Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

P.S. I Love U...

Thursday, October 22, 2009


Isnin lepas both aku n hubby cuti...replacement off day untuk Hari Deepavali yang jatuh pada hari Sabtu....Sambil2 masak, sambil layan movie kat astro tengok kat info ada movie P.S. I love U kat star movie pukul 1230....Movie lama(2007 kot)..I know!;P Sungguh la mak tertinggal kapal kan...Tapi nak tengok jugak sebab pernah terbaca some blogger friends pernah buat review tentang kisah movie ni melalui pembacaan novelnya...Kalau aku nak baca novel, takde masa manjang...ekekeke...kat rumah nak surf internet pun dan tak dan ajer...

Berbalik pada movie tadi, uwaa....touching habessla...meleleh dibuatnya.... First air mata meleleh masa part birthday Holly after 3 months kematian suaminya Gerry tuh, Gerry ada order birthday cake and record suara untuk Holly....Jalan ceritanya lebih kurang begini...Kisah pasangan romantik suami istri Holly and Gerry yang juga kuat gaduh, yang jatuh cinta di Ireland sewaktu Holly sesat jalan kat sana...

And then, Gerry meninggal dunia kerana brain tumor dan meninggalkan Holly terkapai2 kesunyian sampai nak separuh gila...then on Holly's 30th birthday (Gerry sudah mati pada waktu itu) Gerry ada order birthday cake untuk Holly dan dalam birthday message nya Gerry mengatakan yang dia akan kirimkan 10 surat lagi selepas ini.....How sweet...Gerryu dah arrange waktu2 yang sesuai beserta aktiviti2 untuk isterinya dan surat2 bilamana dia dah takde nanti...

Bila dah tengok movie dia rasa teringin pulak nak baca novel dia....kena masuk dalam wish list ni...Movie ni recommended untuk orang2 yang selalu rasa tak puas hati je ngan hubby dia..itu tak kena ini tak kena..kekeke...sebab bila suami dah takde baru kita rasa sunyi amat and waktu tuhla teringat balik semua kisah2 centa dulu2 kan kan..BTW, movie ni memang tak sesuai ditonton oleh kanak2..ngee...

BTW, pada yang pernah baca novelnya dan tonton movienya...mana lagi touching ek? novel ke movie?;P