Alhamdulillah harini aku and hubby attended satu kursus keibubapaan yang disampaikan oleh Dato' Dr. Hassan Mohd Ali ber'title' "IBU BAPA SEBAGAI PEMANGKIN UTAMA KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN SAHSIAH ANAK-ANAK". Course dianjurkan oleh Tadika Darul Ilmu(tadika Syaura belajar) bertempat di IOI Palm Villa Golf & Country Resort, Kulai.
Eventho course cuma 4 jam tapi ilmu dan manfaat yang aku and hubby dapat teramat2la besar. Terbuka luas sebentar kepala kami tentang ilmu keibubapaan ni and I realized betapa selama hampir 5 tahun aku jadi ibu, terlalu ceteknya ilmu aku dalam mendidik anak2 aku.
So some tips yang aku dapat and InsyaAllah aku berazam utk amalkannya as below:
1) Ibu bapa sebagai fundamental of the family mainkan peranan yang besar and first sekali ibu bapa mesti ada asas yang kuat iaitu kasih sayang antara suami isteri. Cari ilmu agama amalkan dan beriman terhadapnya.
2) Bapa not necessarily to be garang to anak2 but firm in any decision.
3) Jangan marah anak di depan orang lain dan adik beradiknya. Pilih waktu dan masa yang sesuai utk tegur anak2.
4) Hormati anak2 tidak mengira umur. Walaupun anak masih kecil seawal umur 5 tahun tapi hati mereka juga sudah merasa terguris, kecil hati.
5) Mulakan pendidikan anak2 seawal dari dalam rahim.
6) Jangan merokok di dalam rumah.
7) Haramkan perkataan kesat ex. bodoh, bangang di dalam rumah dan dihadapan anak2.
8) Bapa sebagai pemimpim keluarga mestilah mempunya ilmu yang lebih dari isteri.
9) Amalkan mesyuarat di dalam family walaupun anak2 masih kecil dan briefing ringkas kepada anak2 sebelum apa2 aktiviti utk menggalakkan anak2 menjaga behaviour di tempat or dihadapan orang lain.
10) Ibu bapa perlu bercakap dengan berfikir bukan main lepas sahaja.
11) Bagi orang yang panas baran, banyakkan solat panjangkan sujud untuk elak panas baran terhadap anak2.
12) Tips utk wanita berkerjaya kualiti masa dengan anak2 sgt penting. Tunjukkan kasih syg dengan anak2 peluk cium walaupun masa bersama mereka terhad.
13) Ajarlah lima langkah kasih sayang kepada anak2:
1) Salam ibu, salam bapa
2) Cium ibu, cium bapa
3) Dakap ibu, dakap bapa
4) Cium dahi ibu, cium dahi bapa
5) Ucapkan saya sayang ibu, ucapkan saya sayang bapa di telinga kanan ibu, bapa
Other tips
1) Carilah rumah yang dekat dengan masjid, surau. Semoga keberkatannya masuk di dalam rumah
2) Sebutkan perkataan sayang setiap kali berkomunikasi dengan anak
3) Layan tetamu dengan baik
Semoga aku and hubby memanfaatkan ilmu yang aku dapat. Memang best. Langsung tak ngantuk and berkesan sungguh ilmu ni di hati aku.
semoga masih belum terlambat untuk aku mendidik anak2 aku dengan cara yang betul dan semoga mereka menjadi insan yang cemerlang dan berjaya dunia akhirat.
0 comments:
Post a Comment