~Sufia Firzana yang 'rajin' belajar dan kuat merajuk ni~
Dah lama sangat rasanya tak update pasal activity BFing Sufia ni yer...Alhamdulillah masih dikurniakan nikmat menyusukan sepenuhnya anakanda Sufiaku itu...
Bekalan harian, aku masih sediakan 3 botol tapi isinya ialah 3oz setiap botol...cukup2lah untuknya....Makannya sudah tak sebanyak dulu...tapi aku masih masakkan nasi lembik setiap pagi...tumiskan bawang putih dan sedikit halia yang ditumbuk...masukkan carrot dan kentang dadu, masukkan lauknya (ayam goreng dicarik2 or udang or ikan goreng) lepas tuh masuk sekali dengan beras segenggam...hasilnya ala2 macam bubur lambuk tu...dah lembut masukkan sayur..Alhamdulillah walau tak banyak tapi makan juga...tapi makan2an lain macam biskut, fried potato, roti, coco crunch+susu kakaknya tuh memang suka dia makan...so rasanya dengan makanan cemil cemilannya tuh membuatkan 9oz EBM yang aku tinggalkan memang mencukupi...
Ramadhan pun dah nak tiba...seperti pengalaman aku terdahulu hasil perahan bulan Ramadhan adalah kurang 1oz dari hari2 normal..so sejak beberapa minggu lepas aku ada menyibukkan diri membuat persiapan menambahkan stok EBM...tak banyak mana tapi Alhamdulillah 9botolx5oz di fridge rumah kami, 2botolx5oz di fridge umah nenek Sufia...Masih ada masa untuk tambah stok InsyaAllah..harap2 dapat up kan lagi stok EBM untuk emergency bila2 nanti...yerlah ada 3bulan plus lagi nak capai PhD in BFing..
Hasil perahan harian pulak tak menentu..kadang banyak kadang sikit..pernah juga cuma dapat 6oz sehari...tapi selalunya 8-9 oz..tu yang bila kadang2 cecah 10-11oz dapatlah simpan buat stok tu:P
Satu lagi yang nak dikongsi, sejak pindah rumah kami amalkan makan berjemaah..hihi...Syaura dan Sufia wajib duduk sekali semeja masa makan mlm...Walaupun kecik Sufia akan duduk di kerusi meja makan tuh (takde baby seat) and kami letakkan pinggan berisi nasi dan koyak2kan ayam ke, ikan ke atas pinggannya...Alhamdulillah makan juga nampaknya..walaupun kecahnya mengalahkan jumlah makanan yang masuk dalam mulutnya...
Yer walaupun semakin hampir dengan 24months semakin risau sebenarnya kan...dapat ke tidak misi fully breastfeeding ni sampai 2 tahun...hmmm.... Permudahkanlah kami Ya Allah..amin....
BF Journey at 1 Years 8 Months 12 Days Old
Friday, August 7, 2009
Posted by ~Umi.Sufira~ at 12:47 AM 21 comments
Labels: Breastfeed, Sufia
Apa Pulak Malam Ini?
Thursday, August 6, 2009
So masakan simple buat kesekian kalinya ialah...
Ikan goreng selar kuning over garing
Sup sayur cendawan
Resipi turun temurun dari mak aku...taktau apa nama terdiri dari fried potato dan telur goreng dipotong2....tinggi kalori tapi sodapppp!!! :)
Juga..sambal belacan (lagi???)...hihi..nak wat camne laki mak suka...:P
Hai nampak gaya macam haku aje yang nak kena buat rempah BBQ ayam untuk sabtu malam ahad nanti...8ekor ayam pulak tuh...belasah ajelah yer....Air Papan, Mersing!!!Here we come!!!!:)
Posted by ~Umi.Sufira~ at 11:06 PM 8 comments
Labels: Cuti cuti M'sia, Homemadefood
Benarkan Anak Merokok?
This morning, I had these conversation with my hubby..
"Abang, kalau ditakdirkan ada anak lelaki nanti, bila dia dah besar dia nak merokok abang bagi tak?"
"Beranilah, abang sepak muka dia"….huwaa!! scary lagi strict bunyinya...
"Abis kalau dia dah dewasa and dia buleh tentukan pilihan dia sendiri?"
"Kalau nak masuk rumah kita dia kena berus gigi kat car porch!" kahkahkah..lawakkan bunyinya..tapi bernada serius...
My hubby sendiri tidak merokok tapi bapanya dan abang2 nya adalah heavy smoker...
Dan hubs ada cerita yang bapanya pernah terlantar disebabkan bahana rokok ni dan of course la dia tak mahu perkara2 sebegini jadi pada anaknya kan...
Tapi sebagai parents belum tentu lagi kita dapat control semua benda especially bila anak2 dah besar..
Teringat masa di asrama dulu beberapa orang kawan2 lelaki pernah kena tangkap dengan warden kerana merokok…
And aku pun tak rasa yang parents diaorang tahu anak2 dia merokok…lagipun umur baru 16, 17…tentu2 parents tak benarkan anak2 merokok kot (taktaula kalau ada parents yang sporting habis)
Hmm..and I also not sure if ayah2 yang merokok, sama ada mereka akan benarkan atau tidak anak2 sendiri merokok kan..hihihi....
So anda rasa macammana? Kalau anak2 dah besar nanti dan berkeinginan nak merokok, adakah kita sebagai parents akan benarkan?hihihi...
P/S: Rokok mahal betulkan sekarang?
Posted by ~Umi.Sufira~ at 1:18 PM 24 comments
Labels: Story story
Dinner We All Malam Ini ialah...
Wednesday, August 5, 2009
Sardin Cincai Bancai
Bendi Celur Di Atas Pinggan Hadiah Fresh N White
Sambal Belacan Buatan Sendiri Nan Kurang Lumat
By the way, let's wait n see apa macam ngan production susu esok!Harap2 meriahla hendaknya...tak macam lauk mak yang tak meriah ni!:P

Posted by ~Umi.Sufira~ at 9:30 PM 21 comments
Labels: Aku, Homemadefood
Mengukur Tahap Pengemas Seorang Lelaki
Ini entry suka2 je...No hard feeling yeah!;P
Pernah dengar tak? Kalau nak mengukur sejauh mana tahap pengemasnya seorang lelaki tu tengok pada keretanya...kalau keretanya sangat kemas, bersih, takde barang berselirat di tempat letak kaki, bulehla consider as dia adalah seorang lelaki yang pembersih...tapi kalau keretanya berselirat ngan segala macam kasut, agak kurang bersih makanya kurang kemaslah seseorang lelaki itu...What do you think? Betul ke tidak?:P
Inilah issue kami 'ahli mesyuarat tingkap' bincangkan semalam petang sambil menikmati goreng pisang panas dan sambal kicap beserta air teh...ngeh ngeh ngeh...berbual kosong tak sedaplah of course mesti ada bahan umpatancontoh2 nya kan...kekeke...
So mulalah bila dah berlima tuh, "eh!ko pernah naik keta si polan tak...bersih giler...pasir pun takde...patutlah meja dia pun kemas gila..." then my other fren "Eh aku pernah naik keta Rambo! ranting kayu pun ada..bla bla.."...isk isk isk...buleh tahan kitaorang kan...gelak megekek sampai tak hengat punya...
So dari beberapa contoh yang diberikan especially kereta yang bujang tuh, macam ada benarnya ayat penyata tersebut!Kalau yang dah kahwin ni maybe si istri ada tolong kemaskan kereta kan..takpun maid ke..kekeke..but my case, memang hubby lah 100% jaga kereta...mak tak koser sempat nyah..(psstt reason baik punya!)... tapi kalau hantar cuci kat kedai camne nak kira ek? kira pengemas jugakla kot sebab ada keinginan untuk melihat kereta bersih gamaknya...:P
So anda rasa camne? Kalau lah buleh pakai 'Kayu Pengukur' ni alamatnya ramailah anak2 dara kat luar sana carik pakwe yang bersih keretanya kan..kekeke...
Posted by ~Umi.Sufira~ at 1:06 PM 19 comments
Labels: Info


