Biskut Chocolate Chip, Cornflakes Bermadu, Tido

Sunday, September 28, 2008

Biskut Chocolate Chip Sufira

1 buku butter
1 biji telur
tepung low protein(aku ganti ngan tepung top)
1 cawan nestum
1 camca baking powder
150gm gula
coklat chip
badam hancur
serbuk koko



Cornflakes Bermadu
1/4 cawan mentega
1/4 cawan madu
1 sudu makan gula
4 cawan conflakes
1/2 cawan kacang goreng tanpa minyak..(aku tak letak pon sbb nanti kurang rangup)





Buat biskut raya betul2 lepas sahur sebab senang bebudak tido lagi kurang gangguan..masuk bilik tengok anak2 dah conquer katil....kalu umi ada mesti dah kena tolak sama...tidur bergelimpangan padahal sblom tidur dah atur dah cantik2 kan....Sufia yang lagi kerap tindih akak sekarang..hehehe....Patutla masa tido selalu rasa kena tolak....abi kompem selamat sebab tido kat sofa bed sebelah katil tu...lasaknya tido memasing...

8 comments:

wani said...

banyak kueh raya ko buat roza..sini diorang tak wat kueh raya...kalu ada pun, utk makan sendiri2 je,,,huahauahua..bile open house byk makan berat,,,no raya cookies

::Umi Sufira:: said...

Ehhe, wani 'terpaksa' buat banyak..umah aku ni tetiap tahun ramai orang datang..sedaram mara dua2 belah mak pak aku 'lebat'... lagipun nak bagi mak mentua gak...tak larat aku nak beli sumanya...kalu buat, satu adunan dah dapat banyak=D

CT said...

waaa banyak kuih raya...bagus sungguh...tahun depan CT nak contohi Mimi la...:)

OKla..nak ucapkan Salam Aidilfitri buat Mimi sekeluarga. Moga selamat perjalanan berhariraya tak kira ke mana destinasi yg dituju, dekat ataupun jauh ek...:)

hugs n kissess to comel 2 org tu...:)

::Umi Sufira:: said...

CT, tanam azam dari tahun ni tau! Baru semangat nak buat tahun depan..

Ok Selamat Hari Raya untuk CT gak, maaf zahir dan batin yer...semoga perjalanan kita semua selamat..amin..=D

mirah said...

sedap je nmpk kuih raya tuu..
tahun ni kuih tunjuk lagi lh kami nmpknya..
Dengan dua ank kecik ni, tak mampu nak bersengkang mata membuatnya..

::Umi Sufira:: said...

Mirah, takpe nanti anak2 dah besar bolehla try buat...lagi best dua2 pompuan kan..nanti anak2 siap boleh tolong buat kuih raya lagi tau...syok!

BZmum said...

Umi sufira,
saya silent reader ur blog. kalau x kisah, boleh x detailkan cara nak buat choc chip cookies tu. teringin sgt nak buat choc chips cookies tu n mmg mencari-cari resepi.

tepung bnyk mana, tepung top tu mana boleh dpt, serbuk koko bnk mana, n mcmana nak mix semua ingredients tu..

tq

Nur'ReSsa De" eCha said...

salam . nak minta izin , tok copy this picture.. coklat chips ni. tok my bisnes . tempahan kuih raya. boleh ? =)