Wak limah ku kurus

Wednesday, September 30, 2009

Seperti tahun lepas, InsyaAllah tahun ini masih ada rezeki kami untuk membuat open house merangkap house warming party sempena hari raya dan masuk rumah baru...har har..nak buat camne dah 4bulan pindah baru ada rezeki nak buat house warming party nih..

Below the details from hubby's mail untuk jemputan nih... malas nak type:P
Assalamualaikum WBT

Saya (Yusa.ini) mewakili isteri (Roza.mimi) dan anak anak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakan rakan. Dengan ini juga saya ingin mewakili keluarga saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada tersalah kata, terlajak bahasa dan perbuatan sama ada sengaja, tidak sengaja ataupun saja saja. Mintak dihalalkan dari hujung remos sampai ke hujung boot anda.

Di kesempatan ini saya ingin menjemput saudara saudari untuk ke majlis rumah terbuka merangkap pemanasan rumah (house warming) kami yang ber alamat:
xxxxx, Jalan Camar xx
Bandar Putra Kulaifornia, Johor (Sila email saya di rozamimi at yahoo com utk map and complete address)

Pada tarikh dan waktu:
Tarikh: 3 October 2009 (Sabtu)
Start: 2.00 petang sehingga 7.00 malam (boleh datang di antara waktu tersebut)

Additional info dari U.S>
Menu:
MJ nasi beriyani with daging beriyani and acar nanas (MJ nama ayah saya, dia yang akan masak nasi beriyani dan dagingnya)
RM Nasik empet, kuah kacang, ayam masak merah ++ (RM nama saya lak, mean saya yang masak..ihik ihik..)
Bubur kacang
Buah
Air and kuih raya...maybe ada menu tambahan last minit..

Kawan2 yang berkesempatan jemput hadir ye:)

Sekian:)

Nota kaki: Tak sempatlah nak buat kek batik tahun ni...:P

Ini Gambar Candid!

Chet! Tengoklah apa adik ipar baru kami sudah buat...dia sudah tangkap curi itu gambar kami berjujuran air mata ketika sesi meminta maaf di pagi Syawal...Punya syahdu sampai tak sedar bila BIL ambil gambar candid ini...Rrr..BTW nampak ke air mata yang kat pipi tuh?ngee...:P



juga nak share gambar birthday girl di malam raya bersama homemade chocolate cake uminya tuh..:)

Gigi Raya Saya!

Monday, September 28, 2009


Inilah gigi rongak raya saya!! Eh eh umi saya nih tak cover line pulak..penat saya senyum simpul waktu gambar2 raya yang lain....Ke mana2 saya pergi beraya semua orang bertanyakan gigi raya saya nih...tensi saya dibuatnya..umi abi saya suka gelakkan saya..kesian saya kan....Dahla tuh gigi baru tak tumbuh2 pulak...sabar ajelah saya..BTW, auntie OK OK aje kan gigi raya saya nih?

With Love,
Syaura

Seronoknya Raya! (Sg. Besar)

Isk isk lambat betul nak cerita raya kat Sg. Besar ni yer...dah raya keberapa dah ni..almaklumlah jadual beraya full banget...semalam beraya sampai ke malam baru balik rumah..malam ni pun ada schedule beraya jugak...isk isk..sakan!

OK berbalik cerita raya di Sg. Besar hari raya kedua kami bertolak balik ke sana...traffic slow kat area Seremban walaupon kami menuju ke utara..Pukul 9malam baru sampai Sg. Besar...So raya ketiga lah baru start jalan2 beraya ke rumah saudara mara terdekat...Yerlah letih 6jam perjalanan tak hilang lagi....pegi ke rumah nenek hubby di sebelah, dan jiran nenek ajer...lepas tuh balik umah sebab tunggu rombongan marhaban..kalau di Sg. Besar mereka panggil baraan...

Aku kenalah buat pape yang patut sebab dah tinggal sorang je menantu dalam rumah tuh..menantu lain dah balik ke kampung mereka pulak..(tetiap tahun memang raya aku selisih ngan biras2)....Jadiklah menantu mithali tu kan yang buat air susun kuih bagai..kekeke...

Raya ke-4 kami ambil peluang beraya ke rumah makcik2 di Sg. Panjang...Bila lagi kan...raya setahun sekali..letih memang letih tapi seronok banget...Raya ke-5 tuh tak larat dah nak pegi beraya...sebab tghari tuh dah nak balik Johor...So Alhamdulillah perjalanan balik teruk tak jammed pun sebab kebanyakan orang cuti seminggu...aku ajelah yang naik kerja hari Jumaat kan....hihi...

OK enjoy some raya piccas yang sempat diambil di Sg. Besar....




Seronoknya Raya! (Johor)

Friday, September 25, 2009

Alhamdulillah....Dah harini dah masuk raya keenam and aku pun dah kembali bekerja.... Persiapan raya kami yang tonggang terbalik and last minit tuh tak mengganggu gugat hari raya kami yang enjoy sakan nih!! Yerlah raya setahun sekali kan..tambah2 lagi malam raya dan hari raya pertama di rumah sendiri...double happiness...:)

Macam biasa sehari sebelum raya sakan dengan persiapan masak ketupat, daging rendang, ayam masak merah, kuah kacang, kuah lodeh, sambal tempe jowo dan jugak bergedel..mewah amat! Tambahan pulak, pasangan pengantin baru adik aku atas2 sebab yang amat kukuh beraya dahulu di Johor tahun ni...So apalagi meriah la rumah tuh...

Pagi raya dimulakan dengan acara bersalam2an dan bermaafan sesama ahli keluarga...so tak sahlah kalau takde adegan air mata..siap si BIL snap candid gambar kami bercucuran air mata tuh kan...my mom maintain cool ajer..kami adik beradik yang nangis sakan..tulah banyak dosa lai ngan mak abah..kekeke...

Lepas tuh raya pertama tuh sebab nak bawak ahli keluarga baru (BIL) nak jumpa sedara mara jauh kami beraya pada raya pertama tuh...sampai ke Rengit Batu Pahat..kemudian singgah di Pontian...total 7 buah rumah...sampai driver pun 'pengsan' balik tuh penat amat...Yang tak best..akibat makan keterlaluan di setiap rumah yang kami beraya tuh 3 of us kena cir bir...kekeke..aku cuma tak sedap perut n pening kepala sikit..maybe sebab panas kot..tapi raya punya pasal..layan.....:)

OKlah enjoylah beberapa keping piccas kami sekeluarga di pagi hari raya kay..:)





Selamat Hari Raya dari Umi Sufira Sekeluarga:)

Friday, September 18, 2009

Yu.Es aka U.S. aka Umi Sufira sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua rakan2 alam maya mahupun alam nyata...sekiranya ada terkasar bahasa, terumpat terkata yang zahir ataupun tidak....ampun maaf dipinta....Halalkan makan dan minum juga sekiranya ada yer...

Salam Lebaran buat semua...Maaf Zahir dan Batin:)semoga Lebaran Tahun ini lebih bermakna buat kita semua...

Fakta 1: Kami akan pulang ke kampung yang letaknya 20minit dari rumah kami..harap2 tak jammed la hendaknya:P
Fakta 2: Kami akan pulang ke Sg. Besar pada hari raya kedua..InsyaAllah...
Fakta 3: Kami akan kembali ke Johor pada hari Khamis sebab hari Jumaat dah kerja...
Fakta 4: Kami dah tak sabar2 nak raya walaupon hari ini aku masih bekerja...:P

Chocolate Cake On Malam Syawal

Thursday, September 17, 2009


Setiap kali menjelang malam raya memang menggamit kenangan indah buat aku...n hubby ...Malam 1 Syawal hampir 6tahun yang lalu aku berperang sakit melahirkan Syaura di Hospital Kulai...waktu tuh masih muda belia yer....umur baru 22tahun...di saat orang lain sibuk bakar lemang masak ketupat, aku sedang sakit melahirkan...

So around 2:20pagi Syaura Syauqina selamat dilahirkan seberat 2.9kg...so oleh kerana lahir 1 Syawal dan sangat mudah diingati, tetiap tahun kompem birthday dia sambut dua kali...malam raya WAJIB ada sebiji kek untuknya....Tahun ni InsyaAllah homemade coklat cake ajerlah kakak yer...

Macam tak percaya Syawal kalini adalah Syawal ketujuh menyambutnya bersama Syaura...
Psstt...nak tau nama Syaura yang selain maksudnya "Cantik" itu...juga adalah bersempena gabungan Syawal dan Ramadhan...so jadilah Syaura...ngee...:P

Nota kaki: Semalam patah lagi satu gigi depannya...siannya raya2 giginya rongak!hehehe...

Beraya Di Rumah Parents Sendiri!:)

Wednesday, September 16, 2009

Aku pernah membuat n3 Beraya Di Rumah Mentua menjelang hari raya tahun lepas...Wah sambutan hangat terhadap n3 itu yer!(kira hangat lah bagi beginner blogger:P) Sebab tahun lepas turn kami raya umah mentua...Jadi harini haruslah di war warkan dengan bangga lagi excitednya turn beraya tahun ini ialah di rumah parents sendiri!!!vavava..excited luar biasa okeh....

Memikirkan lauk pauk pagi raya yang menyelerakan.....paling kurang 5 jenis lauk kalau umah parents aku....hover kan!kuah lodeh, sambal goreng tempe, rendang daging, ayam masak merah and kuah kacang..marveles...sehari sebelum raya mesti dah riuh rendah kat dapur prepare semua lauk pauk tuh...

Memikirkan saat bersalaman pagi raya dapat cium tangan mak bapak sendiri...dan adegan mengalir air mata...huwaa...tu yang syahdunya di pagi raya tuh...tu pun mahal tuh!Dan yang penting selesa beraya di rumah sendiri...Bukan tak selesa di rumah mentua tapi ada beberapa pergerakan yang terbatas...dan kompem pagi2 raya tuh walau bersalam2an ngan PIL tapi tetap teringat kat mak pak sendiri...

Pendek kata, memang seronok banget raya kat umah parents sendiri. Saper tak setuju angkat tangan?:P

Nota kaki: Tapi tahun ni tetap excited nak balik Sg. Besar..sebab dah lama banget tak balik...n tak sabar nak borong kerepek murah2 di sana nak bawak balik sini..ngee..:P

Rumah Kami Nan Indah!

Tuesday, September 15, 2009





Indah tak indah tak? Credit to Mr Hubby nan rajin memasang pelita since malam ke 16..gigih tau 3 hari sekali beli diesel....ngee..:)

Kematian Mengejut!

Tatkala semua orang sibuk memperkatakan kegembiraan Syawal yang bakal menjelma beberapa hari lagi dan pengisian 10 hari terakhir Ramadhan, aku dikejutkan ngan berita kematian yang menyayat hati malam tadi...Rakan sekerja kami seorang technician lelaki telah kembali ke Rahmatullah dalam perjalanan pulang dari kerja..Masih lagi dalam uniform kerja dan dengarnya motor yang dinaiki di Lebuhraya Se.denak melanggar lori yang berhenti di tepi jalan...

Yang mengejutkan arwah telah meninggal dunia di tempat kejadian dan keadaannya agak teruk kerana hentakan kuat.....Baru semalam arwah berada di tempat kerja macam biasa bergurau senda dengan kami tapi hariini arwah dah tak ada....advance pay kami yang sepetutnya masuk hari ini atas ikhsan syarikat sempena menyambut hari raya pun tak sempat dirasai oleh arwah....Dari cerita rakan2 yang melawat di hospital malam tadi ketika arwah masih di dalam plastik hitam keadaannya amat menyedihkan..muka sudah benkak kaki sudah longlai....

Arwah meninggalkan balu dengan seorang anak perempuan berusia 4tahun..arwah itu baya2 aku saje..masih muda....Aku? Aku takde kudrat dan kekuatan untuk pergi melawat...aku memang takut melihat mayat yang meninggal akibat kemalangan..lagi2 bila mendengar kawan2 menyatakan keadaannya...Mak TAKUT!!!Aku mendoakan dari kejauhan aje...

Itulah...dalam kegembiraan kita menyambut Syawal, ingatlah bahawa ajal tidak pernah lupa menjemput kita tidak kira bilapun detik waktunya..ingatan untuk diriku juga..Al-Fatihah buat arwah..

Mee Rebus Johor; Menu Semalam

Monday, September 14, 2009


Inilah menu berbuka kami (kami konon!) semalam....Teringat pada my friend Kelantanese yang tak pandai makan kot mee ni...makan separuh pastuh tolak pinggan dah....Pelik kot rasa dia..By the way, aku sangat suka mee rebus nih! feveret!Okeh tempel resipi sini..macam biasalah kalau ada kengkawan nak cuba pakai resipi ni buleh cuba..yang penting jadi rujukan pada tuan punya blog untuk masak akan datang..

Bahan2
Mee kuning tanpa asid borik (ada ya di pasaran)
Lada kering
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 sudu serbuk kari
Udang kering secukupnya
Daging direbus
Fish ball
Keledek di rebus dan diblender
Telur rebus
Limau kasturi
taugeh dicelur
kacang goreng ditumbuk
Lada besar hijau dipotong2
Gula
Garam secukupnya..
Bawang goreng

Cara2....Blender lada kering dan bawang2, serbuk kari juga udang kering kemudian tumis...dah naik minyak masukkan air rebusan daging...fishball...kemudian keledek rebus yang sudah diblender...tambah air ikut kepekatan yang sesuai..kemudian masukkan kacang yang sudah hancur..adjust ngan garam dan gula....siap..yang lain tuh buat hiasan..susun dalam pinggan dan curah kuah...

Saper tak makan or tak pernah makan sila angkat tangan!ngee...:P

GIGIH & RALAT

Aku sudah 'raya' since Jumaat lepas...Memang ralat amat! 10 Ramadhan terakhir yang ditunggu2 rasa macam lebur macam tuh ajer...haih......hikmahnya...dalam kemalasan ntah macammana dapat energy pulak untuk buat kuih raya...

Yerlah bonda terchenta memang mengharap aku aje untuk buat kuih sebab dia dah bz dengan bisness popia nya...hari2 gentel popia..kalau aku tak buat saper pulak nak buat kuih raya untuk bonda kan...Pulun punya pulun Alhamdulillah 4 jenis kuih aku siap weekend lepas...
2 jenis hari Sabtu, 2 jenis hari Ahad...
Layan jerlah gambar..ada yang recycle je gambar tahun lepas...tapi ada yang baru...googled..

Corflakes Bermadu

Biskut Sarang Semut


Yang bawah nih biskut baru try..Biskut Denmark..Mintak izin tuan blog tempel gambar yer..Resipinya DI SINI...


Lat but not least
Biskut Kacang atas permintaan bonda terchenta..:)

Nota Kaki: Tahun ni memang tak larat nak buat Almond London especially part tuang coklat tuh...nipun berperang ngan Sufia yang asyik mintak ngempeng..Nasib baik ada kakak Syaura yang rajin tulung ummi buat kuih...:) Thanks sayang! Abiy? Dah sibuk ngan activity mengecatnya tuh....

Lagu Paling Syahdu Abad Ini Bagi Saya Ialah...

Friday, September 11, 2009

....bukan lagu raya tapi lagu "AYAH DAN IBU" dinyanyikan oleh Sudirman....seriously inilah satu2nya lagu yang telah membuatkan aku menangis dua kali...dan terasa2 kesyahduannya setiap kali mendengarnya....

Firstly masa program Akademi Fan.tasia musim keberapa ntah yang ada Aswad tuh...depa dok putar lagu nih then satu persatu ibu bapa pelajar naik ke pentas...sungguh sedih..berjurai2 air mata aku terus berdesup terasa rindu ngan parents sendiri..lagi2 bila Pak Nil pun beria2 manangis...

Secondly masa Program Macam Macam Aznil baru2 ni masa part "Tangkap Leleh" yang seorang peserta tuh takleh nangis..pastuh depa pasang lagu nih terus berjurai2 air mata...Dengan aku sekali bergenang..terus berdesup ingat kat parents sendiri lagi...Serious lagu nih memang menususk kalbu...

BTW, dah dekat2 nak raya nih terus teringat apa yang bakal berlaku setiap kali pagi raya...kompem adegan air mata rancak berlaku...akulah yang menangis masa mintak maaf tuh..yerlah banyak buat dosa gamaknya ngan parents...huhu..tapi serious acara bermaafan pagi raya tuh memnag sedih banget...La ni saper nak ngaku tak pernah menangis di pagi Syawal??kuikuikui....

Nota Kaki: Ya Allah panjangkan umur kedua ibu bapa ku..berilah kesejahteraan kepada mereka..AMIN...

Susah Nak Carik Mak Sekarang!

Thursday, September 10, 2009

Sejak akhir2 ni, atau dengan kata lain sejak era baru ni aku perasan susah nak jumpa anak2 yang memanggil ibunya 'EMAK' ataupun 'MAK' macam aku...Even anak2 aku sendiri pun aku ajar panggil aku 'UMMI'....seriously most of my cousins ajar anak2 mereka panggil 'MAMA' or 'MOMMY'...yang lain2 tuh panggil 'IBU' or 'UMMI' kan...kenapa ek? Rasanya lama2 pupus tau panggilan 'EMAK' atau 'MAK' tuh..kan kan..Panggil Emak tuh macam terasa 'lama' sikit kot...kekeke...

Zaman2 sekolah dulu yang sebaya2 ngan aku lah, aku rasa macam ramai juga yang masih panggil 'MAK'...anda panggil apa?

Resipi Siakap 3 Rasa & Tempe Berempah Ala Yu.Es

Untuk tidak menghampakan Fara dan Hajarus, aku sertakan resipi ala Yu.Es dengan cara terpantas sebab nak kejarkan waktu berbuka

Siakap Tiga Rasa


Resipi Siakap 3 Rasa
Seekor Ikan Siakap
2 sudu cili boh (Time ada masa hiris beberapa batang cili padi)
1 inci halia dihiris
1 inci lengkuas dihiris
serai diketuk
bawang besar di potong dadu
timun potong dadu
nanas potong dadu
sos cili
sos tomato
sos tiram
gula
garam

Cara2
Ikan siakap dibelah2 di bahagian perutnya dan dilumur dengan kunyit+garam digoreng garing hingga ke tulang. Tumiskan hirisan bawang besar hingga garing, masukkan cili boh, pastuh halia + lengkuas +serai, tambah air pastuh adjustlah ngan sos cili, sos tiram, sos tomato, garam, gula dan masukkan nanas+timun...dah siap sosnya tuang atas ikan..hias ngan hirisan carrot..siap!

Tempe goreng berempah


Resipi Tempe Berempah
Tempe hiris nipis
Kunyit
Bawang Putih
Ketumbar
Garam

Tumbuk semuanya lumur pada tempe dan goreng..sonang jo..Siap!

Nota kaki : Next time aku nak tumbuk ala serai ajer halia dan lengkuas dan masukkan dalam sos pastuh sos siap masak keluarkan 'depa'..leceh tengah2 makan tergigit halia..hmmmph:P

Cabaran Ramadhan Tahun Ini!

Dah hari ke 20 kita berpuasa yer...sekejap ajer..Ramadhan tahun ini memang menguji mental dan fizikal aku...Kerja luar biasa yang aku pernah ceritakan membuatkan aku kena datang kerja hari Sabtu dan cuti Merdeka! ...pergh..Memang leh claim OT tapi datang OT adalah yang paling pelik buat aku...setahun tak sekali OK...bulat mata budak2 ni aku datang kerja kuikui...Pernah juga berbuka di syarikat..

Hari2 yang bz nih memaksa aku untuk mencurik2 masa untuk mengepam...pernah beberapa hari aku tak rehat langsung....rehat pun tika curik waktu 5-10minit untuk berblogging....semuanya sebab aku nak kejarkan waktu balik on time..untuk prepare juadah berbuka pulak...Hubby pulak bulan puasa balik pukul 5..terpaksalah tunggu aku keluar 545...sementara tuh si dia pergi ke Bazaar untuk beli kuih muih seringgit 2 buat tambah juadah berbuka kami....nama je waktu kerja habis 545...tapi biasanya 610 baru dapat keluar..

Sampai rumah 620 berebut pulak nak masak....Adalah dalam 20 minit untuk full concentrate sebelum Si Sufira sampai rumah...Bila Sufia dah sampai kenalah layan ngempeng sekejap....tapi Alhamdulillah dalam kesibukan dan penat2 tu pun masih sempat masak juadah berbuka puasa sendiri...dapat jugak layan tekak sendiri yang nak makan macam2 nih....Waktu berbuka, sokmolah terbabas ke waktu berbuka Selangor tu kan..rugi betul...nama je dok Johor...

Siap berbuka solat semua, memang aku ambil masa dari 8malam sampai 820 untuk nenenkan Sufia puas2 sambil tengok2an homework....sebab lepas tuh aku nak ambil masa sikit untuk diri aku sendiri....hubby most of the days akan ke masjid....aku memang berkeinginan sangat nak terawikh di masjid..tapi tulah takde sape nak tengokkan Sufira berdua nih...Sufia kalau dah ramai orang dia akan jadi dua condition, sama ada jadi koala bear melekap ajer..ataupun main tak hengat (cth:panjat tangga)sampai umi dia tak senang hati...

Alhamdulillah Ramadhan tahun ni walaupon menguji fizikal dan mental tapi masih ada ruang untuk beribadat sekurang2nya lebih baik dari tahun lepas...tapi Ramadhan tahun ni memang akan aku kenang sampai bila2...sebab kesibukan kerja ni menjadikan Ramdhan aku 'special' dari sebelumnya..:P

Kisah Kasut Raya Kami pulaks!

Wednesday, September 9, 2009


Inilah kasut pilihan hatinya....


Baca n3 Cik Intan, aku senyum2..teringat kisah weekend lepas masa kami beli kasut raya untuk si Sufira....

Kasut untuk Sufia senang je nak carik....Dia pun bukan memilih asalkan yang dia pakai selesa Oklah tuh..kami pilihkan kasut Disney kaler pink untuknya...Ada rupa ala2 macam kasut Aina dan Ainin juga...

Tapi anak dara yang sulung aku tuh Ya Ampun memilih!
Syarat 1) mesti kasut bertumit tinggi
Syarat 2) nak kaler pink
Syarat 3) nak ada lip lap lip lap....buleh? sungguh feminin hokeh...

Yer dia telah memilih sendiri kasut kaler pink ada permata love di atasnya bertumit tinggi..hahaha..tapi aku lak yang tak bagi tinggi sangat..karang sibuk sakit kaki sebab kami memang jenis beraya sakan...serious bukan ikut aku yer..sebab aku puin cuma baru2 nih sibuk nakmelaram pakai kasut tinggi...mak kan memang dah tinggi nyah!:P Hailah Syaura!Ikut saper la tuh?kekeke...

Balik rumah asyiklah keletak keletuk menggayakan kasut raya dia tuh...dahla memilih j*kun pulak..kuikuikui...

Mood Ke Laut!

Tuesday, September 8, 2009

Aku tak tahu kenapa..mood aku nak buat kuih raya tahun ni ke laut! Tahun lepas macam2 jenis kuih raya aku buat sendiri..kuih suji, biskut coklat chip, conflakes madu, almond london, sarang semut...tahun ni malas nye rasa....

Nape ntah! Bahan pun belum beli...walhal nak bagi 3 rumah ni...mak sendiri, mak mentua n rumah sendiri...Masa pun tinggal dua kali weekend je lagi..weekdays sorilah memang tak dan...Ala rumah sendiri tak payah banyak2 kan..bukan ada orang datang raya pon...

Haih tengoklah malam ni kalau rajin pergi ke Tes.co....weekend nih buleh buat...maybe sebab tahun lepas ramai kakitangan bantu..tahun nih hubby jelah yang ada...hubby memang rajin bab bab menbantu nih..tapi tulah selalu bantuan yang dihulurkan tidak menepati piawaian...sorie bie! Oh semangat marilah kau...kasik aku kerajinan nak buat kuih raya...fuh!

Apa Pulak Semalam?

I'm not in mood nak tulis panjang..layan ajer gambar yer?Buleh? Harap2 janganlah ada yang buhsan ngan n3 juadah berbuka tak habis2..ngee..:P

Siakap Tiga Rasa

Kangkung Goreng Belacan

Tempe goreng berempah

Sambal Kicap Pencicah tempe


Nota Kaki: Bahana si kecik yang demam tuh meragam semalam..kami yang sepatutnya berbuka 7:08minit nih dah terpaksa berbuka ikut waktu Selangor..kuikuikui..:P

Resipi Daging Sweet Sour Ala Yu.Es

Atas permintaan K.Fid dan adik aku yang tak dapat dihampakan aku tempelkan resipinya di sini...Buleh try masak...hasilnya marveles!Ah!lagi masuk lif tekan sendiri..


Daging Sweet Sour

Bahan2
1/2kg daging dihiris halus
bawang besar dihiris bulat untuk tumis
Bahan blender
Lada kering 13 tangkai
Bawang merah 4 ulas
Bawang putih 5 ulas
2 batang serai racik
1 inci halia
1 inci lengkuas
Blender semua bahan di atas
Sos Cili
2 sudu tomato puree (takde harituh aku ganti ngan sos tomato)
Kicap, Gula, Garam

Cara2
Tumiskan bawang, dah garing masukkan semua bahan blender sampai dah naik minyak, masukkan daging dan air ...Time ni tutup kuali...tambah air lagi bila air kering sampai daging empuk....bila daging dah empuk dengan keadaan air yang tak berapa banyak masukkan garam gula, sos tomato, sos cili dan kicap dan adjust rasanya mengikut kegemaran anda...dah sedang2 elok..matikan api dan siap untuk dihidang..:)

Menu Semalam

Monday, September 7, 2009

Macam dah lama tak tayang hasil air tangan gue!:P Layan gambar ajelah..Inilah yang kami muntahkedarah semalam...Camne ek? Makan dua orang sampai lepas terawikh habis licin tau semua....

Menu dah macam menu hari raya...Inilah menu pagi raya di kampung hubby....Kasik canlah kat orang tuh dia kempunan nanti tak dapat makan di pagi raya sebab tahun ni raya pertama di Kulai..kampung bondaku.... Kalau menu pagi raya di Johor, aku pun tak termasak..banyak sangat..ngee...:P


Nasi empet


Ayam Masak Merah Berkacang


Daging Sweet Sour


Keledek Goreng

Sambal Kicap pencecah keledek goreng

Last sekali..buah tembikai...