Seperti tahun lepas, InsyaAllah tahun ini masih ada rezeki kami untuk membuat open house merangkap house warming party sempena hari raya dan masuk rumah baru...har har..nak buat camne dah 4bulan pindah baru ada rezeki nak buat house warming party nih..
Below the details from hubby's mail untuk jemputan nih... malas nak type:P
Assalamualaikum WBT
Saya (Yusa.ini) mewakili isteri (Roza.mimi) dan anak anak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakan rakan. Dengan ini juga saya ingin mewakili keluarga saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada tersalah kata, terlajak bahasa dan perbuatan sama ada sengaja, tidak sengaja ataupun saja saja. Mintak dihalalkan dari hujung remos sampai ke hujung boot anda.
Di kesempatan ini saya ingin menjemput saudara saudari untuk ke majlis rumah terbuka merangkap pemanasan rumah (house warming) kami yang ber alamat:
xxxxx, Jalan Camar xx
Bandar Putra Kulaifornia, Johor (Sila email saya di rozamimi at yahoo com utk map and complete address)
Pada tarikh dan waktu:
Tarikh: 3 October 2009 (Sabtu)
Start: 2.00 petang sehingga 7.00 malam (boleh datang di antara waktu tersebut)
Additional info dari U.S>
Menu:
MJ nasi beriyani with daging beriyani and acar nanas (MJ nama ayah saya, dia yang akan masak nasi beriyani dan dagingnya)
RM Nasik empet, kuah kacang, ayam masak merah ++ (RM nama saya lak, mean saya yang masak..ihik ihik..)
Bubur kacang
Buah
Air and kuih raya...maybe ada menu tambahan last minit..
Kawan2 yang berkesempatan jemput hadir ye:)
Sekian:)
Nota kaki: Tak sempatlah nak buat kek batik tahun ni...:P
Wak limah ku kurus
Wednesday, September 30, 2009
Posted by ~Umi.Sufira~ at 12:38 PM
Labels: Family, Friend, Story story
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
canggihnya nama kulaifornia tuh!hehehe...
aku tggu update dlm blog jelah....
confirm x hadir ye...
Kak Nur--> Mesti...bersebelah daerah ngan California tuh..:P
As--> Kalau ko datang karang aku terharu berjurai airmata laks..:P
Kak,
zah juga buat rumah terbuka pada hari tersebut..
jemput ye....
samalah..tunggu update sajalah..semoga berjalan lancar ye mimi..
sepekan dgn Mawi ye kak?
wah syoknyaa..ana dah dkt sethun pindah x buat lagi housewarming..tahun depan jek laa gamaknyaa..hehehe..
ana pandang makanan tue dari jauh jek laa yekk..jangan lupa tepek gambo ekk mimi..sedapnyaaa..
Izzah--> Wah tersama hari pulak kita..selamat yer..:)
Nanak--> Thanks yer..:)
zZana--> Kira sepekan lah..nak gi umah mawi pun 20 minit je..kekeke..:Ppeminat mawi ke?
Ana--> InsyaAllah kalau sempat nak amik gambar tepeklah kat sini..tapi macam tahun lepas tak tersempat amik gambar:P
mimi....
kemungkinan besarrrrr tak dapat gi open house mimi... cik suami tak sihat.... tp kalo kelapangan n berkesempatan, akan sampailah kami 2 ketul (akak n damia) ke ISTANA itu...
Kak Laila--> Ala tak jauh pun umah akak tuh..datang jelah berdua ngan damia:)
Post a Comment