kotor le...taruk je dalam food dia
cheese etc pun ok juga....
untuk sumber kalsiumnya....
Ahkak Fid, sungguh bernas sekali pendapat2 mu itu...ahkak InsyaAllah akan saya usahakan pelbagaikan minuman susu dia pakai full cream susu tuh..akan saya campurkan juga dalam air milo dia tu:)thanks yer for the advice:)
zukhruf pun dah taknak susu sejak dapat adik ni. Dia nak milo lak, milo 'o' suam camtu jerk. Tapi minum gak la susu bila ngan nestum or bila makan koko krunch tu (hihi, peluang la suh dia minum susu). tu jer la. tak pun air kotak susu coklat dia minum la. aah, agaknya dah boring minum susu dr kecik.
Yerla kaklong...dah buhsan agaknya minum benda yang sama dari kecik....la ni nak kena pelbagaikan pengambilan kalsium dia la ek....;P
ahdik mimi
ke nak ajak syaura berkawan ngan akif?
akif kat skul dia 'idola' susu
asalkan dia cuba susu cap baru...ada ja orang akan panggil 'susu macam akif'
'milo macam akif'
kira macam milk tester gitu hakhakhak
nengok dia minum org lain terliur...aci??
tp susu akif yg minum kat skul semuanya yg 'ready made' takyah bancuh2
Ahkak,kekeke..senang kan yang ready made..tak payah bancuh2...;P
Psstt akif tuh jauh sangat nak kawn ngan syaura..hihi...
Post a Comment