Bengkel Mahligai Kasih by Pak Utih~

Sunday, February 15, 2009

*Pak Utih; Can u imagine how front we sit in this bengkel by this photo..hehhe*

Alhamdulillah seperti yang aku war warkan kat SINI, harini dengan jayanya aku and hubby menghadirkan diri di Bengkel Mahligai Kasih; Semakin Hari Semakin Sayang anjuran Tadika Darul Ilmu, sekolah Syaura di IOI Golf Resort, sama tempat ngan tahun lepas. Tahun lepas pegisiannya lebih kepada untuk motivasi ibubapa untuk anak2, tapi tahun nih agak berbeza iaitu pengisian mengekalkan kebahagiaan rumahtangga untuk suami dan isteri disampaikan oleh Pak Utih..Kalini, duduk ala2 couple seat kat wayang tuh...berduaan ngan hubby masing2...MasyaAllah bertuahnya rasa aku terpilih untuk hadir dalam bengkel sebegini...terbuka sikit minda aku pada hal2 kebahagiaan rumahtangga nih...sungguh!


Dengan tak malunya aku nak ngaku nih yang I cried during one of the session of this Bengkel...tapi aku rasa bukan aku sorang kot yang nangis..hehe..menunjukkan betapa berkesannya penyampaian Pak Utih dalam bengkel motivasinya tu kan..Mungkinkah aku sudah semakin tua dan bertambah sensitif?kekeke...

Aku tak dapat nak share banyak kat sini, sebab terlalu asyik mendengar..tak dapat jot down banyak benda..tapi berkesan sungguh kat hati..so nak share beberapa perkara kat sini.

Kebanyakan rumahtangga mula goyah dalam melepasi 5 tahun pertama perkahwinan. Bak kata Pak Utih sape yang dah lepas 5 tahun tuh buleh consider selamat..kekeke..(aku rasa kalu cerai selepas 5thn bukan sebab permasalahan keserasian suami istri kan, mesti ada sebab lain)....So kebanyakan penceraian sebelum perkahwinan mencecah 5thn adalah kerana tiada keserasian suami dan istri..means makin lama kahwin suami dan istri makin berasa sunyi dan sering bertelingkah...so masa kat bengkel nih Pak Utih terangkan yang actually, suami dan istri nih memang insan yang sangat berbeza dari segi keperibadian dan perangai tuh sendiri sebagai otak pompuan dan otak lelaki..Antara bezanya:


Lelaki nih mono-tracking iaitu antaranya buat kerja fokus pada satu kerja pada satu masa, nak selesai semua masalah dengan cepat, cepat lupa, berfikir besendirian , bila stress suka bersendirian (dll)...Perempuan lak berbeza, buleh buat banyak kerja dalam satu masa, nak kongsi semua masalah dulu baru selesai, kuat ingatan terutama kes emosi dan perasaan, berfikir beramai2 dan bila stress nak liah pada orang tersayang (dll)..


So perbezaan lelaki dan perempuan nilah yang buleh menyebabkan ketidaksefahaman kalu tak kena pada tempatnya...So pemahaman tentang perangai lelaki dan perempuan nilah yang penting dalam hubungan suami istri untuk kekal bahagia..


Tips lain
Keperluan emosi suami
1) Dipercayai oleh isteri
2) Diterima seadanya
3) Dihargai sumbangannya
4) Mendapat galakan dari isteri
4) Dikagumi oleh isteri
Keperluan emosi isteri
1) Disayangi oleh suami
2) Difahami perasaannya
3) Dihormati pandangannya
4) Diberikan jaminan oleh suami
5) Kesetiaan


Part yang aku menangis tuh, bila masing2 kena tulis apa pengorbanan pasangan kat kertas and bacakan pada pasangan..hehehe..kalu takde kursus sebegini bila pulak masa tetiba nak crita pasal pengorbanan masing2 pulak ni kan....


Last but not least, acara nyanyian oleh sang suami untuk istri..sama2 kena berdiri sambil peluk isteri, suami kena nyanyikan lagu Permata Untuk Isteri (Kopratasa)....alahai so sweet..ni lah yang pertama dan terakhir kot hubby aku nak nyanyi untuk aku di hadapan khlayak ramai sebegitu..kihkihkih...


Kesimpulannya, aku syukur sangat terpilih untuk pergi bengkel nih..semuga aku dan hubby sama2 dapat manfaatnya dan praktikkan dalam rumahtangga kami..BTW, course sebegini memang sangat recommended untuk rumahtangga yang dah mula rasa tawar tu kan...hehe..tips untuk rangsangan seks (opss 18sx)..pon ada tau..so bulehla jenguk2 Pak Utih or Ahmad Shafiai Uda Jaafar ni kat SINI.

17 comments:

Fara said...

Hmmm...mcm best je. Klu ada kat sini nk jugak join.

Mommy Harith Hannah said...

Untungnya korang dpt join FOC ajer..

Wahh, aku pon dah lps 5 yers tue... Hopefully rumahtangga kita semua kekal ke akhirat laa... Amiin!

Hernee Nazir said...

wah..best nye..untung nye mimi n hubby dpt join bengkel tu..nak try jenguk link tu..semoga mimi n hubby brtmnh2 bahagia ngan 2 org puteri kesygn tu..

sayangibu said...

untungnya mimi dpt attend course mcm tu. isk..mcm teringin pulak nak suggestkan kat kelab guru utk buat course camni...hmmm..perkahwinan slamat lps 5 thn yer..lom 5 thn lagik nih...huhuhuuuu
btw..thanks 4 sharing some info..

Unknown said...

menariknyeee...
mmg buleh meleleh air mata ni kalo pi sdiri... tq share kat sini..

siti noriza saleh said...

mimi>>>.risaukan bila pkrkan apa yg mslh akan timbul nanti..minta2 tak jadi aper2lah yerk...tapi mmg betulkan, sesekali kita kena g tak kursus2 mcm ni kan..

~Umi.Sufira~ said...

Fara--> Kalu ada yg nak organize InsyaAllah sampaile ke 'situ'.

Aru--> Mungkin dah include skali dalam yuran pendaftaran kot..sama sama amin untuk doa ko tuh=D

Hernee--> Kalu ada peluang, pegilah..memang bagus course macam nih..trima kasih atas doa hernee tuh!=D

~Umi.Sufira~ said...

Sayangibu--> Mmm..suggestkan lah..bagus taw...meleleh air mata dibuatnya..hehehe...Tak dapat nak share byk benda sbb tak banyak catit..khusyuk sgt mendengar..hehe..=D

K.Laila--> Betul! kalu ada hantar mia ke TDI, bulehla join..tapi dua tahun mimi pergi setiap tahun agenda berbeza..nasib2 la tuh dapat yang mana..=D

Siti--> Sesekali pergi kursus macam nih baru terbukak bijik mata...ngee...

Mummy Dasy said...

untung Mimi dpt gi kursus camni, mknye 5y hidup ngan hubby ni dah kira tahap selamat ah ye alhamdulillah

~Umi.Sufira~ said...

Mummy Dasy--> InsyaAllah selamat..tapi macam2 mana pon kita tetap kena menten kasih sayang tuh..semakin hari semakin sayang bak kata Pak Utih..kekeke..

umi nuha said...

yup..the same points I got last 3 years..ehehe...cume, aku xnangis la masa kena baca kesah pengorbanan husband terchenta..org lain tlg nangiskan utk aku...keskeskes

~Umi.Sufira~ said...

Wani--> Perghh hebat tuh kalu tak nangis..kot aku yang extra sensitif.kekeke...seronok sgt wani..rasa nak pi lagi!kekeke..

sW33tdARLiNG said...

ieee bagusnya motivasi camni...

~Umi.Sufira~ said...

Afkar'z--> Memang baguih! Syukur dapat join=D

mirah said...

bagus lah motivasi sebegitu. kalau nak dapat dari pembacaan ke apa, mesti lain, kn. Kalau ada kat sini, harus juga nak join ni..

ya moga rumahtangga kita semua diberkatiNya..

Nani~~{@ said...

Jaganya puteri dari beradu,
Melihat pipih terbang melayang,
Semakin dekat semakin rindu,
Saban hari semakin sayang..

=)

~Umi.Sufira~ said...

Mirah--> Takkan sama dengan pembacaan sebab bila motivasi sebegini hubby pon dengar n join skali..lelaki ni bab baca2 kan kureng sikit..Amin~atas doa mirah untuk kita semua~

Nani--> Alahai, luruh jantung baca pantun Nani tuh..ahaks!