Anak itu kupu-kupu syurga~~

Friday, October 24, 2008

Sebenarnya aku masih terbawa2 dengan berita penceraian one of my friends semalam. Terkejut, speachless, sedih, kasihan, takut pon ada. Kisah lebih lanjut ada diceritakan di entry Mummy HnH DI SINI. Ini bukan kes pertama di kalangan orang-orang yang dekat ngan aku. Sebelum ni kalu cakap pasal divorce ni aku slalu dengar pasal artis2, ataupon orang2 lain yang tak rapat ngan aku so buat endah tak endah jelah kan...tapi dalam masa terdekat nih 3 kes suma orang yang kira rapat jugaklah...

Case 1
My friend yang memperjuangkan hak penjagaan anaknya harini. Refer DI SINI. Daripada pemahaman aku si suami yang buat hal(ada gangguan orang ketiga kot)

Case 2
Kakak ipar aku sendiri. Masih segar ingatan pada majlis persandingan kitaorang sebab kitaorang sanding sekali lebih kurang 6 tahun lepas. Oh kalaula boleh aku tempelkan gambar kat sini... Yang nipun bekas suami gak yang buat hal...Lagi haru bila lafaz cerai dihantar melalui SMS. Bila court panggil si bekas suami tak nak hadirkan diri.Anak jadi mangsa rebutan sebab tak keluar lagi surat mahkamah tentang hak penjagaan..Haru biru anak dibuatnya....sampaikan bila kakak ipar aku dapat ambil anak dia si anak yang baru 4 tahun tuh dah pndai cakap bahasa2 kesat.. Cakap ngan kitaorang pon aku kau...and dididik yang mak dia dah mati...sedihnya we all sefamili waktu tu....Alhamdulillah la ni..dah OK sikit sebab mak nya dah dapat 'sembunyi' kan anak tu...

Case 3
Technician lelaki setempat kerja ngan aku..boleh kira baik la jugak aku ngan dia n sedihnya bila dia ceritakan balik saat2 dia lafazkan cerai kat mahkamah.."Mi, ko tau lepas aku lafaz cerai, aku keluar pegi kat kereta, aku nangis gila2 kat bahu mak aku...Aku taktau kenapa sedih sangat. Aku rasa kehilangan, tapi wife aku bole ketawa saje2 je macam takde perasaan"...err kalu korang jadi aku, apa yang korang nak reply..aku terasa macam teruk sangat je perempuan sekarang..takde perasaan ke...case dia ni aku pon tak sure sape yang salah..tapi according to him, bekas wife dia siap kena sound tentang cara pemakaian dia ke mahkamah tu ngan hakim..(wallahualam)..Anak 2 orang, bekas wife tak bagi dia jumpa anak2..anak2 dia menangis mintak nak ikut my friend ni..uwaa..I cannot imagine the situation.

Dari pemerhatian aku anak2 memang jadi mangsa keadaan. Kesiannya..sedangkan anak2 itu amanah Allah, kerana nafsu kenapa manusia sanggup korbankan kebahagiaan anak2 demi kepentingan diri sendiri kan..Aku berdoa sangat semoga kebahagiaan yang aku ada sekarang kekal sampai bila2..Amin..jauhkan dari godaan syaitan n anasir2 luar..BTW, whatever it is sebagai perempuan kita still kena bersedia zahir n batin untuk segala kemungkinan kan..kita pon taktau nasib kita akan dtanag camne..jangan kita yang buat hal udahla(nauzubillah)..

Anak2 kita ni kupu2 syurga tau..tak percaya? baca bawah ni..enjoy!

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak prempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama .
Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi." Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhakterhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."


8 comments:

sayangibu said...

sayunya baca kisah2 itu...mmg x dpt nak bygkan kalo terjadi perkara mcm tu pada diri sendiri kan...minta dijauhkan dugaan serupa itu hendaknya utk kita semua....
semoga kawan roza akan dpt hak ke atas anaknya...

~Umi.Sufira~ said...

Sayangibu, memang sayu..sedangkan orang yang tak kenal dia pon terasa sayu apa lagila mimi yang dah 9thn kenal ngan dia...Mintak2 la dia menangkan...Mintak jauh dugaan macam tu..amin..

Mama Liena said...

Mmg sedih dengar cite2 camni...
Nauzubillah ..mintak dijauhkan ..
Tak sanggup nak berpisah ngan anak2..Bleh dijadikan pengajaran bagi ibu2 , supaya menghargai perhubungan yg ade ni ..Amin ..

~Umi.Sufira~ said...

Boleh dijadikan pengajaran buat ibu2 tapi tak kurang juge untuk bapa2 yang slalu lemah iman ngan pompuan2 diluar tu kot..hehehe...semoga kita dilindungi kan...amin...

Mommy Harith Hannah said...

doki2 nya tau kekka... dpt kat saper la Adam tue?

~Umi.Sufira~ said...

Mintak2la dapat kat ibu dia kan...amin

Fid said...

kisah2 gini mmg menyesakkan

~Umi.Sufira~ said...

mmmm...sansei sansei!