Resipi Daging Sweet Sour Ala Yu.Es

Tuesday, September 8, 2009

Atas permintaan K.Fid dan adik aku yang tak dapat dihampakan aku tempelkan resipinya di sini...Buleh try masak...hasilnya marveles!Ah!lagi masuk lif tekan sendiri..


Daging Sweet Sour

Bahan2
1/2kg daging dihiris halus
bawang besar dihiris bulat untuk tumis
Bahan blender
Lada kering 13 tangkai
Bawang merah 4 ulas
Bawang putih 5 ulas
2 batang serai racik
1 inci halia
1 inci lengkuas
Blender semua bahan di atas
Sos Cili
2 sudu tomato puree (takde harituh aku ganti ngan sos tomato)
Kicap, Gula, Garam

Cara2
Tumiskan bawang, dah garing masukkan semua bahan blender sampai dah naik minyak, masukkan daging dan air ...Time ni tutup kuali...tambah air lagi bila air kering sampai daging empuk....bila daging dah empuk dengan keadaan air yang tak berapa banyak masukkan garam gula, sos tomato, sos cili dan kicap dan adjust rasanya mengikut kegemaran anda...dah sedang2 elok..matikan api dan siap untuk dihidang..:)

11 comments:

siti noriza saleh said...

bolh tiru ni..utk masa ptg ni lak..he he he..ku mals nak pkr2 nak masak aper...mimi, dah baca entry siti belum?..siti nak remove

~Umi.Sufira~ said...

Siti-->dah baca..sedih sgt taktau nak komen apa...

IntanSham said...

mak kopipes ye nyahhhh

~Umi.Sufira~ said...

Intan--> Silakan..:)

JaNnAh said...

hmmm.. sedapnya daging.. ni kena masuk list mesti cuba nih..

~Umi.Sufira~ said...

Umi Nawfal--> Sila cuba yer..;)

Nur said...

selalunya akak buat ikan sweet sour jerk..ish kena try nih..TQ mimi!!

(akak rasa kan, cara kita msk cam sama jer, sbb kita sesama org johor kot??hehehe)

~Umi.Sufira~ said...

Kak Nur!!! Kak Nur orang Johor orang mana? Macam sama eh?kekeke...mehla raya kita jumpa...

cts said...

sy nk cuba la..tp guna rusa:)

~Umi.Sufira~ said...

Suhainini--> Serius sedap! Raya 2tahun lepas kot kitaorang masak daging rusa sweet sour..fuh..menggigill...

Fid said...

Yu.Es
harus kucuba wiken nii
thanks ahdik!