Breastfeeding benefits~~

Monday, June 30, 2008

Makin lama umi BFing Sufia, makin jatuh cinta pada BreastFeeding....Terlalu banyak benefits yang umi and adik Sufia dapat...some as per below:

1) Sufia jarang2 demam. Sepanjang kena jab pun cuma skali je Sufia demam tupun tak sampai setengah hari...Alhamdulillah... Hopefully lepas2 ni pun adik sentiasa sihat..

2) Adik sentiasa well-behaved walau kemana umi angkut sekalipun. Harituh pi Tioman pun suma orang basah2 pegang adik, adik heiki je...baju umi basah and masin pun adik bf dengan selambanya kihkih..

3) Paling best, pi jalan2 tak perlu sibuk2 nak bawak bakul termos, botol susu, susu tepung segala..Kakak pun dah besar, kalu kluar minum air kotak milo je pun OK, memang kalu jalan2 lenggang kangkung je...siap boleh bergaya ngan handbag

4) Ummi boleh makan apa je yang ummi nak makan tapa mengira kuantiti hehe...senang cerita boleh melupakan diet buat seketika...Alhamdulilah umi makan mcm dinasour pun boleh menten berat...Ni suma pasal aktiviti mengepam utk bekalan susu adik memang menggunakan byk tenaga...naik turun tangga at least 6x sehari simpan susu kat pantry...

5) The bond between adik and umi...memang manja...

Anybody agree? I think all nursing mommies will agree with me....Hopefully I can BF you until the last drop...huhu....

Sape nak kuruskan badan??~~

Haha..just copy and paste...hopefully ada yang boleh diamalkan and success!!

Cara untuk kurus dan sihat tanpa ubat2an

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. KEKERAPAN MAKAN
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. SNEK
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13.. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga bolehmembuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat cacatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus. Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyakmakanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantikdan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING
Berat yang Berlebihan
Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis. Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis.
Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

Syaura can...natsukashii nya~~

Thursday, June 26, 2008



Semalam seiri balik gambar2 lama...tengok balik gambar2 syaura masa kecik... Alamak sayunya hati rasa.... terasa dah besar sgt dah anak dara aku ni...teringat saat2 aku tinggalkan dia masa patah blk nihon..sadis sampai berjurai air mata...teringat pulak masa kakak syaura baru pandai merangkak, baru berjalan, baru pandai bercakap...teringat pulak saat2 keletahnya...pejam celik dah nak 5 tahun pun kakak...dah pandai melawan pun...10 tahun lagi mesti aku akan rasa natsukashi kat keletah anak2 aku skarang ni...time flies~~

New Laptop and Digicam arrive..yeay!!~~

Semalam seronok betul bila notebook baru and digicam baru, order online arrived!! *yeay!!* Takde niat apa pun nak crita kat sini sbb dah berzaman dok gaman2 pakai notebook lama...woowoo...sedey betul..

So our reasons to buy new PC are like below:
1) Desktop yang aku beli berzaman nan lalu, tahun 2002(zaman kat U) bulan lepas corrupted. Habis suma data hilang. Gambar Sufia dari umur 3bln sampai 5 bln pun hilang woo woo..sedihnya. Kena re-format balik. Bayar RM270 re-format balik seminggu lepas tu takleh hidup lagi. Give-up! Malas dah nak betulkan.

2) Desktop hubby SOTEC beli zaman U jugak kena banjir 2 tahun lepas sampai sekarang tak try on kan lagi.. Malas nak try sbb macam dah tau je jawapannya.

3) Notebook SHARP yang aku beli tahun 2004 sebulan sblom balik Mesia dah lama dah tak wujud. Kena curi masa rumah aku kat Nilai kena pecah masuk dek pencuri. Nasib baik gambar2 Syaura ada back-up kat CD.

4)Notebook second SONY VAIO yang hubby aku beli masa dia training kat Japan tu dah lembab selembab2nya... maybe programme berat2 dalam tu..lagipun notebook tu dah dimakan usia..Selama ni dok gaman2...dah tak tertahan lagi so we decided to buy new one!





Camera lak
1) Camera PENTAX yang aku pakai sekarang ni terlalu fragile..nipis sgt kot..tak tahan lasak
2) Susah nak charge battery..mendokusai
3)Aku pun tak brapa puas hati ngan gambar dia..macam susah je nak dapatkan gambar cantik..hmm..


So..looking forward to make full use of the new one!!yeay!!


Syaura chan able to take photo!!~~

Tuesday, June 24, 2008


::Some pic taken by Syaura::


Asalnya anak dara aku "Syaura" suka betul amik gambar adik dia guna handphone aku... handphone chokia aku Sony Ericsson Cyber shoot ni ada sikit2 ala2 camera la..and ada punat sama lebih kurang macam digicam aku. Maybe Syaura chan ni memang minat amik gambar kot (tengok dari cara dia). Dia suka amik gambar orang and dia pun suka diambil gambar. Selalu bergaya sakan tak hengat punye. Pernak sekali tu dia suruh aku "OK OK umi sebelah adik" aku pun layanla.klik lepas amik gambar "Pandai umi". Eeh dia pulak cakap kita pandai... Weekend lepas aku saje lah try bagi camera kat dia soh amik gamabr aku ngan hubby..eeh menjadi pulak.. ada bakat anak aku ni... siap ada angle lagi (yang ye senget) kihkih...yang seronoknya bolehla aku melaram sakan amik gambar ngan hubby lepas ni..hehehe...

Solid food does help!!~~

Saturday, June 21, 2008

Yesterday we did some medical check up for Sufia and we took that chance to know current weight for Sufia. Quite suprised that Sufia already 7kg (before this she only gained 200g or 300g per month). So from 5months to 6months 3 weeks she gains 800g. I am so happy. I believed that this is because we already introduced solid food to her even she refused to accept it at the beginning. It means solid food really helps. Before tis eventough she consumed quite a lot of breastmilk per day (18oz sometimes 210z per day for daytime only) I don't know why she did not gained much weight. Maybe because she is very active and also genetic factor huhu (abi very very slim).. So umi will cook more delicous homemade food for you my dear... and continously will feed you with breastmilk as long as I can...I really happy if you can have the benefits as I also having the one....Until now I don't have to diet but I still can maintain my weight 48.5kg...yezza!! I will really miss this moment and maybe I need to take care of my diet back after stop breastfeed you...huhu...

Akhirnya rumahku terjual juge~~

Thursday, June 19, 2008





Dua tahun lepas masa aku still duduk kat nilai aku ngan hubby ada berkenan satu rumah double storey terrace kat Bukit Mahkota Kajang, Zara Type. Aku memang minat betul ngan rumah tu...22x75... cantik...ada sliding door ada pintu gak...ada dry kitchen and wet kitchen... depan rumah ada surau, taman mainan and tadika. masatu kitaorang punya kemaruk nak beli umah tu lepas tengok show house dia, balik umah keluarkan duit seribu terus bayar down payment utk book umah tu... Tak pikir panjang terus...Bak kata orang jatuh cinta kali pertama.. yang aku suka tentang umah tu dapur dia tak nampak dari living room.. tu yang best..
Nak uruskan pembelian rumah tu macam2 dugaan..pergi ke sana pergi ke sini, jumpa lawyer, jumpa banker..akhirnya settle la rumah tu jadi hak milik kami... Tak lama lepas tu ntah macammana my hubby ada pulak krisis ngan bos dia kat tempat kerja...tup tup dia kata nak lari carik kerja kat tempat lain...Masa tu aku tak kisah pun lagi ingat nak stay kat tempat kerja lama.. Tapi taktaulah kenapa banyak2 tempat dia gi interview kat Johor gak yang sangkut.... Siap dapat 2 offer lagi...Aku nak tak nak terpaksa gakla carik kerja lain...Ntah macammana rezeki hubby ngan aku dua2 dapat tempat yang sama..
Pikir dok pikir dok pikir aku ngan hubby decide nak pindah johor.. Lagipun syaura macam tak terjaga je kat nursery tu..eczema makin teruk...nenek pulak offer nak jaga syaura... abih tu rumah aku macammana? Hubby kata takpelah kita pindah Johor dulu nanti try carik kerja pindah balik ke area situ(yang ye hubby aku dah tak tahan ngan tempat kerja lama tu..) Tak lama lepas tu rumah aku siap..punyalah lawa.... api air suma dah masuk tapi terbiar...Rezeki lagi hubby aku dapat pindah tempat kerja baru lagi yang best... Gaji pun OK...Nampaknya dah sedapla kami ni nak jadi orang johor.. Last2 we all decide nak jual je rumah tu..sob sob..aku memang sedih...aku sayang rumah tu... nasib baik value naik 20K.. at least takdelah rugi aku jual umah tu... Harini suma dah settle... tinggal bank buyer transfer duit ke bank aku and then dengan rasminya rumah tu bukan rumah aku lagi.. Aku dah takde umah!!uwa.. Takpelah aku redha mungkin takde rezki aku nak dok umah tu...Kalu aku nak beli umah lagi nanti aku nak carik Semi-D lak....Halaman besar aku nak renovate rumah tu lawa2...Itulah impian aku yang keciwa ni...

Rahsia kecantikan wajah~~

SERI WAJAH & SIHAT CERGAS

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik,cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu.Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a..

2.. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).-


DOA TENGOK CERMIN

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi..

Hobi terbaru Sufia~~

Wednesday, June 18, 2008



Baru2 ni umi prasan yang Sufia dah ada hobby baru iaitu tarik rambut Kakak Syaura...
Tak kiralah kakak baring sebelah adik ke... Kakak berdiri sebelah adik ke... tengah tangkap gambar pun jadik...Accidently 2 kali tertangkap gambar adik tengah syok nak tarik rambut kakak...kalu slow2 takpe...dia genggam cantik2 pastuh tarik sepuas hati.. Ada skali tu tetiba kakak nangis kuat2.... bila umi tanya rupanya adik tarik rambut kakak...kekeke...Kakak punya sayang kat adik..bila adik tarik rambut kakak tak marah pun...terus nangis je...apalah kakk Syaura ni..ngan adik pun kalah...

Bila si kecik pakai baju kurung~~

Monday, June 16, 2008


Balik kerja smalam tgk2 nenek pakaikan adik baju kurung....
1) Baju tu baju Syaura masa umur setahun. Adik pakai ngam2 je...kakak yg kecik ke adik yg besar...

2) Sgt licin. Dukung2 asik melorot je..

3) Panas. Adik berpeluh2...Hasilnya adik masyemm sgt

4) Kelakar. Kain asyik terselak nampak diaper...huhuhu

Happy Father's Day~~

Sunday, June 15, 2008


A very special wish to my everdearest hubby~~Happy Father's Day!! Thanks for being a very good father to two daughters of mine...Sorry because today no special programme for you as we have to attend Tok Imam's daughter wedding ceremony..hihi

Cuma lepas majlis tu, we spent our time together one family cari baju raya...hehehe..So we went to Jakel, Tampoi...wah wah meriahnya kedai 5 tingkat... terlalu banyak kain sampai taktau mana satu nak beli...Finally we chose satu kain yang sesuai utk perempuan and lelaki sekali..nak sedondonla katakan....ingatkan we all dah awal sangat la beli kononnya..tapi tailor kampung ni dah takmo amik tempahan... wah raya lama lagi padahal...ops off topik lak:))

To my hubby semoga menjadi ayah yang berjaya kepada anak2mu...Soklan cepu emas..bila kita nak bercuti lagi?wink wink wink..

Also selamat hari bapa buat abah.... terima kasih atas pengorbanan abah selama ni membesarkan kami adik beradik..sob sob..sayang abah selalu..

How to explain 'harini' and 'esok', to our kids?

Saturday, June 14, 2008

Lilypie 5th Birthday PicLilypie 5th Birthday Ticker

Sampai harinii dah 6months plus Kakak Syaura sekolah tadika.... tapi every time dia balik sekolah, she will ask nenek "Nek, harini sekolah tak?"...Padahal Syaura baru je balik dari sekolah.. Lama2 baru we all understand yang dia maksudkn 'harini' tu ialah esok....dengan kata lain dia tanya esok sekolah tak... tapi macammana nak explain kat dia apa beza harini, esok and tadi...

Untuk benda yag happened semalam pulak dia akan cakap tadi.... example smalam pergi jalan2..."Umi tadi kita gi jalan2 kan.." walhal jalan2 tu smalam....

Lagi satu kalau esok Jumaat dia ada kelas senaman...then we all akan bgtau dia."Kakak esok ada kelas senaman tau" then dia akan balas balik "Esok ada kelas senaman?"...tak lama lepas tu nanti she will repeat tapi versi dah lain dah..."Umi harini ada senaman"pergghh payah jugak nak explain kat dia....Tepuk dahi dibuatnya.....Dah dekat 6 bulan dah tapi she still don't undersatnd apa beza harini esok and tadi...:))

My home made food mission success!!!~~

Finally, my mission to feed litle Sufia with my 'home made food' success!!
Macam biasa kalu weekend i mesti bangun pagi dengan penuh semangat waja to cook special food utk adik sufia tapi setiap kali jugakla sufia muntah la...tolak2 tendang2 takmo makan....

Dengan tidak putus asanya today umi bgn pepagi and prepare your food.... harini umi decide utk tak campurkan your bubur ngan my BM.....cuba jaya kan....

and then blend lama2 sampai halus btul2....Bila adik baru bgn tido around 830pg tu ngah mamai2 umi trus suap...kekeke...ahamdulilah adik tak menolak langsung....suap telan suap telan... boleh tahan byk jugak....happy nya....So catat sejarahla dah 6bln setengah baru adik betul2 makan... and my conclusion is memang byk memrlukan kesabaran nak layan karenah ank2 ni...hihihi....



Night feeding~~

Thursday, June 12, 2008

Alhamdulillah...bersyukur sangat2...di tengah2 kerunduman kuantiti BM ni adik Sufia dah start bangun menyusu malam balik....Maybe adik dah start lapar kot....dulu masa baru2 lahir sampai 2 bulan setengah kot sufia memang rajin bangun malam nyusu....satu malam kekadang sampai 5 kali....naik letih umi layan masa dalam hari....

Tapi bila start nak masuk 3 bulan adik memang rarely bangun nyusu.... Kekadang nyusu pukul 9 mlm sblom tido pastuh pukul 5 pagi...and then tak bangun2 sampai umi pergi kerja..... sampai dah umur 6 bulan setengah ni....dah tiga malam lepas umi prasan adik sufia kejap2 bangun nyusu....tak tau la brapa banyak kali sbb umi pun mamai....tapi minimum 4 kali sufia mesti bangun.... even penat nak layan sufia tapi umi happy sgt2...maybe adik dok reverse cycle kot sbb nenek cakap bekalan susu utk adik yg cuma 15oz sehari tu cukup...ngam ngam sampai umi balik.... hopefully lepas2 ni boleh maintain camtuh...sebab umi tengah dalam misi nak suruh adik makan jugak macam2mana pun even adik susah nak makan...kalu banyak makan hopefully kurang susu...tapi bagi adik pulun nyusu waktu malam... Alhamdulillah..

Kakak syaura pun dah sebulan ni tak pakai pampers malam lagi... bak kata doktor pundi kencing dah matang...lambat sungguh kakak buang pampers waktu malam..so last kakak pakai pampers waktu malam was 10 May 2008 hehehe...tapi OK la tu... akak dah tak ngompol lagi...after this shopping dah tak perlu beli pampers utk kakak lagi....

Hontouka??!!!! Apple be careful!~~

Be Careful while eating apples. Pls don't eat the skin of the apple becoz it's coated with wax. Plz Plz Plz ... Dont spoil urbody Please, I beg urpardon. Check before you eat many of the fruits. WAX is being used as preservation Purposes and then cold stored. You might be surprised especially apples from USAand other parts are more than one year old, though it would look fresh. Becox wax is coated preventing bacteria to enter. So it does not get dry. Please Eat Apples after taking the wax as demonstrated. Please follow this and send it to others for their information too.

Isk betul ke story atas ni...tak pernah lak buat experiment.... Brapa banyak dah makan apple ngan kulitnya skali....uwaaa!!

The bond is priceless~~

Wednesday, June 11, 2008


Recently umi prasan, adik Sufia dah start kenal orang.... Tapi I can feel that something yang ada pada Sufia but takde pada Syaura masa Syaura baby dulu...Is this the breastfeed bond?Mmmm... some points like below:

1) Kalu umi balik keja, muka adik sikit punya happy...terkapai2 tangn nak ikut....tak kisah la macam2 mana pun adik mesti nak ikut umi dulu...let say umi tak sempat nak pi simpan susu kat fridge dulu..or umi rimas nak tukar baju...and then abi dukung bawak adik jalan2 dulu...wah adik Sufia akan meraung sekuat hati...tak kiralah macammana nenek pujuk, or abi pujuk...berjurai2 air mata kesedihan... pastuh bila umi amik adik, adik diam..kalu orang lain acu tanagn nak amik adik dari umi adik akan buat dekk je toleh ke belakang...rindu sangat ke agaknya...

2) Kalu orang lain dokong adik, ummi tak payah agah pun komain melebar adik senyum kat umi... kekadang cik ngah ke cik dah ke abi ke agah adik bagai nak rak adik buat dek je...tapi kalu umi agah or sometime umi tak agah pun tengok je muka adik pun ada dah sengih2...kekeke..kelakar pun ada bila ingat2...

3) Let say bila adik dah kenyang nenen, abi bawak adik gi ruang tamu and umi lama takde skali kat situ sekejap je adik diam, bila prasan umi takde kat situ adik mulalah meraung... then bila abi bawak adik kat umi adik terus senyap...Oooo adik nak slalu dekat ngan umi rupanya...abi pun naik geram...kekeke..

4) Kalau dah dekat time tido, abi letak adik atas katil sementara umi solat etc., then bila adik nampak umi naik atas katil adik punya happy sampai melompat2 terkepak2 tangan...tersengih2 sampai macam nak menegekek...

I really will miss this moment nanti bila adik Sufia dah besar...Dulu masa kakak Syaura baby, kakak Syaura tak kisah pun iku abi or umi asalkan dapat susu botol, cuma kalu time merajuk and tido jelah kakak mesti nak ngan umi.... Time nilah terasa kesiannya kakak...

Betullah orang kata, the bond is priceless. Hopefully, dapatla bf adik selama mungkin...Amin...

Tioman Island Saikou!!Osusume( Day 2nd)~~

Tuesday, June 10, 2008

Bangun pagi and then solat subuh....Wah nampak air jauh nun di sana...air tengah surut rupanya....Alhamdulillah cahaya matahari memancar indah.....Laut tenang ngan ombak kecik... Rupanya air kat Pulau Tioman ni tenang jek....takdelah berombak2 macam semalam.... MasyaAllah punyalah jernih air dia.... siap nampak terumbu karang lagi..... Papehal perut lapar gi sarapan dulu(inclusive in our package also)... ada nasi lemak, soto, and roti...also sedap...

After sarapan we decided to rent one boat jalan2 satu hari ke Pulau Tioman.....Tapi pkl 12 dah nak kena check out...camne ni... Tapi tulah Mr. Kholis nya baik dia bagi we all extent sampai petang for free...dah takde schedule untuk customer lain katanya.....Alhamdulillah..... We all rent life jacket sorang satu, 2 goggle....Pkl 10 naik boat so pekej dia akan pergi ke 3 tempat...had masa sampai 330 petang sbb kejar ferry petang pkl 430... The whole boat cuma we all satu family je passenger dia...hihi...

So our first destination was 'Coral Island'....btul ke nama ni..eke..tempat dia boleh diconsider tengah2 laut...memang dalam...seram tengok bawah.....ikan laut dalam(mcm ikan film Nemo tu) banyak sangat.....so we all take turn pegang adik sufia terjun dalam air....time nilah snorkeling.... MasyaAllah cantiknya..nampak batu karang banyak....ikan2 penuh kerumun badan....Seronok..panas pun pnsla...matahari terik!After lebih kurang sejam we all bertolak ke 2nd destination....Taman Laut Pulau Tioman...

Taman Laut Pulau Tioman ada ticket, kena bayar RM5 for adult, RM 2 for children. Kat Taman Laut nipun acara mandi manda jugak.....consider tempat dalam juga...tapi ada proper jeti...ikan lain sikit dari tempat ada coral tadi.....tapi ikan kat sini besar2.....kita berenang dia pun berenang skali....kat sini lagi sakan mandi...depa bagi 2 jam.....yang bestnya kat sini ramai yang mandi....walaupun kat laut dalam tapi sebab ramai2 takdelah takut sangat...

Lastly, boat bertolak ke Tekek....Shoping cenderamata kat sana.... Tekek ni la satu2nya tempat yg boleh di consider bndar kt tioman...so beli cenderamata sikit utk mmber2 and diri sendiri then we all blk.....tepat 33o sampai blk kat Kg. Genting...

Pendek kata stu hari ni full dgn acara mandi2...dgn baju basah tulah ke sana ke mari...tp sbb suma org pun camtuh OKla kn....


Sampai challet boleh pulak masuk dalam air lagi...tak puas2 keke...geram kan tengok air yg jernih tu....So tiba masa blk we all bersiap tunggu kt jeti....

Secara keseluruhannya harini mmg saikou!! sampai taknk kluar dr air je rasa...kiki.. InsyaAllah ada rezki nk dtg lagi...best!! Utk gambar2-->http://rozamimi.fotopages.com/

Tioman Island Saikou!! Osusume (first day)~~

Alhamdulillah...sampai jugak hajat we all nak ke Pulau Tioman....Sugoi tanoshikatta!!On 8hb6 and 9hb6, 2 hari satu malam really enjoy ourselves there...Pagi 8hb6 tu we all bertolak ke Mersing seawal 630 pagi..nak kejarkan ferry pukul 1030 punya pasal adik sufia pun kena mandi pukul 6pg..hehehe...pisat2 mata adik....on the way ke Mersing tu agak mendung and sekali sekala gerimis...alamak jangan la pulak hujan kat Tioman... Sampai kat jeti Mersing pukul 900 pagi...still awal lagi so we all sarapan dulu...sambil tu abi settlekan balance payment chalet and ambil tiket ferry....1030 pagi ferry 'Bluewater 10' sampai....perghh...punyalah ramai orang...rasa2nya ramai S'porean....berebut2 naik ferry sampai terpaksa dok bara2....nasib baik ummi ngan nenek sebelah2....Kakak Syaura dok ngan nenek....1045 bertolak dari jeti Mersing ke Pulau Tioman...Alamak! laut sikit punya bergelora...ombak besar!! perghh mabuk dibuatnya.... ferry berkolek macam nak rak....tapi Kakak Syaura boleh berdiri pijak seat lagi tengok luar..tengok laut kononnya...adik Sufia lak tido sepanjang jalan.... Sampai kat Tioman gerimis....Ombak besar...Mmmm...camne nak mandi ni...?? Sampai dalam pukul 12...Thanks a lot to Sun Beach Resort, Mr. kholis...memang good service...2 jam lebih perjalanan...Baru sampai lunch dulu(inclusive in our package)....and then check in masuk bilik...Sementara tu dok tanya kat Mr. Kholis kat mana nak mandi...dia cakap semalam hujan lebat...harini ombak besar...tak dapat la nak mandi harini... Rugi betul rasa...Mmmm tapi we all larung je...dah siap2 kemas barang around pukul 2 tu ramai2 masuk laut....dapat challet betul2 depan pantai lak tu....dengan adik Sufia skali masuk air..kekeke...sian adik...

Air sejuk....yelah cuaca pun sejuk aje kan...dah mandi tu lapar la pulak...Apa lagi makanla bekalan biskut dan segala macam makanan yang di bawa tu....Mmm... dah siap mandi petang tu jalan2 area kg. Genting...duduk2 tepi pantai...and prepare utk BBQ malam(also inclusive in our package)...

Malam tu BBQ...sugoi oishikatta!! Mmm...memang makanan kat Sun Beach ni best2 kot sebab masa kat kedai dia kat Mersing tu ada nampak pasal masakan dia sedap masuk dalam paper... Maybe we all do the right choice for chalet.....makan sampai kenyang....perghh full sampai larat jalan rasa....Balik bilik around 930 tu baring2 masing2 boleh tertido sampai pagi...kekeke...penat sangat gamaknya...yelah perjalanan jauh+ mandi laut tadi.....So judgement untuk harini Ok la...makanan memnag best...tapi mandi laut biasa2 aje....we all taktau rupa2nya keseronokan yang menanti tu keesokan harinya...wah sampai rasa taknak balik kekeke...to be continued~

Susahnya sufia nak makan~~

Saturday, June 7, 2008


Lil Sufia already 6 months + tapi susahnyanak makan... Mula2 dulu masa lil sufia 5months + perkenalkan nestum dulu sbb nak bagi tekstur yang halus sikit.....ummi campur ngan my own BM sufia tak brapa nak minat....mmm...takpelah umi stop dulu bagi...bila sufia dah masuk 6 bulan pagi2 sabtu yg indah dengan penuh semangat ummi buat home made food utk sufia...umur buat bubur campur kentang and blend halus2...pastuh masa nak suap kat sufia ummi campur BM....baru first sudu adik sufia dah buat gaya ala2 nak muntah... Ummi sumbat jugak kot2 sufia saje buat lakonan sbb takmo makan...wah memang habis...ummi dah sukahati... tup tup uweekkk...keluar suma bubur yang umi suap tadi...

Wah frust betul.... kalu time suap makan tu tak payah cakapla...menggeliat2 sampai kepala cecah lantai...takpun sepak2 kaki sampai tertendang mangkuk bubur....takpun kemam je food tu dalam mulut takmo telan sampai meleleh tepi mulut...isk geram betul... tapi bila time menyusu macam orang lapar sangat....

Ummi assume maybe Adik Sufia love BM so much then tak brapa nak makan...takpe2 nanti ummi try lagi resepi2 yang lain yang menarik utk adik sufia... No pain no gain..Usaha tangga kejayaan...:)

Stok makin merundum~~

Friday, June 6, 2008

Isk sedihnya...sejak akhir2 ni BM supply makin merundum...Dulu skali pumping boleh dapat 5~6oz... skarang ni komain susah lagi...kalau dapat 4 oz pun dah kira banyak...Stok tak payah cakapla....dulu sampai tak cukup botol nak simpan stok...sekarang botol2 sumanya menyepi tanpa isi....

Minum air longan kalu dulu memang melimpah ruah sekarang dah tak jalan...minum air horlicks pun dah tak lut....apa lagi nak cuba ni...

tapi dok baca kat blog aru, fenugreek...hehehe...tringin nak cuba...nak pi beli jauh pulak nun ni jb sana...tryla curik masa esok...takut busy je sbb nak wat preparation pi cuti2 mesia...

Takpe akan kuusahakan juga...takut makin menjadi2 lak kerunduman ni...uhuhu..

Beruntungnya ibu ibu yang dapat direct bf kat bby...urayamashii!!

MIL datang umah~~

Aiitt!! suddenly hubby received call dari my MIL yang dia dah ada kat Kota Tinggi.... Camne boleh ada kat situ lak?? Rupanya dia ada lawatan bersama ketua kampung melawat bekas banjir...almaklumla my MIL tu orang kuat UMNO..

Dah alang2 ajakla datang umah skali...takdela jauh sangat... lagipun dah lama my MIL tak datang umah kat Johor ni...skali datang waktu tunang dulu...kali kedua datang waktu kawin...adalah dalam 5 tahun lepas dia last datang...

Happy jugak nak jumpa dia...lama tak balik kampung so lama tak jumpa...Maybe yang paling rindu Kakak Syaura and abi kot...Kakak Syaura manja jugak ngan nenek sana...

Tapi sad to say hari ni kena balik lambat lak dari kerja...ni pun kat tempat kerja lagi... chet!! ni suma gara2 lambakan kerja la ni...tak siap kerja lagi...alang2 tu lepaskan maghrib la baru balik...
Sian adik Sufia mesti ngah tunggu nak n*n*n...hehehe

By the way looking forward to see my MIL...

Uwaaaaa...tensi tensi!!~~

Uwa..!! Tensi melanda...dahla dua2 klik cuti hari ni...Takahiro balik Japan... E.Haswan balik Serting.... Tengah2 sorang2 ni pulakla banyak customer claim nak masuk....

Kerja sendiri pun tak siap nak cover kerja depa lagi.... Nasib baik la dah nak pergi bercuti... At least bersemangatla sikit nak habiskan satu hari ni....

Supplier dahla lembab bagi reply...chett!! Nasib baikla harini anak buah ramai tak datang...so kurangla sikit benda nak di monitor..

Satu lagi benda nak jadi penyebab tensi....sampai sekarang takde lagi kepastian sape nak ganti K.etty.....isk geram betul....sabar2....harap2 ketensionan harini taklah sampai mengganggu BM supply utk Adik Sufia....

Cepatla habis satu hari ni...~~

Tioman Island here we come~~

Thursday, June 5, 2008




Bersempena ngan cuti sekolah @ kebosanan kakak syaura... abi arrange satu percutian ke Pulau Tioman...Ingatkan nak gi 3 hari 2 malam...tapi sebab lewat sgt book chalet, chalet dah penuh...yelah isnin ni pun cuti ganti Hari Agung...cuti sekolah lak tu...memang berebut2 betul orang gi bercuti agaknya....

Tapi OK la jugak...dapat 2 hari satu malam pun.... Ichiyo try tu enjoy ourseleves satu family ngan melapangkan kepala after tension ngan kerja seharian.... Kulit adik sufia baru je nak pulih sbb berjemur kat Batu Layar harituh....ni nak berpanas lagi ye dik! Takpelah adik sekali sekala...

Kulit adik memang cepat kalah ngan panas...kulit kakak syaura OK aje...tak berubah sangat...

Sekarang dok prepare apa barang yang perlu nak di bawa....pelampung dua ketul dah beli....satu utk abi satu utk kakak syaura...

Wah tak sabar rasanya.....lagipun tak pernah jejak kat pulau tioman tu lagi....hopefullt nenek atuk pun enjoyjugak..sian nenek and atuk pun sama terperap kat umah je jaga cucu....

Semoga jadi percutian yang best utk we all sekeluarga....

Cuti Sekolah~~

Dah seminggu lebih dah cuti sekolah...Nenek asyik cerita je..Kakak Syaura dah mula bosan duduk rumah...Hari2 dok usung beg sekolah ke ruang tamu, bawak masuk bilik, bawak ke dapur...habis suma pensil kakak korek sampai pendek..... puzzle yang ummi belikan suma dah naik expert dah Kakak Syaura pasang... Siannya anak ummi.... Mmm... kalu kitapun terperap je kat umah lama2 bosan juga..lagipun kakak Syaura dah biasa gi sekolah macam aktiviti ramai kawan, cuti dua minggu dah taktau apa lagi nak buat kat umah yek....Takpelah Kakak Syaura sabar dulu nanti ummi bawak kakak jalan2 weekend ni yek...

Just some up-date about Syaura yang dah gi sekolah 5 bulan from January;
1) Syaura already hafal Surah Yassin sampai ayat 15

2) Syaura dah boleh baca yang simple...so i belikan buku cerita Cinderella...Mmm...not bad nampaknya words yang sedikit complicated pun Syaura dah boleh baca

3) Syaura dah pandai amik wudu' and solat walaupun masih tak betullah cara2 solatnya..kekeke...

4) Syaura already can count sampai 100 tapi yang kelakar, twenty eight-->twenty nine pastuh jadi twenty ten...kekeke...nak kena ajar banyak kali benda tu jadi thirty....

5) Syaura kidal...lebih pada tangan kiri....walaupun kat sekolah teacher cakap dia boleh tulis dua2 tangan tapi kat umah mostly tangan kiri...and sekarang dia dah kuat tangan kiri...

Sabar ek kakak...minggu depan dah start sekolah balik dah...





Harga petrol naik RM2.70 seliter

Wednesday, June 4, 2008

Harini balik dari kerja singgah PETRONAS Bandar Putra, makaih jammed lak...kenapa ni?? tak pernah2 jammed kat sini....Nasib baik naik motor selit2 tetiba baru prasan banyaknya kereta tunggu turn nak isi minyak.... Rupa2nya PM dah isytihar start tomorrow minyak naik RM2.70 seliter...aduih!! dengar2 cerita tup tup minyak memang naik betul....

Nampaknya tak sia sia lah invest duit beli motor.... Agaknya kalu dulu naik kereta dekat RM70 seminggu pegi balik kerja, dengan harga baru ni berapa la agaknya seminggu...

Lepas ni jangan terkejutla kalu harga makanan suma naik..isk iisk isk....

Puteri-Puteriku Sufira~~


To introduce my puteri puteri Syaura Syauqina and Sufia Firzana......Both of them lahir on November......and jarak umur between depa chodo 4 tahun...Mmm... Kakak Syaura dah sekolah tadika, adik sekolah dengan nenek je...hehehe... Seronok jugakla dah ada anak dua ni....Kakak pun ada member..hari2 gelak2 ngan adik....adik pun gelak sama tapi we all yang tengok ni tak paham apa communication between depa dua orang ni sampai gelak2 sakan....kakak sayang sangat2 ngan adik sampai tido mesti nak sebelah adik..Hopefully both of you akan jadi anak yang solehah dan berjaya masa akan datang...lepas ni aim for putera pulak..kekeke..kalu diizinkan tuhan...;)

Kak Etty~~Jangan Tinggal Daku~~




Wah...sadisnya title ek.... by the way tinggal beberapa hari je lagi nak spend masa ngan K.etty as my QA technician... by next week K.Etty dah buat kerja lain.. By the way, nak wish Congratulation to K.etty on her new assignment...
Mmmm sebenarnya memang sedih and susah nak lepaskan K.etty..ingatkan i sorang je yang rasa rupanya my boss Kenji pun rasa yang sama... With such a good experience sayangnya tiba2 K.etty kena transfer buat task lain.... Tapi maybe this is a good oppurtunity for you untuk terokai bidang yang lain...and maybe ada salary up sikit hehehe....
Thanks a lot to K.etty for such a great support and help to me selama ni... K.etty dah macam my own sis....Hopefully you will also success with your new field...muuaahh!!

'EGO' ku bukan 'EGO' mu~~

Tuesday, June 3, 2008

Hehehe....title macam tajuk cerpen...'wat suspen je' bak kata Sarimah dalam diari...'EGO' yang dimaksudkan tu baby baru, angkat dari kedai motor about 2 weeks lepas.... dah beberapa hari jugakla naik motor gi kerja ngan hubby.....

Dulu selalu gak tertanya2 kenapalah kalau perempuan naik motor ngan che abe depa pagi2 tu mesti peluk abe depa kuat2.....mm...bila sendiri dah merasa barulah tau...rupanya pepagi naik motor memang sejuk betul......ngan angin kuat menyapu muka memang tak tahan....automatically makin lama makin kuat peluk che abe pagi2....

Actually our reason why nak naik motor gi kerja ni...

1) Malas nak menghadap jammed pepagi kat traffic light Senai...mmm...bersusun keta....semua org nak g kerja...kluar lambat sikit je lambatla sampai kilang jawabnya...naik motor boleh selit2...

2) Waktu kerja yg bebeza between hubby and me. Kalu hari Isnin sampai Khamis i blk 545 hubby balik pkl 6....still boleh tunggu lg...tapi kalu hr jumaat hubby blk awal sejam...i blk 545 jugak...everytime hr jumaat hubby mesti muncung sbb tunggu lama2..so dah ada motor ni...everytime jumaat blehla gi kerja betsu2....

3) Dengar cerita harga minyak nk naik lg.....uwaaa...!!!kalu naik motor ni bole jimat sikit kana...

But whatever it is safety is still the priority....Ya Allah selamatkanlah kami keluar mencari rezeki....Amin~

Blog Blogger~~

Since my friends aru and oja introduced SI.com to me, i saw ramai mommies yang ada blog sendiri via their post at SI...mmm..kind of very interesting sebenarnya...slalu gak visit2 depanya blog...;) tapi amik masa nak create blog sendiri hehe...ketakcukupan masa....

actually kalu rajin upload blog ni like a diary to our journey of life... cerita pasal kids, carrier, and anything yang rasa2nya menarik actually akan jadi history of our life... bila anak2 dah besar and boleh membaca maybe akan jadi something yag menarik utk diaorang teokai and tahu pasal cerita depa sendiri....

also can be our own referrence in future utk flashback kisah lama ni kan...hehehe....