Showing posts with label Friend. Show all posts
Showing posts with label Friend. Show all posts

Mandomnya...

Saturday, December 5, 2009

...blog ini...nak update bz...bila ada masa taktau nak cerita apa...

Sebagai penyeri untuk beberapa hari yang mandom nih, maih share kisah melawat our best friend @ officemate yang telah selamat melahirkan anak secara pembedahan...

Pergi ke rumahnya pun waktu rehat hari Jumaat so tak dapat nak lepak lama2...Tapi seronok sungguh mendengar pengalaman orang yang bersalin cara pembedahan ni kan..ngeri pon ada! Dan berbangga dengan kawan aku ini yang masih exclusively breastfeeding her baby walaupon kesakitan bersalin secara pembedahan sangat mencabarnya...

Layan gambar baby dan gambar kami kay..
Baby Amal baru 2 minggu tapi sudah sangat tembam..geram tengok pipi dia...


Punyalah ngantuk sampai kitaorang bising2 pon dia tidur ajer...
Wa pun nak interprem sikit ahaks...
Congratulation to Zura for ur new born baby...Teruskan usaha breasfeeding selama termampu kay!Chow...

Coklat Dari UK:)

Wednesday, November 11, 2009


Mestilah bukan I yang beli di sana...Juga bukan dikirim pada sesiapa...Tapi telah dibawa khas oleh teman yang sedang menyambung study di UK dan sedang bercuti di Malaysia ni, Cik Wani...
Happy sungguh bila Cik Wani, merangkap x-classmate masa di highschool dulu meluangkan masa jalan2 ke rumah kami kan...Yerlah memang dah lama tak jumpa..and masa nilah nak bertanya2 tentang kehidupan di UK...salah satu destinasi impian kami...Bilalah nak sampai sana yer...

Yang bestnya, bukan kami je yang rancak bebual tapi Che' abang kami yang baru pertama kali jumpa tuh dah berborak macam dah 1otahun kenal...kekeke....Terdetik gak.."Alamak, ni saper yang kawan ngan saper ni"....Oh ye..memang peramah mereka berdua itu...Dan cuma bihun soto ajer yang sempat dimasak untuk santapan mereka sekeluarga...BTW, trima ksih pada mereka sekeluarga untuk coklat dari UK yang sedap itu...dan juga kunjungan istimewa....

Dengan ini kami isytiharkan semangat berkobar2 untuk mengumpul duit untuk bercuti ke UK!Boleh? ekekeke...target plan 2011 kot (2010 dah ada plan bercuti tempat lain ekekeke).... Ada sesape nak join plan bercuti 2011 kami ni?:P

Homemade Takoyaki Project!

Monday, November 2, 2009

Takoyaki adalah salah satu Japanese Food kegemaran aku di Japan...Owh takleh lupa rasanya yang enak banget and sangat sedap dimakan panas2 tu..Pada yang tak tau..

"Tako means octopus in Japanese, and takoyaki are known as octopus balls. Takoyaki vendors are very popular in Japan. To make takoyaki, a grill pan for takoyaki is used. The pan has many small cups to pour the batter."(Copied from here)

Last Saturday, our long time no see friends came to JB, actually to attand our friend's brother's wedding ceremony..so kami ambil peluang ini untuk lepak sama2..Woo sudah hampir 6tahun tak jumpa tuh...Yerlah since balik dari Japan masing2 dah jauh susah nak jumpa... Selain dari tuan rumah masak Laksa Johor, agenda kami ialah "Takoyaki Project"...

Bahan2 dan equipment kebanyakan diimport dari Japan...Order dari our friend yang memang menetap kat sana....Ada special flour yang telah dicampur skali ngan dashi...Recipe jangan tanya aku yer....aku datang tinggal golek2kan ajer..suma dah siap tinggal tuang dalam grill pan...Ini dia hasilnya...

Our homemade takoyaki!


Selepas Dituang ke dalam grill pan
Golek jangan tak golek..baru dia bentuk bulat2..:)
Wajah ceria kami yang dah lama tak jumpa ni....
By the way sangat2 happy...Selain dari kekenyangan sebab makan banyak gila, dapat borak2 tentang perkembangan diri masing2..anak2 pun pandai bawak diri buat hal sendiri sebab rumah si tuan rumah banyak permainan menarik...
Saper lagi yang suka makan Takoyaki? Kat Malaysia ada jual jugak..selain susah nak carik dan susah nak jumpa rasa yang mirip dengan Takoyaki di Japan, dengarnya harganya juga mahal...RM8 untuk 6biji? Is it true? Aku pun tak pasti..yang pasti takoyaki memang sedaaaap banget....saper tak pernah rasa, trylah carik!:)

Wak limah ku kurus

Wednesday, September 30, 2009

Seperti tahun lepas, InsyaAllah tahun ini masih ada rezeki kami untuk membuat open house merangkap house warming party sempena hari raya dan masuk rumah baru...har har..nak buat camne dah 4bulan pindah baru ada rezeki nak buat house warming party nih..

Below the details from hubby's mail untuk jemputan nih... malas nak type:P
Assalamualaikum WBT

Saya (Yusa.ini) mewakili isteri (Roza.mimi) dan anak anak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakan rakan. Dengan ini juga saya ingin mewakili keluarga saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada tersalah kata, terlajak bahasa dan perbuatan sama ada sengaja, tidak sengaja ataupun saja saja. Mintak dihalalkan dari hujung remos sampai ke hujung boot anda.

Di kesempatan ini saya ingin menjemput saudara saudari untuk ke majlis rumah terbuka merangkap pemanasan rumah (house warming) kami yang ber alamat:
xxxxx, Jalan Camar xx
Bandar Putra Kulaifornia, Johor (Sila email saya di rozamimi at yahoo com utk map and complete address)

Pada tarikh dan waktu:
Tarikh: 3 October 2009 (Sabtu)
Start: 2.00 petang sehingga 7.00 malam (boleh datang di antara waktu tersebut)

Additional info dari U.S>
Menu:
MJ nasi beriyani with daging beriyani and acar nanas (MJ nama ayah saya, dia yang akan masak nasi beriyani dan dagingnya)
RM Nasik empet, kuah kacang, ayam masak merah ++ (RM nama saya lak, mean saya yang masak..ihik ihik..)
Bubur kacang
Buah
Air and kuih raya...maybe ada menu tambahan last minit..

Kawan2 yang berkesempatan jemput hadir ye:)

Sekian:)

Nota kaki: Tak sempatlah nak buat kek batik tahun ni...:P

Selamat Hari Raya dari Umi Sufira Sekeluarga:)

Friday, September 18, 2009

Yu.Es aka U.S. aka Umi Sufira sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua rakan2 alam maya mahupun alam nyata...sekiranya ada terkasar bahasa, terumpat terkata yang zahir ataupun tidak....ampun maaf dipinta....Halalkan makan dan minum juga sekiranya ada yer...

Salam Lebaran buat semua...Maaf Zahir dan Batin:)semoga Lebaran Tahun ini lebih bermakna buat kita semua...

Fakta 1: Kami akan pulang ke kampung yang letaknya 20minit dari rumah kami..harap2 tak jammed la hendaknya:P
Fakta 2: Kami akan pulang ke Sg. Besar pada hari raya kedua..InsyaAllah...
Fakta 3: Kami akan kembali ke Johor pada hari Khamis sebab hari Jumaat dah kerja...
Fakta 4: Kami dah tak sabar2 nak raya walaupon hari ini aku masih bekerja...:P

Kematian Mengejut!

Tuesday, September 15, 2009

Tatkala semua orang sibuk memperkatakan kegembiraan Syawal yang bakal menjelma beberapa hari lagi dan pengisian 10 hari terakhir Ramadhan, aku dikejutkan ngan berita kematian yang menyayat hati malam tadi...Rakan sekerja kami seorang technician lelaki telah kembali ke Rahmatullah dalam perjalanan pulang dari kerja..Masih lagi dalam uniform kerja dan dengarnya motor yang dinaiki di Lebuhraya Se.denak melanggar lori yang berhenti di tepi jalan...

Yang mengejutkan arwah telah meninggal dunia di tempat kejadian dan keadaannya agak teruk kerana hentakan kuat.....Baru semalam arwah berada di tempat kerja macam biasa bergurau senda dengan kami tapi hariini arwah dah tak ada....advance pay kami yang sepetutnya masuk hari ini atas ikhsan syarikat sempena menyambut hari raya pun tak sempat dirasai oleh arwah....Dari cerita rakan2 yang melawat di hospital malam tadi ketika arwah masih di dalam plastik hitam keadaannya amat menyedihkan..muka sudah benkak kaki sudah longlai....

Arwah meninggalkan balu dengan seorang anak perempuan berusia 4tahun..arwah itu baya2 aku saje..masih muda....Aku? Aku takde kudrat dan kekuatan untuk pergi melawat...aku memang takut melihat mayat yang meninggal akibat kemalangan..lagi2 bila mendengar kawan2 menyatakan keadaannya...Mak TAKUT!!!Aku mendoakan dari kejauhan aje...

Itulah...dalam kegembiraan kita menyambut Syawal, ingatlah bahawa ajal tidak pernah lupa menjemput kita tidak kira bilapun detik waktunya..ingatan untuk diriku juga..Al-Fatihah buat arwah..

Aku suka, aku tak suka!

Thursday, August 13, 2009

Malam tadi aku masak ni....Sambal Tumis Udang campur Petai...Setakat kami makan berdua banyak mana sangat jadi banyaklah yang lebih....Pagi tadi apalagi tapau bawak sambal ni gi kerja..buleh gak makan ngan mee goreng bersama kawan2...

Sambal Tumis Udang Letak Petai Umi Sufira

Bukak je tupperware terus offer kat 'ahli mesyuarat tingkap'..Pagi tadi 7 orang termasuk aku....bila aku offer setiap sorang barulah aku tau..ada yang makan, ada yang tidak semua sebab PETAI..hihihi...."Akak tak makan..takleh nak bau".."Akak makan udang je mi, petai nya akak takmo"...ada yang takleh rapat langsung ngan bekas tuh..kekeke.....macam2..

BTW, petai banyak khasiatnya...tak percaya refer khasiat petai kat blog cik ar.nie ni... Siap jadi rahsia awet muda lagi tuh!Aku and hubby memang gila petai..kami siap buleh makan mentah cicah ngan sambal belacan aje.....sedaaapp!!

Laa ni saper lak nak ngaku tak suka makan petai ni??angkat tangan!!:P

Entry Untuk Ealyie*Update with Pics*

Thursday, July 23, 2009

<
*Yeay* dapat jugak tengok gambar new born baby Ealyie...Ini gambar di MMS oleh Mamadhea yang sudah melawat Ealyie semalam..tapi katanya tak sempat nak upload pics...so mak upload kan:) guys, mirip muka Iris kan?:P

Walaupun sudah ramai kawan2 yang membuat special entry untuk kelahiran baby barumu oh Ealyie, mak tak lupa jugak nak ucapkan TAHNIAH!!!buat Ealyie sekeluarga bersempena kelahiran baby boy nya yang baru(22/7/2009)....clap clap clap...

Walaupon ko mesti tak baca entry ni nyah aku nak bagitau gak, punyalah aku teringat2 kat ko....sampai terbabas2 salah hantar sms satu soklan yang SANGAT tidak sesuai ditanyakan pada ibu yang baru melahirkan, yang sepatutnya ditujukan kepada Intan kepada ko...kahkahkah...ampun ye nyah...kalu ko baca pon sms tuh sila delete terus...
(asyik salah hantar sms aje aku ni..bahaya sungguh!)

Sesungguhnya aku dah tak sabar nak meroyan melawat ko ke Pasir Gudang nak tengok mak baby and of course babynya..tunggu ko sihat sikit nanti InsyaAllah muncullah aku di depan pintu gerbang rumahmu...ah ah ah...:P

TAHNIAH sekali lagi!

Rombongan Dari Pasir Gudang

Monday, July 13, 2009

Semalam kami sekeluarga menerima kunjungan rombongan dari Pasir Gudang yer....of coursela bukan rombongan meminang kerana memang rumah aku tuh takde bunga untuk di sunting..putik bunga adalah...hatta pasu bunga pun takde....kahkahkah...

Aku masak pun lebih kurang aje mana sesempatnya...nak buat kek batik pun tak sempat yer...(next time yer Sha!:P)...Around pukul 2:30petang kot selamatlah 2 buah kereta keluarga Cik Intan n Cik Elyie...dok tengah hidang2 makanan atas meja Cik Sha pulak call dah sampai area rumah tu...so sempatlah 3 keluarga menjamu selera bersama2 yer(walaupun terpaksa import kerusi extra)....

Dah ramai2 tuh apalagi kung kang kung kang berbual kekeke...seronok jugak yer sesekali kumpul ramai2 macam ni...selalu 'borak' di blog aje...Anak2 pandai pulak buat hal sendiri.....tapi masing2 pemalu ler kan..konon tak kenal...kekeke...tapi buleh kan dah ramai2 gitu satu gambar pun tak sempat nak snap..lupa amat!

BTW, thanks a lot pada kawan2 blogger yang sudi datang rumah kosong kami tuh(pinggan mangkuk pun tak cukup tau).....Betulkan umah aku lah paling chokia di situ..kekeke..

Ada kawan2 lagi yang sudi nak datang rumah nanti roger2 ajelah aku yer...nak tunggu wat house warming party lama lagi gamaknya...mana tau ada rombongan dari Gelang Patah pulak ke...(Gelang Patah?) ihik...

P/S: Nampaknya ada yang tertarik ngan kapal terbang nak landing lalu depan rumah semalam! sape agaknya tuh?:P

Korang pernah tak....

Wednesday, July 8, 2009

...nak hantar sms berbaur kutukan kepada si A tentang si B tapi terhantar ke si B?
Aku pernah beb! Last week, kerja punya pasallah...dok geram ngan si B ni yang suka over expose kerja yang aku buat macam dia lebih tau adanya n tunjuk2 pada management, aiseh sekali dua buleh tahan lagi ni setiap kali pun macam itu...konon2 nak lepas geram pada si A..tengah dok sedap2 nak hantar tuh rupanya aku pi hantar ke si B....kahkahkah...sadis beb!Perang bakal meletus!! La ni ngan istri dia sekali dok hati berbuku ngan aku!!!(oh si B tu lelaki yer, dan si A tuh kawan perempuan aku..)

Moral Of the story..tak baik nak kutuk2 orang ikut sms...kalu tak puas hati jumpa depan2..(oh aku belum sampai ke tahap itu..) ataupun kalu nak kutuk juga.....sila pastikan nama si penerima sebelum betul2 menghantarkannya okeh....kehkehkeh...

Tayang hadiah Part 3

Thursday, June 4, 2009

Setelah menang kuiz di blog Cik Yan dan Blog Cik Ar.nie, aku telah menang satu lagi contest di blog Cik Hernee...Ya ampun! mak main ngelat hokeh semata2 nak memang punya pasal....Buleh kan berlumba2 sakan ngan Umi Nawfal..kahkahkah....tapi takpelah akhirnya membuahkan hasil walaupon main ngelat..yang penting Cik Hernee tak kesah kan..hihi..

Hadiahnya mak memang sukak amat!! Tudung Syria okeh beserta satu clip untuk slot card...Hernee, THANKS A LOT MY DEAR! Siap ada nota 'persahabatan' lagi....Bungkusan sampai semalam...aku excited banget sampai tak teringat nak snap gambar bungkusan..

BTW, all inilah my very2 first time pakai tudung Syria...tak reti jugaklah camne nak menggayakannya....err tapi Hernee punya pasal tempek jugakla gambar kat sini...sila jangan geli ketiak tengok gambar aku ni weih..sebab takde orang nak amikkan aku amik sendiri...kelam kabut nak gi kerja tuh...

J8kun sanagt tak? tak kot..belum pape dah pakai bawak gi kerja..belum basuh lagi tu weih?kekeke

P/S: As, muka aku sesuai ke pakai tudung gini? aku tanya ko sebab ko selalu pakai shawl yang rupa2 macam ni kan...

Tayang Hadiah Part 2~

Saturday, May 16, 2009

Usah cemburu buat kesekian kalinya......

Selepas kemenangan dan n3 tayang hadiah yang ini, hari ni aku nak menayang hadiah buat kali keduanya...jeng jeng jeng...
Hadiah ini adalah hasil kemenangan menjadi visitor ke 55555 di blog Cik Yan.....Terima kasih Cik Yan..mak dah dapat hadiah dari Cik Yan..mak sukak hadiah nih!

To be frank, buku ini memang terkesan di hati aku setelah membaca entry KNV di blog lamanya YANG INI. Alhamdulillah...bagaikan pucuk di cita ulam mendatang....dengan mendapat hadiah ini...

BTW, orang yang paling happy ketika aku membuka sampul hadiah tadi ialah...ibu aku..yang sedang beria2 membacanya sekarang..okeh.........kekeke...(patut amik gambar dia tempek sini kan..):P

Entry Untuk Cik Yan!

Friday, May 8, 2009


Cik Yan Yang Dikasihi,

Nampak gayanya saya telah layak mendapat hadiah daripada Cik Yan.
Sila refer kepada gambar yang tertera ini.
Bulehlah menghubungi saya untuk urusan seterusnya..
Kawan2 lain silalah cemburu dengan kemenangan aku ini..ah ah ah..;P

Thanks,

8Q N 9Q

Wednesday, May 6, 2009

Dari Cik Yan ; 8 Q aje
Nama Timangan anda:
Along, Sayang, Mimie, Sufira

Anda seorang yang:
cantik, anggun, bijak bestari. (tiru jawapan CY)

Insan teristimewa?? Describekan dia terlalu Istimewa di mata anda:
Biarlah rahsia.. (tiru lagi) kahkahkah

Lagu kesukaan anda:
Sampai syurga (Faizal Tahir)

Makanan kesukaan anda:
Segala benda berunsurkan rojak (pecal, rojak buah, rojak petis etc.)

Warna kesukaan anda:
Rainbow kaler (salah satu ye, bukan semua skali serentak..pening dibuatnya)

Tiga benda mesti ada dlm beg anda:
Handset, Purse, Basic make-up

Kali terakhir masa anda menangis & kenapa:
Dah lama tak nangis

9Q aka soklan cepu emas dari Intan,

1. If you can be an animal, what will u be? Why?
Mmmm singa...supaya senang menyinga bila anak2 tak dengar kata..wink

2. If you robbed a bank, what do you want to do with the money?
To clear all my debts...

3. If you can teleport yourself anywhere in the world, where do you want to be? why?
UK...macam best je..ngee:P

4. If you know that you are dying, what is the last meal that you want? why?
Last meal...rojak juga kot..ngee..;P

5. If you can only kill one person in this world, who is the person? why?
George B*sh...dia gile kejam...

6. If you can choose either to have more than 24 hours a day or can live more than 100 years, what is your choice? why?
More than 24 hours a day... that I can spend more time at home with my family

7. If you can date celebrities, who is that person? why?
Antonio Banderas....fuh fuh fuh...perlukah ku nyatakan keseksiannya itu..tringin nak jumpa teh real person..ngee...

8. If you can only have 1 thing in this world, what should that be? Why?
My Family... Because I'd rather lost anything in this world BUT not my family... (tiru saje Intan)

Aku nak TAG kedua2 TAG ini pada
1) Kak Nur
2) Azure
3) Siti akak Nurie

Cukupla 3 orang je...kalau dah buat kira burn eh!:)

1st Timer Munawarah

Tuesday, May 5, 2009

Sebelum anda meruskan pembacaan n3 ini, aku nak mintak ampun dan maaf di atas kej*kunan lagi ketinggalan zamannya aku ini..huwaaa!! Orang lain dah berzaman ngan tudung Munawwarah ini tapi aku....???Ini pun sebab seorang teman yang baik hati (err tak sure la buleh reveal nama ke idak nih) telah menghadiahkan aku dengan sehelai tudung Munawwarah nya yang bersaiz 'S' yang katanya sedikit kecil di mukanya... Aku apalagi dengan sungguh berbesar hatinya menerima hadiah tudung ini dan telah selamat aku laramkan semalam...dan inilah hasilnya...

.
.
.
.
.


Hah ini dari pandangan jauh sikit....

So ini sedikit close up bersama Sufia yang menyengih ngee........

Sebenarnya ketakutan utama aku bila nak mencuba this kind of tudung ialah takut pipi aku tersembul aje....Yelah nampak je badan macam kurus (sebenarnya tak kurus mana ye..) tapi pipiku ini menten tembam beb..tapi aku rasa Ok pulak taklah tersembul sgt...ngee...:) Dengan ini aku rasa aku juga sudah tangkap cintan sama ini tudungla..dan teringin menambahkan koleksi...har har har...tapi oleh kerana aku yang kayu ni, teringin gak aku nak tau yang saiz 'S' nih sesuai ke ngan aku eh??? Kulup sgt tak di muka aku nih?? Atau perlukah aku membeli saiz 'L' aje...harap2 adalah yang sudi menjawabnya..hee...thanks in advance:)

P/S: Wahai penghadiah tudung, terima kasih banyak aku ucapkan....Mak sukak nyahhh!!!!:)

Mini Gathering

Aku masih pending kisah majlis perkahwinan adik aku lagi sebab gambar2 belum susun untuk di publish n ingat nak bubuh watermark kat semua gambar..so ambil masa sikit la...Ni nak crita dulu our MINI GATHERING. Alhamdulillah kebanyakan rakan2 yang dijemput menghadirkan diri di majlis harituh..tak kirala kawan di alam maya mahupun kawan di alam nyata..seronok sangat dapat jumpa..kira ala2 mini gathering la eh..

Untuk kawan2 blogger, first skali sampai K.Laila, bersama hubbynya n Damia chumel yang lena tido kat bahu ibunya eh...K.Laila sempatla msuk n salam pengantin..and sempat lak bisik air longan buleh tambah susu tuh..hihihi...aah air longan ialah air masa jamuan majlis tu...tak sempat ambil gambar pon...time balik tu pon aku dah tak prasan sbb dh sibuk2 kat dlm..BTW, thanks a lot K.laila datang jugak ke majlis tuh..happy sgt!:)

Lepas tuh, K.Yatie aka Ibu Hanie..tapi Ya Ampun...blurr gile waktu K.Yatie salam and kenalkan diri K.Yatie tuh...aku dok recall2 tengok kat wajahnya...adakah iras2 orang yang aku kenali...ye lah kat blog dia tak ternampak lak gambar tuan punya blog...tak borak apa langsung pun...sebab blur ni sedara belah mak ke..sorry sangat2 K.Yatie...bila on the way gi klinik baru teringat..owh mungkin tu lah kakak Che Nor..sebab muka takde iras langsung pun adik beradik itu...terus sms K.Yatie eh..sori banget kak! Tak sempat pun jumpa Hanie eh...

Pastuh tup tup Siti aka Nuriezam datang salam je...dah nak balik...lah yang ni pun tak sempat nak borak langsung...aku nih dah dok lah berhati2 tengok wajah2 tetamu kot2 terlepa teman2 blogger...still ada jugak yang terlepas pandang...BTW, even tak dapat borak panjang still thanks a lot untuk Siti sebab dtg...borak pun tak sempat apalagi nak amik gambar eh..kekeke..

Tak lama pastuh Intan aka Sayangibu sampai...sempat masuk umah and berbual panjang...walaupon panas melenting ko menten cool nyah!kakaka..Dalam masa yang sama Umi Nawfal call juga, cakap tengah makan kat depan, and Mamadhea aka Sha jugak sampai pada waktu yang sama....Sempatlah masuk rumah borak2 amik gambar ngan Intan and Sha..tapi Umi Nawfal yang kelam kabut nak balik, sebab niece nya dah nangis2 di kereta eh....tak sempat nak bergambar eh....Rupanya Cik Yan pun tengah makan kat depan....nasib baik juga Intan and Sha belum balik sempatla jumpa Cik Yan eh..sebab Mr. H Intan dah kenyit2 mata ajak pegi Desaru.....Sempat amik gambar masa dalam umah aje tau...Aina, Ainin, Sufira, Dhea sempatlah snap gambar seketul....Tapi dah tak dan nak snap gambar Nawfal, Amir dan Arif..takpelah lenkali kalau ada rezeki kita jumpa lagi...

Thanks a lot pada teman2 blogger yg sudi dtg,Cik Yan walaupon mabuk2an, dan sesat, Umi Nawfal yang bz dengan majlis lain , Intan yang nak ke Desaru, Sha yang GIGIH juga walaupun datang berdua aje ngan Dhea..(sian ko nyah!)...dan teman2 lainla yang meluangkan masa datang ke majlis ini eh..thanks a lot!

Intan, aku ngan Sha...Ngan gambar anak2 yang masing2 muncung sebab panas weih...tuh Syaura tuh dah takde mood tahap gaban..letih gila gamaknya...

Aina n ainin..hihi..ainin sempat jelir lidah lagi tu ye...comel:)


Dhea yang baru cabut tudung...hikhikhik..dah panas dah tu...

Ha ni gambar captured betuol2 after teman2 blogger balik...penat sangat makcik rewang ni...tido ajelah kat sofa walaupon ramai orang...

Tak lupa juga kawan2 di alam nyata...K.Yaz K.Kam and Zura dan kawan2 lain yang tak sempat nak senaraikan kat sini....Happy sgt tau!
Buat Ealyie n Hernee, n3 kemaafan mu telah kubaca..takpe yang! Ada rezeki lenkali kita jumpa eh!:)

Tayang Hadiah!

Thursday, April 23, 2009

Bukan Intan je nak tayang hadiah..Akupon nak tayang juga...he he he..Kan aku menang KUIZ di blong Cik Ar.nie kita harituh...

So semalam aku telah menerima hadiah nya...ah ah ah...sungguh seronok kerana hadiah nya sungguh cantiks melatopp!! To be frank aku pun tak pernah ada brooch secantik and semahal itu tau....The most expensive gorgeous brooch I ever had yeah~ Trima kasih kepada pihak penganjur...Terima kasih daun keladi, lain kali buat la kuiz lagi....Tak sia-sia tau aku GIGIH menggoogle jawapan kepada soklan kuiz itu...ngee...

Gambar ikhsan dari e-store Cik Ar.nie


Tempek gambar sikit.Anda buleh checkkan detail brooch itu di SINI dan buleh jugalah anda membeli belah brooch nya yang hangat di pasaran itu di SINI eh..

BTW, aku terasa natsukashi tengok tulisan ko Aru..sebab kan aku selalu tiru homework and latihan toukei ritsu dolu2...kekekke...

Jemputan Perkahwinan

Wednesday, April 22, 2009

Adik aku yang kedua bakal melangsungkan perkahwinan pada 2 May 2009 ini...jadinya aku ingin menjemput kawan2 sama ada kenal di alam nyata atau alam maya untuk menghadiri majlis itu ye...Tapi oleh kerana faktor lokasi yang jauh (rumah aku kan kat Johor) dan juga waktu itu ialah cuti umum 3 hari (biasanya orang balik kampung) kalaulah ada yang bisa menghadiri, sila2 lah tinggalkan email address anda di ruangan komentar...bulehla aku kontek u all untuk hantarkan kad jemputan :)

By the way, saje tempek gambar 'ayu' kami adik beradik..karang letak gambar 'giler' kitaorang suma orang lariii!!hihi....Bulehla anda mengenalpasti bakal pengantin yer... Kenapa??Aah kitaorang takde adik beradik lelaki...mak aku tuh dapat cucu pun dua dua pompuan..hehehe..abah aku kata..OK lah tu..takyah abah pegi meminang..tunggu orang pinang aje...;P

Hari Pertama Bekerja

Tuesday, April 21, 2009

Hari ini, 5 years back adalah hari pertama aku menjadi seorang carrier woman iaitu hari pertama aku bekerja!!!Yeah!! Company pertama aku bekerja kat Nilai, Seremban eh..tapi dalam masa tah sampai beberapa lama aku dah tercampak kat Johor ni..ekeke..

BTW, memang itulah kerja pertama aku...Aku tak macam orang lain yang mana pernah kerja lepas SPM ke, pernah kerja waktu semestar break ke...hih hih hih...even kat Japan yang sungguh murah dengan kerja2 part time yang menjanjikan gaji yang besar pun aku tak kerja... Nape ek? Sebab masa tuh aku rasa aku takyahla kerja kot...biar bakal hubby je yang kerja kumpul duit utk kawin... Biarlah aku just bagi sokongan moral apa2 yang patut...hehehe...Yup! Walaupon we all kahwin awal, duit belanja kahwin tuh suma pakai duit kami sendiri tau...bukan duit kerajaan or duit biasiswa tapi duit hasil hubby aku kerja part time kat Japan...so setiap kali semestar break setiap kali tu jugakla dia kerja....Nak kawin punya pasal..GIGIH kan?!!kahkahkah...Orang lain bawak balik kereta..dia bawak balik bini bersama sorang anak..

Back to cerita hari pertama bekerja tuh, of coursela nervous kan...lagi2 macam aku ada satu batch beberapa orang yang baru balik dari Japan masuk pada hari yang sama..masa orientasi tuh OK lah..dok gelak2 aje...tapi bila time dia decide masuk department mana tuh..cuak juga..yelah first time..taktau masuk dept apa, kerja macammana, boss OK ke tak..and aku tercampak ke QA Dept dan sampai sekarang juga aku masih di bidang yang sama..Tengoklah nanti2 aku try bidan lain pulak..

BTW, apa yang buat aku ingat sangat sebab tarikh ini sama dengan my friend's birthday yang sama2 masuk company tu jugak! HAPPY BIRTHDAY ARU!!!Semoga panjang Umur Murah Rezeki dan mencapai apa yang dihajati...How time flies kan..masing2 pun dah bawa haluan sendiri~

So u all camne? Ada pengalaman best nak share ke hari pertama bekerja?;P

Mendapatkan Nombor Rujukan Cukai

Tuesday, March 31, 2009

Yer aku membaca di sini, dan terbaca komen Umi Nuha yang blur nak mendapatkan Nombor Rujukan Cukai...Almaklumlah first timer kan...Aku tahun lepas pun first timer (teruk kan walhal kerja dah nak masuk 5thn)..ahahaha....

Senang je nak dapatkan nombor rujukan cukai...
Salah satu daripada alternatifnya ialah aku email kan soalan apa2 sahaja berkenaan nombor rujukan cukai, ataupun permohonan no e-filing kepada email ini e_filing@hasil.org.my

Cuma nyatakan nama penuh dan nombor IC, permintaan akan dilayan dengan segera..hehehe..
Aku punya case, mintak pagi petang dah dapat dah..nasib2 kot dapat cepat..

Cik Wani, bulehla refer situ ek!