Selepas peristiwa tension @ hangin satu badan aku pada hari ini seperti YANG INI , aku telah memikirkan apa aku nak buat nak mengurangkan tension aku nih! Dengan harapan hilanglah tension or kuranglah tension adanya, aku telah menabahkan hati untuk menaiki timbang scrap di tempat kerja aku nih untuk melihat berat aku sekarang setelah berat aku naik mendadak selepas raya harituh daripada 4*kg pada bulan Ramdhan kepada 5*kg selepas Syawal telah naik hampir 5kg Okiee!! Itu semua akibat pemakanan tidak terkawal pada bulan Syawal di mana undangan open house yang bertimpa2 akhirnya menyebabkan aku hilang kawalan nafsu makan hihihi....Alhamdulillah hasilnya tidak menghampakan apabila berat aku seperti di bawah ini..hihi..
*Timbang scrap ini tidak ada titik perpuluhan di mana ia sangat bijak dalam perbundaran titik perpuluhan*
Entry menunjuk release tension ini adalah bertujuan untuk
1) mengabadikan pencapaian aku ini mana tau satu hari nanti aku tidak akan mencapai berat ini lagi..maka ini adalah sejarah @ memori
2) membuktikan bahawa aku berjaya menyusun balik jadual pemakanan aku seperti sebelum Syawal dan menunjukkan bahawa pemakanan tidak terkawal boleh menyebabkan berat badan kita ini naik mendadak
3) membuktikan bahawa breastfeeding membantu memudahkan lagi usaha menurunkan berat badan lagi2 bila Sufia reverse cycle yang ekstreem aku berasa sgt lapar pada pagi hari dan pembakaran kalori pada waktu malam sgt tinggi
4) supaya menjadi inspirasi kepada ibu2 yang ingin turunkan berat badan bahawa Insyaallah dengan mengatur jadual pemakanan kita dengan lebih baik dan tidak berlebih2an makan kita akan berjaya...hihi..
Sekian harap janganlah ada yang meluat dengan entry ini kerana saya hanya ingin mereleasekan tension saya dan berasa sangat murung di pagi hari selepas stock take tetapi sgt happy di petang hari..Happy weekend!


