Ahaks~~sudah baca post aku di bawah ini...and komen2nya...di mana ada beberapa hati yang terguris dengan penulisan aku...I am really sorry mommies yang terasa hati from deep of my heart!! Tiada niat aku kat sini nak mengguris atau menyinggung perasaan sesiapa..OK..Mintak maaf zahir batin....Aku takkan reply komen2 itu kerana aku akan reply secara general nya di post ini..mintak laluan pada tukang2 'komen' kay...
1) Shais, memang seronok dapat cucuk mommies menggalakkan penyusuan kan..time2 macam nilah nak cuba promote sikit2...biar dapat gambaran dulu and then moga2 terbuka hati mereka nak bf their own babies...
2) Nurul Dhia, saya pun setuju sangat2 kalau semua hospital menggalakkan penyusuan ibu tak kira swasta atau kerajaan sebab susu pertama itulah yang paling penting...kalau hospital swasta nak bagi mommy rehat pon maybe nurse boleh bawakkan baby time bby nak menyusukan kan..
3) Anonymous, takde niat walau sekelumit pun di hati saya nih nak memandang rendah pada mommies yang tak bf their babies, in fact saya pon tak fully bf my first baby atas sbb tertentu..dan kalaulah saya cukup ilmu masa tuh mesti saya dah makan pil untuk keluarkan susu semula and try to bf my baby...I believe all mommies has their own reason why tak bf their babies...( saya rasa saya pun ada mention kat previous post) tapi sekurang2nya mereka ada kesedaran pasal susu ibu kan..ada juga yang takde or kurang susu..like my friend tapi she have Avent ISIS breastpump (wani.... aku bangga ngan ko!mungkin takde rezki utk ko kan!) Awareness tu yang penting...Kalu tak kenal maka tak cinta...And waktu saya cucuk manja ngan beberapa mommies waktu rumah terbuka tuh saya menerima reaksi yang positif..sampai ada yang kata" Eh, nak tryla next baby nanti"....Bila dah kenal barulah mula nak berjinak2...Saya dah tahu kebaikannya, kalu boleh nak begitau semua orang tau..Bila diaorang dah tahu terpulang kepada masing2 untuk buat pilihan..
4) Raden, macam yang saya cakap, all mommies must have their own reason why they do not bf their babies...saya bangga pada yang telah mencuba. Memang payah and banyak cabaran. We bf mommies feel the pain to fully bf our babies that's why when come to chit chat about bf, bf mommies ni nampak beria2, menunjuk2 (actually we're not) sebab dah rasa kepayahan and keperitannya...no pain no gain dear!Tapi niat di hati saya cuma nak memberi kesedaran pada mommies yang tak tahu langsung kebaikan susu ibu..takde niat lain and saya mintak maaf sgt2 sekiranya mengguris perasaan ibu2 lain...
5) Bibi, terharu dengar cerita Bibi....takpe Bibi sekurang2nya Bibi dah cuba kan...Memang susu ibu tu rezeki dari Allah and saya bersyukur 'terpilih' mendapat nikmat dariNya..takpe Bibi sekurang2nya Bibi dah usaha..maybe boleh cuba pada next baby..mana tau lain hasilnya ngan baby kalini..
6) "kami respect pada ibu2 yg berusaha utk menyusukan anak.. we are just feel sorry utk mothers yg bangga tentang FM yg terbaik + termahal + what nots sedangkan susu ibu yg free tu yg terbaik..for those who have tried, kudos to you.. its not an easy journey.."..Cik_yan inilah yang cuba saya sampaikan..
7) "i think apa yg mimi cuba nk ketengahkan ialah isu kesedaran yg masih kurg di kalangan mommies jg masyarakat secara amnya. jd tak patut timbul bab2 meremehkan/memandang rendah etc.pokok pangkalnya, apa2 pon bermula dgn kesedaran dulu (bahaya merokok, kebaikan susuibu, etc). dan kesedaran bukanlah boleh dtg tiba2 tapi dipengaruhi byk faktor diri dan sekeliling. kdg2 ianya ambik masa, bergantung pd individu.also,kejayaan bf nih tak bergantung pd mommies 100% saja, tapi hospital, keluarga, etc juga mainkan peranan. kdg2 mommy dh well aware psl bf, tp sokongan family takde, etc. lama2 tension hingga susu drop.<-- sekadar satu scenario saja.in short, kesedaran (drpd pembacaan, promotion samada kawan2, keluarga, media, hospital,etc) + ilmu yg cukup (drpd kelas antenatal, org sekeliling, buku2, media--kita sbg mommies yg kena usaha lebih)+ support (esp. drpd husband. kalo family lain support adalah satu bonus) + usaha + doa + tawakal. sbb tuh bf terlalu byk cabaran. but saya fikir positif, kita boleh!apepon, semua mommies nk yg terbaik utk anak masing2. so kalau kita rasa dh melakukan yg terbaik (tak kesahlah bg susu cap ape pon), no need utk rasa down atau rendah diri atau rasa rerhina. yg pntg kita tahu kita dh cuba kan? insya Allah ada rezeki kita cuba utk anak2 yg seterusnya..sama2 kita usaha k.insya Allah jalan tu ada.chaiyokk!!(but i think whenever we have prob relating to bf it is best to seek help from lactation counsellor. bkn setakat nasihat yg `bertauliah` malahan mereka akan bantu sedaya upaya misi utk bf terlaksana.)"Oja, setuju setuju setuju!! All the points are there, complete!
8) "mm..rasanya bukan isu menghina those who cannot bf their kids, tp like previous comments, ianya a matter of giving awareness to others so that many people would know the benefits of breastfeeding and try to bf as well. )"Betul mirah, takde niat pon..Saya setuju ngan Mirah...sepatutnya kita rasa lebih semangat nak susukan yang nombor 2 atau yg lain2..sebab tau ada orang lain yang dah berjaya kan...
9) "kepada ibu2 yang kurang berjaya bf anak, jangan sedih. kita dah usaha yang termampu. siapa yang tak sayang anak kan? hopefully untuk anak yang akan datang kita dapat bf sepenuhnya."Zety, setuju sesangat..by the way, happy jumpa ko(walaupun hanya di blog saje) boleh tau perekembangan ank2 ko kan..
10) "sepatutnya jgnlah rasa dipandang rendah ke ape..mmg dah ckp tujuannya utk cucuk kesedaran je,bkn nak show off" satuju sangat ngan Sal..kalau ada rasa macam saya menunjuk2 mintak maaf sgt...
11)"mcm lia...sgt usaha keras nk fullfill keperluan amsyar everyday..but yet... i still full bf n give him bm... Alhmdlh..."Lia, mimi kenal lia penuh ngan usaha keras nak penuhi keperluan amsyar....sbb lia jenis susu x byk kan...setuju sgt ngan pendapat lia...
12) "same ler mcm cik yan.. alhamdulillah utk 2nd bb still bfeed.. 1st baby, awal² dh mix dgn FM.. mmg nyesal tak kumpul info ttg bfeeding masa preggykan my 1st doter.. but then, sya tak penah rasa "terhina" whenever sya baca post² berkaitan kat SI.. "saya pon setuju ngan Mamadhea...tak perlu rasa terhina..saya pon tak pernah lak rasa terhina masa gagal ank first dulu...
13) "wahhhh... hangat nyeee topic... hmmm in my opinion, my fren roza tade niat nk insult sesape... utk sape yg dah mencuba tp tak berjaya, kite redha jela... walaupon sedeh.. ( saye pon masuk golongan ini... ) "Oh Baid, terima kasih kerana memahami aku...takpe baid aku doakan ko berjaya utk baby akan datang Ok..sayang ko!!
P/S: Pada yang berminat nak tambah ilmu tentang bf bolehla refer di http://www.susuibu.com/