Alhamdulillah sakit di tangan aku semakin lega...takde denyut2 dah..maybe kesan painkiller dan antibiotic yang doctor bagi..and rawatan kopek mngopek semalam beserta ubat sapu yang sepatutnya...Thanks a lot to kawan2 yang sangat prihatin dan sama2 menggigil lutut macam aku juga ketika membaca entry yang ini... Memang sakit beb ketika acara kopek mengopek itu...Sebenarnya seperti tekaan Kak Nur, memang betul luka kat tangan aku nih dah kena infections..sebab tuh jadik menyanyar sebelah dalam..nampak je luar dah kering...
So dikesempatan ini aku nak share tips untuk orang yang terkena luka yang besar dan dalam lagi2 kalau sudah menanah seperti aku...
1) Dapatkan rawatan doktor..jangan jadi macam aku ni....konon2 lepas habis makan antibiotic luka cepat baik..and takde buat rawatan susulan lagi...
2) Sewaktu luka itu masih basah (belum ada kulit lagi), jangan biarkan ianya terbuka pada open air, kuman2 senang je nak hinggap kat luka tu....kalau kuping dah mula cover kawasan luka, bulehla nak bukak balutan kan...
3) Jaga pemakanan semasa dalam tempoh luka baru nak baik especially telur..walaupon kat hospital pun diaorang kadang hidang selamba je kan..sebab pada pengalaman aku nih, kalau makan benda yang gatal2 memang luka tuh lagi gatal...huwaa..macam nak garu je...
4) Kalau nak cuba rawatan tradisional, pikir agak2 logik juga adakah ianya memudaratkan..sebab orang suruh aku pakai biji kani yang diparut pada bontot pasu..aku nih follow ajelah..memang kuping cepat je cover bahagian yang luka tuh..tapi startla berdenyut2 sakit tau...aku fikir2 balik, bersih ke pasu yang digunakan tu..ntah2 sebab pakai parutan biji kani tu yang makin teruk sakit tgn aku..(takut pasu tu tak bersih kan walaupon dah basuh sebelum guna)
BTW, itu ada tips yang tak seberapa..kalau tak digunakan sekarang mana tau akan digunakan bila2 nanti....So mulai hari ini bermulalah episod HARI HARI PEGI CUCI aku ke klinik..hmm..sebab doktor kata "kalau awak tak datang cuci nanti jadi macam harituh lagi...."..
I follow je lah...walaupon saat di cuci tu MENYAKITKANNN!!!! huhu...frankly speaking kulit masih TIADA di kawasan itu..hihihi...
Kawan2 doakan tangan aku cepat sembuh eh!:)
Cuci Mari Mencuci
Friday, May 15, 2009
Posted by ~Umi.Sufira~ at 1:20 PM 13 comments
Labels: Sick
Dressing and MC
Thursday, May 14, 2009
Antibiotic and painkiller pon dah lama habis...so apa lagi tengahari tadi..dengan sakit perit dan pedih kat tgn nih aku mintak tolong hubby hantarkan ke klinik lagi... Sekilas pandang doktor tengok kopeng2 kat tangan aku and air kekuningan yang keluar ikut celah jari tuh doktor terus jerit.."Nurse! Dressing!"....dan dengan itu keluarlah peralatan gunting, pencungkil, cecair ntah apa...and aku dah tak sanggup tengok lagi...
Posted by ~Umi.Sufira~ at 2:58 PM 31 comments
Labels: Sick
Macam kena toreh kan?
Wednesday, May 6, 2009
Masih lagi n3 ngeri, jangan teruskan pembacaan kalau geli...kesinambungan dari n3 ini, luka kesan melecur yang semakin mengering..tetapi.....
Apa yang aku rasa sekarang
1) Masih pedih terutama ketika mandi dan ambil wudhu'
2) Berdenyut2 di kala tangan dilepaskan ke arah bawah
3) Bila sendiri melihat kawasan yang tiada kulit itu, sepertinya daging aku di toreh aje... ngeri..
4) Masih ada area yang basah berair...nyu nyut nyut...pedih

Posted by ~Umi.Sufira~ at 11:23 AM 23 comments
Labels: Health n Beauty, Sick
Setabah Syaura~
Thursday, February 19, 2009
Berbincang2 dengan Meen tadi tentang babynya yang eczema, terus fikiran aku menerawang teringatkan pengalaman anakku sendiri...Saat saat menghadapinya terlalu pahit untuk ditelan terlalu pedih untuk dilalui lagi....Syaura memang tabah! Di sebalik wajah riangnya sekarang dan kepetahan mulutnya tersembunyi dengan kisah ini dan penderitaan nya kerana terpilih oleh-Nya sebagai salah sorang penghidap eczema memang menjadikan Syaura seorang yang betul2 tabah...
Sejak umur setahun, seingat aku bila kami mula memperkenalkannya pada kuih raya, biji2 berair mula naik satu badan especially di kawasan siku dan lutut..biji berair tuh memang sangat gatal membuatkan jari jemari Syaura dengan automatiknya akan menggaru tanpa henti di mana biji2 berair tu akan pecah dan mula merebak besar....dan menjangkit dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain...Ubat? puas berubat di sini dan di sana....pakar bayi, pakar kulit, ubat kampung semua sudah kami cuba..sembur? memang tak percaya..tapi usaha untuk memulihkannya membuatkan kami tolak tepi semua itu..Itu belum masuk lagi ngan biji2 kecil penuh di kawasan leher..menggaru memang kegemarannya..
Badannya kurus sebab terlalu derita dengan kegatalan kulit satu badan..makannya pon terlalu kami hadkan...ayam pon tak bagi makan..kesian Syaura!Ubat2an pakar kulit sekadar mengurangkan deritanya, mengurangkan perit pada kulitnya tapi tidak sampai sembuh sepenuhnya..semakin hari makin teruk sampai ke kawasan cuping telinga..bulehla nak dikatakan eczema yang agak kronik juga...
Tidur malamnya tak lena..begitu jugak aku yang menyaksikan keresahannya...cadar tidurnya sering ada kesan palitan darah..aku tau mesti dia menggaru juga walaupon aku dah pesan berkali2 untuk tidak digaru...Percaya ataupun tidak..tak pernah sekali pon dia menangis kerana eczemanya itu..tak pernah sekalipon....kalu disapu ubat2 yang pedih pon dia sekadar menepis...deritanya sampai ke umur 4 tahun....
Aku sebagai ibu, hancur luluh rasanya hati melihat keadaan dia begitu...itu belum masuk mulut2 orang yang bertanyakan itu dan ini, "rumah tak bersih ke?", "Syaura suka main pasir ke?"..walhal anak aku tuh tak main kat luar pon...Air mata?anak tak menangis kadang2 aku yang teremosional bila tengok gatalnya makin melarat..
Tapi Alhamdulillah...mulanya umur 4 tahun ke atas, sejak aku pindah Johor, bertemu dengan ubat yang betul2 serasi ditambah dengan penambahan usia Syaura, eczema nya semakin reda...sekarang masih ada lagi on n off tapi sedikit saje di bahagian kaki dan agak terkawal... Syukurnya Allah aje yang tahu..terasa doaku siang dan malam sejak 3 tahun dahulu dimakbulkan Allah....Biarlah parut2 di badannya menjadi tinggal kenangan je buat kami semua...buanglah penyakit tu jauh2 dari Syaura...Syukur!
Buat mommies yang menghadapi anak2 penghidap eczema tabahkan hati dalam menghadapinya...Aku selalu berfikiran +ve bahawa ada lagi insan lain yang lebih derita dari anak2 kita....semuga kita semua tabah menghadapi dugaan dari Yang Esa!
Posted by ~Umi.Sufira~ at 8:25 AM 19 comments
Penawar Air Kelapa~~
Friday, December 12, 2008
The audit is still going on until 4:00pm today....tapi tengah rehat tengahari yang panjang...I don't want to join them for lunch and i used my pumping activity as the reason..aku malas nak join even aku tau makan di hotel dan makanan yang sgt sedap...sumanya termasuk auditor cha ya nun alif...cakap cha ya nun alif aje even aku tercongok kat situ..baik aku takyah join..buat bengkek aje...tak respek langsung ada kita kat situ...kang aku cakap jepun sensorang baru korang tau!
Thanks pada yang telah mendoakan aku sama ada yang telah meninggalkan komen ataupon tidak di post aku YANG INI...jasamu di kenang~hihi...Cuma nak share my experience je...As final preparation and this audit is related to environmental, so handling chemical and the way we dispose it is one of the check item.. so hari Rabu tuh aku pulun pegi check suma termasuk buangan minyak2 untuk my company..
Tapi apa ntah malang nasib aku yang tak berhati2 nih before lunch aku ingat ada pegang la chemical waste nih, dengan tak properly washed my hand aku pegi lunch...lepas makan tuh tak sampai 15 minutes kepala aku punyalah berpusing..2 jam lepas tuh masa nak solat zohor terus muntah2 tak hengat....aku suspect mesti sebab termakan sikit oil/bahan kimia nih...pening gila beb! muntah semua yang aku makan masa lunch plus cirit birit..balik aku terus mintak hubby petikkan buah kelapa and minum sikit air kelapa tambah sikit garam jantan...
Alhamdulillah bangun pagi esoknya walaupon masih pening tapi my condition much2 more well than yesterday! So smalam aku di audit dalam keadaan pening...balik semalam aku suruh hubby petik kelapa lagi and aku minum lagi..Pagi tadi Alhamdulillah totally OK! I felt great! So percaya tak percaya air kelapa memang penawar! Aku rasa air kepala tuh berjaya menyingkirkan bahan kimia tuh dari badan aku walaupun it takes time! Aku pon pernah dengar kalu terminum racun, minum air kelapa sebagai penawar..tapi depends pada kuantiti racun tu jugaklah kan.. Anyone to share keajaiban air kelapa ni? Aku memang rasa kagum, walaupon dengan kuasa Allah Taala tapi air kelapa nih jadi penyebabnya..syukur~
Posted by ~Umi.Sufira~ at 1:17 PM 2 comments
Mata Gajah!!
Thursday, November 6, 2008
Mmm..harini dah masuk hari keempat aku kena Mouth Ulcer!! Sakitnya tuhan ajer yang tau... Sebab kena benda nilah, nak makan sakit, nak bercakap sakit, nak senyum pun sakit sebab dia kena betul2 kat gusi sebelah atas...GUSI Okiee!! Sakit woo!! 'Benda ni" membuatkan aku hilang mood taww..dah 4 hari dah rasa macam nak ngamuk jer...Ini ulcer dah menyebabkan kelenjar sebelah kanan aku pon dah bengkak..
Hari first letak marjerin (atas nasihat doktor pakar tak bertauliah My Mom)....Uwaa esoknya makin mengembang lak ulcer tuh...hari kedua letak lagi ngan harapan nanti dia mengecut..But..not at all...Hari ketiga dah tak tahan aku suruh 'anak buah' gi mintak ubat ulcer kat klinik panel..dapatlah kan.. MUCO-AID LIQUID nama dia..bila letak kat tempat tuh memula pedih tapi pas tuh aku rasa kebas...OKlah kalu nak makan tak pedih..tapi blom elok lagi sampai harini..kelenjar kat leher ni pulak sama naik...Hubby aku dah habaq dah suruh kumuh air garam...Aku yang tak sanggup..mesti berair bijik mata...tapi kalu tak elok gak ni mlm ni jugak aku nak kumuh air garam...woo woo..
ingat nak letak sikit gambo mata ikan kat gusi aku nih...aku pon tak sanggup nak bukak mulut...pedih dan besar..Ni kan bukan dah 'mata ikan' aku rasa..tapi "MATA GAJAH!!"... woo woo
Posted by ~Umi.Sufira~ at 2:01 PM 12 comments


