Makan Sampai Kenyang!

Monday, January 5, 2009

I'm working today!*yeay* walaupon rindukan Sufira tapi berkembang jugakla kepala nih sebab dapat jumpa kawan2 kan...Today is first day school for Syaura tapi tadi call my mom Syaura OK OK saje..so nak crita pasal malam tadi..

Semalam our big family (takdelah big sgt 5 adults 2kids ) ehhe..had our great time makan2 at Seafood Restaurant, Pantai Senibong, Permas Jaya, JB. Guys, believe me!memang BEST GILER makan kat situ!!!

Why?
1) Makanan dia semua sedap2...superb! Thumbsup!!
2) Nice restaurant kat atas persisiran Pantai Senibong..kes tengok bawah nampak air laut la..
3) Nice view, dari tempat duduk kami tuh sebelah kanan nampak Bandaraya JB sebelah kiri nampak Singapore bermandikan cahaya.
4) Makanan cepat siap dihidangkan..we all hanya menunggu 10minit sambil makan otak2 dan kacang rebus..cepat!
5) Harga dia murahhhh!!Aku rasa murah sesangatlah...Guys aku list kan makanan dia kat bawah nih ngan harga dia skali...What do you think?? Murah ke mahal?

Menu malam tadi
1) Nasi putih 6org makan
2) Tomyam campur
3) Udang goreng tempura
4) Sotong goreng butter
5) Kupang goreng sambal
6) Kailan goreng
7) Ketam 3 ekor goreng sambal
8) 2 ekor Ikan siakap tiga rasa
9) Air Lai cikang 3 (accesories complete, sedap!fruit juice 3)

All food with great quantity and sedap banget with ONLY RM170.
Aku rasa sangat2 berbaloi dengan harga, kuantiti dan kesedapannya so aku rasa murah..You all rasa murah ke mahal?

So sesiapa yang dok Johor belum pergi you should try...walaupon 45minit dari Kulai nih aku sanggup pergi lagi sebab sangat berbaloi..hehe..sesape yang nak melancong Johor mehla try makan situ..hihi..tapi ada banyak kedai so kena pepandai pilih yang sedap..tapi parking susah carik..hihi..

Psstt... sape lagi nak promote Johor kalu bukan anak jati Johor ni kan..hehe...

Enjoy some of our pics there.




16 things TAG by Mama Zety~

Sunday, January 4, 2009

Aku kena TAG ngan MAMA ZETY. Sebenarnya aku masih ada banyak hutang TAG lagi tapi akan cuba di bayar satu persatu.....
Syarat dan peraturan:

1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda.

2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.

3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal.

4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.

Malangkah aku kerana terpilih?kihkih...Here goes my answer
16 things about me
1) I'm a mother at 22, and a mother of 2 at 26.

2) I'm targeting to be a mother of 3 at 30 (maknanya semua anak selang 4 tahun) dan cukuplah 3 saje...(target saje OKie...kalu terlebih tu.....kira ter la kihkihkih)

3) Aku suka memasak, membuat kuih, kuih raya, kek dan cubaan ke atasnya tidak kiralah sedap ke tak sedap jadi ke tak jadi...

4) Aku akan masak yang special pada hari weekend di atas permintaan ahli keluarga (hubby ke mak pak ke adik ke)....ataupun permintaan dari tekak aku sendiri..Cth: mee rebus, mee bandung, mee soto, nasi ayam, laksa johor..bla bla..(takdelah special mana pon kan!)

5) Aku memang fail menjahit hatta kalu butang seluar hubby aku tercabut pon dia jahit sendiri..kahkah..sorry bie..

6) Aku suka swimming and selalu swimming free hampir setiap weekend masa sekolah rendah

7) Aku tak pandai make-up beria, setakat celak lipstik tuh bolehla...

8) Aku terror silat dulu and pernah wakil sekolah sampai peringkat daerah...hehe..anda tak percaya?! Tapi sekarang ntah ke mana hilangnya semua skill2 itu hatta bunga silat pon aku dah tak ingat...

9) Aku biasa2 saje dalam part mengemas rumah tapi sekurang2nya aku tidak suka tengok rumah bersepah..tapi aku selalu rasa teruja untuk megemas rumah sendiri bila melihat rumah2 orang lain (kawan ke kat tv ke kat majalah ke) sangat2 kemas..hehehe..

10) Aku suka melancong

11) Aku tak gemar ngan orang yang tak professional masa bekerja yang mencampuradukkan hal kerja ngan personal..habis hilang ramai kawan...and moody sepanjang hari sampai orang yang tak berkaitan nak tegur pun jadi takut...

12) Aku jenis yang suka pakai satu barang sampai lunyai juga...so aku takdelah koleksi handbag or kasut yang banyak tuh...nantilah kaya sikit baru buat koleksi gitu kot..hehe..

13) Aku agak effisyen semasa bekerja (perasan sikit nih!) tapi sungguh tidak effisyen bila menjadi SAHM..selalu tidak dapat menyiapkan kerja pada waktunya..cth: mandi petang sufira sering terlajak ke pukul 6 walhal nenek selalu mandikan pukul 5....err..nape ek?

14) Aku dah beli rumah dan dah jual rumah and tringin nak beli rumah lagi...hehehe...

15) Aku dah 2 kali kena saman speed trap semasa aku yang memandu and sangat suka mencilok ketika bawak kereta sampai hubby aku slalu marah...aku tau sebenarnya ini ialah diturunkan dari bapak aku yang 50 kali lebih hebat ilmu menciloknya dari aku nih..so bukankah aku tidak bersalah..ni kes keturunanla betul tak?

16) Aku sangat suka makan nasi minyak di rumah pengantin n tak kiralah sedap ke tak sedap biasanya aku rasa sedap aje and habis licin aku mkn...yang ni pun aku tak sure kenapa...tapi aku takleh mkn lebih dari dua kali sehari sebab nanti aku pening kepala..

Okeh cukup lah16, nasib baik 16 saje..berchenta gak memikirkannya...trima kasih pada yang sudi membaca..peace:P

Memorable Starhill Golf Resort Water Theme Park~

Friday, January 2, 2009

Hari ini our small family having our great time at Starhill Golf Resort, Water Theme Park,JB... Plan asalnya yang hendak ke **** ***** Wetworld tidak jadi atas nasihat Mamadhea kerana katanya tidaklah se best mana..so we all decided nak ke Starhill Golf Resort ajer...Wah memang syok habis...kawasannya cantik, airnya bersih...orang pun kebetulan tak ramai kerana hari ini hari Jumaat... Entrance Fee for adult RM10 and for toddler RM6 sebab dikira hari cuti sekolah.. Wah wah bukan Sufira berdua je yang enjoy, umi abinya tumpang sekaki...Umi macam biasa gila swimming...abi apalagi kalu bukan pakai pelampung besar main gelongsor itu! 3 jam okiee kami dalam air sampai kecut mecut kaki tangan Sufira berdua nih!
Enjoy some of our pics there!



Di bawah ini satu adegan menunjuk2 dari aku..jangan rasa meluat okiee...
Ini sajelah adegan sukan yang boleh dibanggakan yang mana sukan2 aku yang lain tuh boleh dikira tangan bangku mahupun kaki bangku belaka....Takdelah terror mana tapi bolehla cukup makan berbanding hubby aku yang beria2 mengayuh tapi tak bergerak takat di situ saje..kahkahkah..jgn marah bie....Okeh ade sesape lagi yang gila swimming mcm aku????sila angkat tangan...

My New Sufira's Photo Album

Dengan tergediknya aku nak bagitau yang aku telah mendapatkan satu album baru untuk memuatkan semua gambar2 anak2ku Sufira dan jugak gambar2 aku sefamili setelah sekian lama berpikir2 apakah alternatif untuk aku menyimpan gambar2 itu supaya tidak hilang lagi seperti pengalaman yang telah lalu..hehhe...Ini sebenarnya kesinambungan dari post aku YANG INI, di mana aku dah beberapa kali kehilangan gambar2 soft copy anak2 aku atas beberapa sebab...

So inilah album gambar baru Sufira jeng jeng jeng...


*My brand new external Hard Disk on my notebook in front of my blog hehe..*

Maaflah dengan kej*kunan aku ini, sebab orang lain dah berzaman2 pakai benda ni aku baru terhegeh2 nak simpan suma gambar2 tuh supaya tak hilang lagi....


I started the first day of 2009 dengan activity bershopping harini tuh yang angkat ini external hard disk sekali...sungguh heaven lah harini...camnelah azam aku untuk diri sendiri yang No. 1 tu nak terlaksana ye puan2 kalu tak dapat mengawal nafsu bershopping ini kerana pada asalnya nak shopping brg sekolah Syaura tapi meraban2 je barang lain yang tak perlu pon aku beli *sigh*..


Last but not least for this entry, enjoy gambar si Syaura yang ntah kenapa sakan pakai spec hitam sepanjang satu harini we all keluar bershopping nih..sukatilah nak oii..asalkan bahagia..


P/S: Sesiapa yang belum back up gambar and back up blog lagi cepat2lah buat yer sebelum kehilangan buat kesekian kalinya...=D

Selamat Tahun Baru 2009!!

Thursday, January 1, 2009

Selamat Datang 2009!! Semoga Tahun ini membawa kebahagiaan dan kesejahteraan buat kita semua walaupon pakar ekonomi menganggarkan kemerosotan ekonomi sekurang2nya hingga June 2009 hehehehe...Okie as semua orang pon sibuk tanam azam aku pon nak nyebuk gakla..buleh?hehehe..

Azam aku untuk Anak2
1) Breastfeed Sufia sampai sekurang2nya Dec 2009...
2) Spend lebih masa untuk pembelajaran Syaura and target dia dapat full mark dalam exam nya nanti..(owh sungguh tinggi target ku itu)
3) Ajar Syaura ngaji sampai boleh membaca surah dengan sendiri (bukan hafal macam sekarang) and tak lupa ajar solat sampai pandai...
4) Spend more quality time with anak2..

Azam aku untuk diri sendiri
1) Simpan duit banyak2 sekurang2nya 2 kali ganda dari savings sekarang..(ini impian yang tidak tercapai pada 2008 sebab keminusan melampau akibat penjualan rumah..woo woo)
2) Mencapai pekerjaan impian yang InsyaAllah akan kekal sampai tua (kot...)
3) Menjadi isteri, ibu yang solehah and kekal sihat so boleh jaga anak2 dan hubby ku dengan baik..(ewah!)

Azam aku Untuk Hubby
1) Mengekalkan dan menghangatkan cinta kami lebih lagi..hahaha(jangan muntah okiee!!)

Azam aku untuk Family
1) Membantu adik aku yang bakal melangsungkan perkahwinan pada May 09 nanti dari segi fizikal mahupun kewangan supaya majlisnya berjalan lancar..hehe..
2) Membantu urusan pergi haji parents ku kalu depa dapat peluang pergi tahun ini...

OKie list azam ini akan di update pada 31 Dec 2009 InsyaAllah..kalu blog aku ini masih wujud lagi....(janganlah di delete oleh blogger..)iskisk...

BTW, aku nk update yang seperti yang telah Di post di sini , aku tak jadi ke utara atas sebab yang tak dapat dielakkan..(owh kalula kamu tahu tujuan utama kami kesana...terlalu peribadi utk diblogkan..but it's not about me okiee,,hihi..)..As hubby pon dah amik cuti lama kami akn penuhkan ngan activity shopping and jalan2 ke Wetwrold Batu Pahat pd cuti tahun baru ini!
Selamat Tahun Baru semua!!!