Kematian Mengejut!

Tuesday, September 15, 2009

Tatkala semua orang sibuk memperkatakan kegembiraan Syawal yang bakal menjelma beberapa hari lagi dan pengisian 10 hari terakhir Ramadhan, aku dikejutkan ngan berita kematian yang menyayat hati malam tadi...Rakan sekerja kami seorang technician lelaki telah kembali ke Rahmatullah dalam perjalanan pulang dari kerja..Masih lagi dalam uniform kerja dan dengarnya motor yang dinaiki di Lebuhraya Se.denak melanggar lori yang berhenti di tepi jalan...

Yang mengejutkan arwah telah meninggal dunia di tempat kejadian dan keadaannya agak teruk kerana hentakan kuat.....Baru semalam arwah berada di tempat kerja macam biasa bergurau senda dengan kami tapi hariini arwah dah tak ada....advance pay kami yang sepetutnya masuk hari ini atas ikhsan syarikat sempena menyambut hari raya pun tak sempat dirasai oleh arwah....Dari cerita rakan2 yang melawat di hospital malam tadi ketika arwah masih di dalam plastik hitam keadaannya amat menyedihkan..muka sudah benkak kaki sudah longlai....

Arwah meninggalkan balu dengan seorang anak perempuan berusia 4tahun..arwah itu baya2 aku saje..masih muda....Aku? Aku takde kudrat dan kekuatan untuk pergi melawat...aku memang takut melihat mayat yang meninggal akibat kemalangan..lagi2 bila mendengar kawan2 menyatakan keadaannya...Mak TAKUT!!!Aku mendoakan dari kejauhan aje...

Itulah...dalam kegembiraan kita menyambut Syawal, ingatlah bahawa ajal tidak pernah lupa menjemput kita tidak kira bilapun detik waktunya..ingatan untuk diriku juga..Al-Fatihah buat arwah..

18 comments:

salzahari said...

sal pun ..emm..tmbh keja hospital,ada sekali org jabatan kecemasan letak gmbr2 mangsa kemalangan dlm server.mana tau,tajuk folder Facial (kita pompuan ingat facial biasa2 ja) rupanya gmbr patient yg perlukan pembedahan kosmetik.

Nurhayati said...

takziah buat arwah sekeluarga.
sedihnya nak dekat raya.. :(

Mommy Harith Hannah said...

Al-Fatihah!
Maut mmg tak mengenal masa kan...

JaNnAh said...

Al-fatihah.. Mati itu pasti, cuma kita tak tau bila..

MN said...

innalillah...

Hernee Nazir said...

Al-Fatihah..takziah buat family arwah..

Jieda said...

Takziah untu family arwah.Harapnya family arwah tabah menerima dugaan ini.Al Fatihah.

hajarus said...

Innalillah...

Al-Fatihah.... takziah untuk keluarga arwah...

menitis air mate hajar biler baca n3 akak ni... terbayang2 hajar macam maner lah perasaan isteri arwah ketika ini.......

Ya Allah Ya Tuhanku Kau panjangkanlah umurku, umur suamiku, umur orang tuaku, umur ahli keluargaku, umur sahabat2ku & umur seluruh saudara2 seagama denganku Ya Allah... AMIN...

cysev3n said...

al-fatihah. macam biasa, mak speechless.

Fara said...

Allahu akbar...tu la ajal maut kita tak tau kan.

Unknown said...

Innalillah... takziah buat keluarga arwah...

Mama Liena said...

Al fatihah dan takziah buat keluarga arwah ...

siti noriza saleh said...

alahai..dah nak raya..anak kecl lagi...semoga arwah berada dlm lindungan Allah..amin...semoga juga isterinyer tabah meghadapinyer.....takuttnyer...baru je baca metro hari ni pasal budak kat BBU kene langgar lori kaki dia hancus berkecai..Ya Allah..srammnyer

Azure said...

innalillah...

kesian kat isteri n keluarga arwah. lagi dah nak raya nih..hmmm

Ana said...

Innalillah.. Al-fatihah tuk arwah..

ana pernah rasa kematian mengejutkan 2thn lepas..lagi 2ari nk raya..kitorg tgh siap nk balik kpg..skali abah call cakap datuk ana meninggal..sedih sgt masa tue n ana x sempat tengok arwah atuk sebelum dikebumikan..sbb org kpg nk cepat..time puasa kan masa tue..
semoga allah mencucuri rahmat ke atas arwah..

~Umi.Sufira~ said...

To all--> Terima kasih atas bacaan Al-Fatihah buat arwah..semoga rohnya di letakkan dikalangan orang2 yang beriman...amin..

Che Lin said...

sedihnya mi... nak nak dkt ngan raya ni kan.
member aku pon baru je meninggal last friday. eksiden moto jugak. internal injuries. ptg jumaat tu baru je borak ngan dia. alih2 kul 12++ mlm tu, ada member call ckp dia dah takde...
semoga roh mereka termasuk dalam golongan orang yang beriman...

~Umi.Sufira~ said...

Che Nor, sedih kan..ni kita sebagai kawan yang rasai....macammana pulak yang family dia rasa...lagi brapa hari nak raya ni...;(