Hajimete no Cloth Diaper~~

Monday, July 7, 2008


Gaya gymnast Sufia wif new pinku BumGenius CD


Last Friday, Cloth Diaper yang aku order online arrived!! Wah seronok sungguh!! (Maybe inilah perasaanya pada suma mommies yang order CD online) hehehe..
Actually, i bought 2 types of CD
1) BUM Genius Pocket Diaper and
2) Heiny Hugger 'M' fitted diaper with Thirties Cover diaper (yang ini sedih sikit sbb order kaler lavender tapi sold out dapat kaler pink..isk!)

So, dapat2 dengan tak sabarnya terus pi pre-wash using sabun 1/4 sudu sabun 'TOP'. Memula dok pikir nak pakai semi-auto machine ke full-auto machine. Oleh kerana only 2 sets (sikit sangat) tak berbaloi pakai full-auto machine so I decided to use semi-auto machine. So masa nak bilas tu angkat diaper yang basah penuh ngan sabun makaih sungguh berat insert dia and fitted diaper tu... It was actually a good sign that those cloth diapers having very good absorbency level...huh! So as usual selesai basuh, sidai and waiting until tomorrow night to wear it to Sufia-chan.

First night (Saturday night)
After mandi petang 5:00pm pakaikan Sufia ngan dispo diaper dulu so tukar to BG Pocket diaper with one insert malam tu start pukul 9:00pm. Wah berani sungguh cubakan Sufia chan ngan only single insert sebab rasa ngan double insert tu too bulky and takut Sufia chan tak biasa lak... Rasa2 daijyoubu kot sebab Sufia bukan heavy wetter... Alamak terbiar Sufia until 12 hours wearing the CD and celik mata terus check bombom Sufia...fuhh lega...no leaking! Sugoi.. tapi insert dia perghh sungguh berat... So Sunday night nak cuba lak fitted diaper kat Sufia

Sunday night
As yesterday night, start jam 9:00pm aku pakaikan Sufia ngan HH fitted diaper lak together with the cover..Quite bulky... And Sufia macam tak selesa (tebal sangat kot)...tapi takpe cuba dulu...Umi bangun pagi 6:00am check bombom Sufia...Oooo very good! No leaking also! But, Sufia poo poo lak...alamak dahla kerja harini... So bergegas abi tukarkan Sufia diaper and umi cepat2 basuh kesan poo poo Sufia..pastuh campak dalam semi-auto machine nenek bersama BG pocket diaper yang Sufia pakai yesterday...

Kesimpulannya, i like pocket diaper more than fitted diaper. Sebab, dari segi pemakaian pocket diaper lebih kemas. And then we can choose either want to use single insert or double insert for heavy wetter. As for Sufia, dia bukan heavy wetter so wear single insert also enuff for her. So tak nampakla bulky sangat. But both also so cute!And pocket diaper is more economic compared to fitted diaper. Shikamo, most pocket diaper is one size type means we can wear it to our baby until they become 15kg weight but most fitted diaper have size which means by certain weight you already cannot wear it to your baby. So nak target to buy more CD (pocket) for Sufia so I can fully CDing my everdearest Sufia or maybe also the next one..;)

Parenting course by Dato' Dr. Hassan Ali

Sunday, July 6, 2008


Alhamdulillah harini aku and hubby attended satu kursus keibubapaan yang disampaikan oleh Dato' Dr. Hassan Mohd Ali ber'title' "IBU BAPA SEBAGAI PEMANGKIN UTAMA KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN SAHSIAH ANAK-ANAK". Course dianjurkan oleh Tadika Darul Ilmu(tadika Syaura belajar) bertempat di IOI Palm Villa Golf & Country Resort, Kulai.


Eventho course cuma 4 jam tapi ilmu dan manfaat yang aku and hubby dapat teramat2la besar. Terbuka luas sebentar kepala kami tentang ilmu keibubapaan ni and I realized betapa selama hampir 5 tahun aku jadi ibu, terlalu ceteknya ilmu aku dalam mendidik anak2 aku.


So some tips yang aku dapat and InsyaAllah aku berazam utk amalkannya as below:


1) Ibu bapa sebagai fundamental of the family mainkan peranan yang besar and first sekali ibu bapa mesti ada asas yang kuat iaitu kasih sayang antara suami isteri. Cari ilmu agama amalkan dan beriman terhadapnya.


2) Bapa not necessarily to be garang to anak2 but firm in any decision.


3) Jangan marah anak di depan orang lain dan adik beradiknya. Pilih waktu dan masa yang sesuai utk tegur anak2.


4) Hormati anak2 tidak mengira umur. Walaupun anak masih kecil seawal umur 5 tahun tapi hati mereka juga sudah merasa terguris, kecil hati.


5) Mulakan pendidikan anak2 seawal dari dalam rahim.


6) Jangan merokok di dalam rumah.


7) Haramkan perkataan kesat ex. bodoh, bangang di dalam rumah dan dihadapan anak2.


8) Bapa sebagai pemimpim keluarga mestilah mempunya ilmu yang lebih dari isteri.


9) Amalkan mesyuarat di dalam family walaupun anak2 masih kecil dan briefing ringkas kepada anak2 sebelum apa2 aktiviti utk menggalakkan anak2 menjaga behaviour di tempat or dihadapan orang lain.


10) Ibu bapa perlu bercakap dengan berfikir bukan main lepas sahaja.


11) Bagi orang yang panas baran, banyakkan solat panjangkan sujud untuk elak panas baran terhadap anak2.


12) Tips utk wanita berkerjaya kualiti masa dengan anak2 sgt penting. Tunjukkan kasih syg dengan anak2 peluk cium walaupun masa bersama mereka terhad.


13) Ajarlah lima langkah kasih sayang kepada anak2:

1) Salam ibu, salam bapa

2) Cium ibu, cium bapa

3) Dakap ibu, dakap bapa

4) Cium dahi ibu, cium dahi bapa

5) Ucapkan saya sayang ibu, ucapkan saya sayang bapa di telinga kanan ibu, bapa


Other tips

1) Carilah rumah yang dekat dengan masjid, surau. Semoga keberkatannya masuk di dalam rumah


2) Sebutkan perkataan sayang setiap kali berkomunikasi dengan anak


3) Layan tetamu dengan baik


Semoga aku and hubby memanfaatkan ilmu yang aku dapat. Memang best. Langsung tak ngantuk and berkesan sungguh ilmu ni di hati aku.


semoga masih belum terlambat untuk aku mendidik anak2 aku dengan cara yang betul dan semoga mereka menjadi insan yang cemerlang dan berjaya dunia akhirat.






Dyson futsal & enni@36 weeks~~

Friday, July 4, 2008

*Auntie Enni @ 36weeks*


Tadi Syaura and Sufia wif umi saje dok ikut abi pi main futsal game between Dyson and Panasonic. At the same time, dapatla temankan auntie Enni yang terpaksa ikut hubby dia main futsal (takut apa2 jadi auntie enni sesorang kat umah). Yang bestnya time ni lah dapat tengok auntie enni gemuk...tak pernah tengok dia gemuk sebelum ni..hehehe,,,(jangan mare ye enni)..berat 60kg+... So dua beradik ni jadi pom pom girl la utk abi dia...tapi in between game tu aku ngan enni langsung tak concentrate pun dok cerita pasal breastfeed and breastpump....last2 taktau sape pun yang menang *Pom pom girl (Leader)* Tukang sorak (bising sungguh)

By the way, enni welcome to the club. Any question about BF and pumping bolehlah tanya aku InsyaAllah kalu aku tau aku boleh bantu. Oja pun InsyaAllah boleh gak. Oja lebih berpengalaman hehe...

Aru, nampaknya bertambah sorang lagi pumping buddies kita;)

Penjimatan berganda dengan cloth diaper~~

Thursday, July 3, 2008

cloth diaper arrived

First time aku dengar perkataan cloth diaper and surf about cloth diaper kat beberapa e-store, makaih mahalnya....sehelai Pocket Diaper with 2 inserts mencecah RM80+...perghh berpeluh sekejap....
kalu dispo diaper tu one pack ada 84pcs baru RM30+...but then aku amik calculator and buat kiraan utk jangka masa panjang...

Let say aku start pakaikan sufia cloth diaper dari 7 bulan ni....estimate sufia akan pakai bulan sampai umur 2 tahun setengah and then aku mesti ada 8 sets cloth diaper utk fully pakai cloth diaper siang and malam aku kena spend about

=RM85x8
=RM680

tapi kalu aku pakaikan sufia ngan dispo diaper, one month 2 pack 84pcs sampai umur 2 tahun setengah, and after 2thn setengah dia dah pandai buang air kat toilet just pakai diaper waktu malam sampai umur 4 tahun (macam syaura) kiraan aku camni lak

=30months x RM70
=RM2100

then after 2thn 1/2 pakai dispo waktu malam je sampai umur 4 tahun

=18months x RM35
=RM630

Total equal to RM 2730.

Wah penjimatan berganda disamping dapat memastikan kesihatan anak2 terjamin. Yelah dok baca ada bahan beracun dalam lampin pakai buang ni jadi takut....

By the way dah order 2 sets of cloth diapers and tak sabar rasanya nak pakaikankat sufia.. kalu best and serasi ingat nak completekan set utk fully cloth diaper for adik Sufia...tak sabarnya....

Rahsia kecantikan wajah part 2~~

Wah, sejak akhir2 ni aku dapat banyak mel pasal kecantikan wajah ni... Mmmm... nak amalkan ke tak amalkan and percaya ngan tak percaya jelah... Dah macam blog utk kecantikan wajah la pulak rasa..hehe.. By the way aku just nak letak kat sini mana tau satu hari aku rajin lak nak amalkan petua2 rahsia kecantikan ni...kalu dah terdelete mel tupun takpe..banyak rahsia awet muda lak tu... macam rasa terperli lak yang muka aku ni makin nampak tua...kihkih....

Petua Awet Muda
Bangun pagi dari tidur...minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.

Muka Berseri
Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2.. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.

Sentiasa Muda
Ramai wanita yang ingin nampakmuda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda 54.

Nampak Muda
Untuk kelihatan sentiasa muda walaupun umur anda telah meningkat dewasa amalkanlah selalu makan ulam kampung. Ia banyak memberi khasiat pada tubuh badan kita. Dan anda juga digalakkan supaya selalu tersenyum walaupun anda sedang menghadapi banyak masalah. Senyum adalah satu sedekah. Selamat mencuba.
Sentiasa Awet Muda
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua saya ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda.

Kulit Sentiasa Tegang
Basuh muka dengan air. Ambil sebiji putih telor dan sapukan pada muka. Kemudian ambil kapas muka dan letakan pada muka tadi seperti memakai mask selepas itu sapu kembali putih telur tadi di atas kapas muka sehingga basah,biar sehingga sehingga kering Kapas yang melekap di muka akan menjadi seperti topeng muka apabila di buka nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan kotoran yang terdapat pada muka, amalkan sakali setiap minggu. Pasti wajah anda tidak terdapat jerawat dan kulit akan putih dan lembut.

Muda Jelita Sentiasa
Setiap wanita amat mementingkan kecantikan dan kesihatan diri. Amalan memakan Ulam-Ulam yang segar dan Buah-buahan tempatan dapat membantu kita mengekalkan Kesihatan dan akan kelihatan lebih Muda dari Usia Sebenar. Ulam - ulaman yang saya maksudkan ialah Ulam Pegaga. Amalkan memakan Ulam Pegaga selama beberapa Minggu dan anda akan lihat hasilnya. Ianya juga memberi kesan yang Baik kepada kesihatan dalaman anda. Selamat mencuba petua ini.

Wajah Jelita
Semasa berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkah wajah seperti nabi Yusuf, jangan takbur bila petua ini berkesan dan sampaikan kepada orang lain

Lentikkan dan Lebatkan Bulu Mata dan Kening
Ingin kelihatan cantik , Gunakan Lendir pokok Lidah Buaya dan sapukan pada bulu mata dan kening anda. Insyallah......lakukan berulang-kali untuk mendapat hasil terbaik.