Soap Opera : Episode 10

Thursday, February 5, 2009

Soap Opera : Episode 1 (by Ms Lola)
Aku berjalan ke sana, ke sini tanpa kenal erti penat dan sakit. Kadang-kadang aku tidak diberi makan, hanya disimbah dengan percikan air kotor lagi hina. Liku-liku kehidupanku penuh dengan onak dan duri (dan juga perkara-perkara keji yang tak sanggup aku kongsi bersama).

Soap Opera : Episode 2 (by Mrs Noba)
Aku sedar siapa aku…Hanya seorang insan yang hina. Hina di mata masyarakat, hodoh untuk dipuja. Apakah tidak ada sekelumit bahagia untuk diri ku? Sudahlah tak pernah dapat mandi pagi merasa dikasihi dan disayangi. Jauh sekali untuk dibelai manja…
Oh, di manakah agaknya keadilan buat diriku? Tak terbayang bagaimana harus aku meneruskan kehidupan ku.

Soap Opera : Episode 3 (by cik_yan)
Aku merasakan sesuatu bergelora dalam jiwaku.. Seolah-olah meronta-ronta.. merayu dan meminta untuk dibebaskan.. Bebas dari belenggu kedukaan yg asyik mewarnai rona-rona hayatku lewat kebelakangan ini. Aku juga ingin bahagia seperti mana yg sepatutnya dikecapi oleh setiap yang bernyawa di muka bumi ini..
Apakah masih ada harapan buatku? Atau aku sudah terlambat untuk meladeni perasaan sebegitu?

Soap Opera : Episode 4 (by iszan)
Tiba-tiba..
‘Ding Dong’Terjaga aku dari lamunan jauh. Kedengaran bunyi door bell rumahku di tekan seseorang dari luar.
“Cik Sofea ke? Ada bunga utk anda, sila tandatangan di sini”, terjongol seorang jejaka dari muka pintu sebaik sahaja daun pintu itu ku kuak. Di tangannya ada sejambak mawar merah dan sebelah tangan lagi menghulurkan sesuatu untuk aku tandatangani.
Aku terpempan seketika melihat raut wajahnya. Raut wajah itu mengingatkan aku pada sesuatu.
“Cantik bunga ni, secantik penerimanya” dia berkata lagi.
Baru aku sedar aku sedang merenung wajahnya. Lalu aku tunduk dan terus melarikkan tandatanganku dia atas kertas yg dia hulurkan kemudian jambangan mawar merah itu beralih tangan.
“Terima kasih”, ucapku seraya menutup pintu.
Kad kecil yang terselit dalam jambangan itu kuambil dan…………

Soap Opera : Episode 5 (by Kak Non a.k.a. anamiraa)“Eh eh?”
Aku mengerut dahi yang tidak gatal. Ku amati nama yang tertera diatas kartu kecil itu.
“Sofea Jane?”
Ini tentu ada kesilapan. Nama sebenarku Sofea Jun. Bukan Sofea Jane!
“Hish frustnya!!!!” aku mengeluh kuat. Sudah acapkali aku dipermainkan sebegini. Mentang-mentanglah mukaku hodoh dan banyak jerawat batu bata, sampai hati aku dipermainkan sebegini rupa.
Aku amati lagi kartu kecil itu. Hatiku bertambah sakit bila membaca bait-bait perkataan yang tertulis disitu.
“Hi Sofea! Bila nak bayar hutang I? Dah berkurun I tunggu tau!! Bayar cepat-cepat ye! You ni masa pinjam laju je. Tapi masa nak bayar bukan main liat lagi!! Sampai kena hantar bunga!! Tak kuasa tawww!! Okey ta-ta.”
Aku terasa ingin menjerit sekuat hati. Bila pulak aku meminjam duit orang? Bila? Bila? Bila?
Aku bergegas ke bilik tidurku. Perasaan marah dan benci yang membuak-buak membuatkan aku terus mengambil satu keputusan penting dalam hidup aku.
Aku perlu berjumpa dengan dia. Hanya dia yang mampu mengubah aku menjadi manusia yang jelita, disegani dan ditakuti ramai.
Aku harus berjumpa
EDWARD CULLEN!

Soap Opera : Episode 6 (by n.i)
Lantas aku berlari-lari anak menuju ke arah meja yang menempatkan telefon bimbit kesayanganku… “Aku mesti lekas menghubungi dia,” detik hati kecilku, termengah-mengah kepenatan.
Sebaik sahaja telefon berada dalam genggaman, jari-jemariku yang sontot runcing ber’manicured’ terus mendail nombor keramat itu…
Tiba-tiba… satu suara yang agak ‘familiar’ kedengaran dihujung talian…
”Kredit anda tidak mencukupi, sila tambah nilai”
Oh, tidaakkkkk!!!! Apakah….???

Soap Opera : Episode 7 (by Jua)
Woi!! aku taknak ckp dgn kau lah perempuan! Aku nak cakap dgn Edward Cullen”. Aku menjerit marah sebagai tanda protes kerana kebodohanku yg terlupa menambah kredit telefon.
Aku bertanya sendirian, kenapakah nasibku malang sentiasa. Dikala umurku yang semakin mencecah 35 tahun ini, hatiku ini masih belum dimiliki. Rakan-rakanku semuanya sudah beranak empat, malah dua tiga rakanku sudah merasa berkahwin dua kali, dan rakanku yg seorang itu dah naik turun mahkamah nak masuk 5 kali. Namun aku, sekali pun tidak pernah merasa erti sebenar perkahwinan. Oh syahdunya..
Kerana tidak mahu terlalu hanyut dibuai kesedihan, aku lantas mengangkat pungungku ke kerusi di ruang tamu. Ku capai majalah URTV. Ku belek setiap helain dan terhenti di saat aku terlihat wajah Memey.
“Umur setahun jagung macam ni dah boleh rembat laki orang. Pandai pulak dia pilih yang macho-macho macam Norman Hakim” bisikku sendirian.
“Kalau semua lelaki asyik nak sambar awek-awek muda macam Memey, aku ni jawabnya tak berlakilah sampai ke tua” sambungku lagi.
Lantas aku terus…..

Soap Opera : Episode 8 (by Mommysarah!!!)
tersenyum2 sendiri.ya...aku pasti. hanya 1 sahaja cara untuk menjadikan semua impian aku menjadi kenyataan. aku harus berjumpa Niyang Rapik. aku harus meminta dia menjampi muka aku, supaya aku setanding dengan artis2 hollywood.ehek ekk hek ekk!!!aku tertawa ala2 Cikgu Marlia Musa dalam AF. aku rasa cara ketawa itu pelik tapi unik. jadi aku harus ketawa sambil menahan napas 2 saat..3 saat..kemudian 2 saat semula.PERFECT!!!aku yakin aku sebiji MARLIA MUSA dalam AFtapi, bagaimana aku mahu berjumpa dengan Niyang Rapik??? Bagaimana???"WOI!!!Kau berangan ker? Muka pecah rumah, ada hati lagi nak berangan. apa ko buat dengan bunga yang aku dapat tu? Mana ko campak? Penat2 aku bayar gaji, ko sedap2 baca URTVlah, buku akulah! Mana Twilight aku? Kau bukan reti English pun. Setakat tengok2 cover pun ada hati tue.Sudah..aku nak pergi Shooting ni. Bunga tu pegi susun dalam vase, ganti yang lama punya."ha..aku maid sahaja rupanya??? Sofea Jan*e ni memang kejam. suka menghina aku. takper, aku akan pastikan berjumpa dengan Niyang Rapik jugak. jangankan Sofea Jane, Jins Samsudi*n pun aku mampu tewaskan.Puaka pun puakalah...

Soap Opera : Episode 9 (by Mamadhea)
Lantas aku meletakan majalah URTV & mengambil bunga yg aku letakkan di atas meja makan. Dengan muka yg berkeriut menahan sakit hati, aku menyegerakan langkahku utk mengambil vase kegemaran majikan ku itu.. 'Huh, vase yg dah sopak ni jugak yg jadi faourite! Mmg dasar kedukut!!'Bebelan itu hanya mampu ku pendam dlm hati. Sementelah, tgn aku laju mengeluarkan bunga yg sudah layu utk digantikan dgn bunga yg baru shj diterima tadi. Sempat juga aku mencium bunga yg sudah tersusun rapi itu sebelum meletakkannya semula di meja di ruang tamu. Hmm, wangi...... Sewangi haruman Sweet Heart.. Tenang sekejap fikiranku yg bercelaru tadi. Mungkinkah setenang Mawi sewaktu majlis akad nikahnyer baru-baru ini..Aku berjalan perlahan ke dapur. Sesungguhnya aku tak mampu menghalau persoalan yg sering menjerut benak ku itu.. Ia melekap, kuat & ketat, seolah-olah digam dgn gam cap gajah..Bagaimanakah caranya utk aku menjadi cantik, secantik majikan ku itu..? Klu boleh, aku nak jadi lebihhhhh cantik lagi drp Sofea Ja.ne yg kerek & kejam itu.. Bagaimana ya? Bagaimana???Aku tersepit antara 2 pilihan, antara EDWARD CULLEN dan NIYANG RAPIK.. Arghhh... Bertambah pening kepala hotak aku yg sememangnya sudah sedia pening dgn kerenah majikan ku yg byk songeh itu. Sudahlah kedukut, bakhil pulak tuh! Sudah hampir 4thn aku bekerja menjadi kuli bataknya, sesen pon dia tak pernah menaikkan gaji aku. Malah, gaji aku yg seciput itu pon dia tak penah bayar on-time.. Acapkali dia menangguhkan pembayaran. Nasib baiklah aku tak diberi kuasa utk charge interest!Eh, ape yg aku fikirkan tadi? Oh ya.. Antara EDWARD CULLEN dan NIYANG RAPIK... Mampukah kedua-dua insan itu membantu aku? Tp, persoalan paling besar yg patut aku fikirkan, SUDIKAH mereka?!!!

Soap Opera : Episode 10 (by Ummi Sufira)
Dengan seberapa segera aku mencapai telefon bimbit ku buat kesekian kalinya dan terus mendail Bedah pembantu rumah jiran sebelah yang mungkin tahu nombor kontek NIYANG RAPIK yang berdekatan...owh, sekali lagi suara yang tidak aku gemari berkumandang..

"Kredit anda tidak mencukupi, sila tambah nilai"..

Owh! kenapalah nasibku begini. Sudahlah dipandang hina, banyak jerawat batu, bermajikankan Sofea J*ne yang kejam, tiada kenaikan gaji...pelupa pulak tuh!
Tadikan aku dah kena dengan penjawab telefon tidak di undang itu...
"Kenapalah sengal sangat aku nih!" marah ku pada diriku sendiri sambil membaling telefon bimbitku ke tepi....

Tiba tiba otak pintarku mendapat satu idea bernas untuk kebaikan diriku sendiri...Nasib ku mesti diubah! Cukuplah segala penderitaan yang aku alami sekian lama ini...aku tidak mahu lagi derita...

"Owh, dalam diam bijak juga aku rupanya"....pujiku pada diriku...
Aku bertekad tidak mahu menggunakan khidmat EDWARD CULLEN mahupun NIYANG RAPIK...Aku mahu membuat PLASTIC SURGERY. Aku nekad!! Tapi harus muka siapakah yang aku inginkan..Macam Memey kah supaya sesiapa pon mudah terpikat padaku...

Yosh! aku harus segera bertindak demi impianku ini.Langkah pertamaku.....(sila sambung ayat ini)

Zufa dikaulah insan terpilih untuk menyambung seterusnya...kehkehkeh..layannn~

P/S: Buat 9 pengarang sblom ini, aku mintak maap..ini ajelah yang termampu karang kerana untuk kesekian kalinya aku mengarang cerita begini..dan aku memang kayuuu bab2 gini..huhu...

16 comments:

i.s.z.a.n said...

heeeeeee, banyak gak duit keje jd maid bley wat plastic surgery ;)

cysev3n said...

tu pasal.. kah kah kah..

dik, b4 pi buat plastik surgery, pi topup handphone tu duluuuu..

Jua Zulkef said...

ya Allah..tak lama lg mak sendiri yg g wat plastic surgery. bila baca soap opera ni jap2 muka mak berkerut,jap2 rahang mak cramp, jap2 muka monyok...

adoila...

~Umi.Sufira~ said...

Isz_3707--> Udahlah mak kontang idea..pasal duit, next pengarang ler kena pikir..kekeke..

Yan--> kahkahkah..itu sudah pasti~

Jua--> kompem sebab suma over kreatif!kekeke...

mamaDhea said...

wakakaka.. biaq betikk nak gi wat plastik surgery.. ni mesti hasil simpanan gaji juta2 lemon nih..

Unknown said...

adoiii lawak tol la korang nih.

macam2 genre ada. kahkahkah.

mamaDhea: juta2 rupiah kots.

~Umi.Sufira~ said...

Sha--> Kahkahkah..nasib lah labu...:P

Zety--> Itulah senyum kambing aku ada awal sampai habis..kekeke..

sayangibu said...

hadoiiii...naik pelik laki ku tengok haku gelak2 sengsorang dpn skrin nih...kihkihkihhhh

n.i. said...

semakin menarik hahaaha ;-)

~Umi.Sufira~ said...

Sayangibu--> Kehkehkeh..nasib baik den gelak kat ofis ni tak obvious..ngee..

n.i--> Wait n see kesudahannya=D

salzahari said...

kelakar gile...hahhaa..best sambung2 citer nih!

~Umi.Sufira~ said...

Sal-->layanz..dah nak masuk episod 13 dah!kekeke..

Hernee Nazir said...

hehehe..lawak la..mula2 ingtkn serious punye jiwang..upenye lwk..tahniah kpd smua pngarang..

~Umi.Sufira~ said...

Hernee--> Perghh berasap tuh nak pikir!kekeke..

Unknown said...

hahahahahh...maji tanoshikatta!!nak kena tgk blog zufa ni...

~Umi.Sufira~ said...

Kak Aja--> Layanzz..mcm nak pecah kepala carik idea kehkehkeh..