Kerinduan nak berceloteh kat sini mula terasa....hehehe...Kalini nak crita apasal Team Building and Leadership Course yang dianjurkan oleh company terchenta untuk kami di Outward Bound Singapore, Pulau Ubin....Wah wah....3 hari 2 malam u!21 May 2010 until 23 May 2010~
Pagi seawal 7:00am kami bertolak menaiki bas ke Punggol Beach, S'pore..dah lama tak masuk S'pore...hmmm memang negara yang bersih, indah dan teratur...then lebih kurang pukul 9 tiba di Punggol Beach menunggu ferry OBS (Outward Bound S'pore) membawa kami ke Pulau Ubin....Ingatkan jauh...10 minutes ajer rupanya..yang pasti bag sangat berat kay!
Then, tiba di sana bermulalah aktiviti2 mencabar mental dan fizikal untuk membina semangat kerjasama berkumpulan untuk kami bekerja satu company ni kan...panjat memanjat...untuk membina kepercayaan...sebabnya semasa kita memanjat tuh kawan2 akan jaga kita dari bawah....
Frankly speaking, ini kali pertama aku memanjat, berjalan di tempat tinggi sebegitu rupa...perasaan kali pertama melangkah untuk melepasi 2 wayar tuh memang seram beb! Panjat je atas tuh muka dah hijau..rasa takleh nak bercakap..hahaha..kemudian kena lepas naik balak pulak..seimbangkan badan tanpa memegang apa2..makin aku menggigil makin bergoyang lak balak tu kan..huhu..dan yang paling seram melintasi jambatan kecik gantung yang tak boleh pegang kiri kanan..so seimbangkan badan jelah..time ni dah takleh nak buat apa dah..terjerit2 aku kata atas tuh sampai ke hujung hehehe...boleh lepas kay walaupon takut pon..hehehe...
Dan banyaklah aktiviti lain and classroom training for first day...yang tak boleh tahan malam first tak boleh tidur..maybe sebab letih sangat, then kat tempat baru, then terkezut ngan aktiviti ganas hari pertama tadi kan...
Cabaran belum berakhir..Hari kedua kami kena kumpulkan mata untuk beli barang2 untuk membuat rakit....kalini betul2 membina semangat kerja berkumpulan...memang kerjasama habi2an untuk capai matlamat bina rakit untuk melintasi pantai Pulau Ubin ke satu point...Paling tak tahan Rock Climbing la...
Malam tuh pulak..ada acara untuk leadership...hmm..apalagi masuk hutan la...kena jalan sorang2....then kena crawl dalam tunnel sempit...uwaa takut tak takut redah ajelah kan...dalam tunnel memang seram...sempit dan takde cahaya langsung....tapi berjaya jugak melepasinya tanpa ragu2..ehehe..kuat semangat jugak aku ni yer..hehehe..
Papepon..badan memang sakit2..segala urat2, otot2 ni memang membengkak rasanya dek kerana aktiviti outdoor lasak yang kami buat ni..tapi course ni memang membuka mata dan minda aku kay...kerjasama dalam kerja memang sangat penting...tak bulehla asyik nak mementingkan diri sendiri dan kerja sendiri saje...OK itu dulu update buat masa ni..:)